Penyakit Kuning

Kebanyakkan kes demam kuning atau dalam istilah perubatan; Jaundice tidak berbahaya dan boleh hilang sendiri jika tahu cara mengatasinya. Bagaimanapun, jangan kita ambil ringan kerana dalam kes tertentu ia boleh membahayakan kesihatan dan pertumbuhan bayi. Dan mereka memerlukan pemerhatian rapi dari doktor. 


jaundice

Apa Itu Demam Kuning ?

Demam kuning atau jaundis (dalam istilah perubatan) terjadi hampir 60-70 peratus pada bayi yang baru lahir. Ia terjadi apabila bilirulin iaitu pigmen kuning yang terhasil ketika penguraian normal sel darah merah. 

Bila bayi mudah diserang demam kuning ?

Biasanya berlaku dari hari pertama hingga ke-4 tetapi bergantung kepada jenis demam kuning. Sekiranya selepas 14 hari bayi anda tidak ada tanda-tanda diatas, mungkin bayi anda terselamat dari terkena penyakit utama bayi yang baru lahir ini.

Apakah punca demam kuning ?

  • Masalah serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal. 
  • Kurang diberi susu ibu. 
  • Jangkitan atau kelahiran yang trauma

Apakah Rawatan Demam Kuning ? 

Tahukah anda antara rawatan yang akan diberikan sekiranya si bayi tadi dikenalpasti menghidap demam kuning adalah fototerapi- penggunaan cahaya bililight (bukan dengan cahaya matahari) . Bayi dibogelkan, mata mereka ditutup dan diletakkan dibawah cahaya bililight dan akan diteruskan sehingga bilirubin menurun.  Dalam kes tertentu, penukaran darah bayi akan dijalankan kerana ini langkah yang cepat berkesan untuk menghilangkan demam kuning.

Bagaimana mengenal pasti penyakit demam kuning ?

  1. Jika bayi anda asik mengantuk, kerap tidur, tidak kerap membuang air besar dan kurang menyusu seperti biasa sila periksa kulit bayi anda.
  2. Pemeriksaan sendiri boleh dilakukan dengan menekan kulit bayi dibawah cahaya yang banyak. - Tekankan secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada. - Sekiranya ada kesan kekuningan selepas jari diangkat, bayi anda mengalami demam kuning. - Jika yang berkulit gelap, periksa pada gusi atau mata putih. Jika warna kekuningan sila dapatkan rawatan selanjutnya diklinik-klinik berhampiran
  3. Darah bayi diambil untuk mengetahui kandungan bilirulin. Sekiranya kandungan bilirulin tinggi dalam darah pengawasan rapi doktor diperlukan. 

Kesan Demam Kuning Terhadap Bayi Jika Serius Tanpa Rawatan Yang Betul

  1. Pendengaran bayi akan terjejas
  2. Proses perkembangan otak bayi akan terganggu.

Risiko Demam Kuning 

  1. Bayi yang kurang disusukan selepas dilahirkan. 
  2. Bayi lahir pramatang (sebelum 28 minggu)
  3. Darah ibu dan bayi yang baru dilahirkan berlainan
  4. Sejarah adik beradik si bayi yang pernah mengalami demam kuning
  5. Mempunyai kesan lebam ketika lahir akibat penggunaan oxytocin (ubat mempercepatkan kelahiran)
  6. Jangkitan atau kelahiran yang trauma .

Petua Mudah Merawat Jaundice

Susu ibu adalah anugerah Tuhan, gunakan sebaik mungkin buat bayi yang baru lahir. Segala khasiat dan zat daripada susu ibu mampu meningkatkan tahap keimunan bayikepada pelbagai penyakit. Berilah susu ibu sebanyak mungkin atau paling kerap setiap 2 jam sekali. Susu pertama ibu dan teknik penyusuan yang betul dapat mengelakkan bayi dari terkena serangan demam kuning. Kolostrum dan susu yang diterima bayi akan membantu pembuangan najis dan mempercepatkan pengeluaran bilirubin. 

sumber:vitasihat85

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Tanda-tanda awal kanser payudara