6 Tips Menjadi Ayah Yang Hebat

Alhamdulillah, hari ni, Dila ada baca sikit tips yang bagus, oklah kali ini tajuk parenting, ok, jom kita baca sedikit perkongsian yang hebat dari blog 17vits ni, bagus betul. Oklah, buat para ayah, bapak, di luar sana, jom baca


bapa hebat

1. Kenali anak anda 

Anak-anak ini dilahirkan dengan pelbagai kebolehan dan keupayaan. Jangan block minda anda bahawa anak-anak adalah sama.Mungkin anda nampak anak sulong lebih perlahan perkembangannya berbanding anak kedua atau ketiga. Tetapi anda kena ingat, perjalanan mereka masih jauh dan perubahan akan berlaku dari satu masa ke satu masa. 

2. Tetap pendirian 

Anak-anak yang hebat bermula dari asuhan yang hebat dari seorang ayah. Maka, ayah perlu tetap pendirian tentang apa jua yang telah dibuatnya. Tapi, ini bukan bermaksud anda perlu menjadi diktator. Ayah yang tetap pendirian tidak akan ditakuti oleh anak-anak, tetapi akan dihormati oleh anak-anak. 

3. Mencintai ibu kepada anak-anak anda

Anak-anak akan meniru segala perbuatan yang mereka lihat dan mereka nampak. Seandainya layanan anda terhadap isteri anda baik, maka anak-anak juga akan meniru perilaku anda, mereka akan menjadi anak yang patuh kepada anda dan isteri. Begitulah yang akan berlaku sebaliknya. 

4. Jadi pendengar yang baik 

Lumrah kita melihat ayah adalah seorang yang garang. Ayah juga akan ditakuti oleh anak-anak. Namun, di sebalik ketegasan anda, zahirkan bahawa anda adalah seorang pendengar yang baik. Tatkala anak ada sesuatu yang ingin dikongsikan, tinggalkan segala kerja-kerja anda dan fokus pada isu yang anak utarakan. Pujuk dan bagi kata-kata semangat. Jikalau pelukan seorang ibu itu umpama magis yang dapat menghilangkan segala keresahan, maka pujukan ayah umpama ledakan peluru yang akan membangkitkan semangat juang anak. 

5. Mendoakan 

Doa adalah senjata orang mukmin. Jangan sesekali lupa untuk mendoakan kesejahteraan anak-anak. Kejayaan kita pada hari ini ialah hasil doa ibu bapa kita, maka anak-anak juga memerlukan doa kita untuk melakar kejayaan gilang gemilang mereka. Doa ibu bapa terhadap anak-anak adalah doa yang tidak ada hijabnya. 

6. Didik rohani 

Dalam kesibukan mendidik anak tentang ilmu dunia, santapan rohani anak-anak juga tidak wajar kita lupakan. Anak-anak adalah saham kita di alam barzakh dan saham kita di akhirat kelak. Di saat pertarungan kita di alam barzakh, hanya doa anak yang soleh sahaja yang mampu membantu kita. Maka, jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab rohani terhadap anak. Asuh anak mengenal Allah sejak dari kecil. Ajar anak cara solat, celik Al-Quran dan Al-Sunnah..kerana itu adalah pendinding kehidupan mereka ketika kita dipanggil menghadap Yang Maha Esa. 

sumber: 17vits

Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Senggugut Teruk Rupanya Ada Ketumbuhan Rahim