Bila sebut je pasal durian, memang sedap, makanan kegilaan orang asia, terutama Malaysia indah permai, semuanya makan durian, dalam waktu puasa pula ada sahaja moreh durian, memang sedap, rugi ada juga yang tak berapa gemar makan raja buah ini. Tapi bila hari raya, jaga-jaga, kalau korang silap makan, memang nahas. Macam-macam cerita kita dengar pasal durian.

Khasiat Buah Durian ?
Dalam kesibukan orang kata durian ini macam-macam, ada yang boleh sebabkan demam , panas dan sebagaianya, jangan lupa ye, durian sebenarnya banyak khasiat, korang tengoklah sendiri di atas, berapa banyak vitamin dan mineral yang ada. Tapi dalam pembacaan aku tadi, kiranya durian paling kaya dengan
vitamin C dan
vitamin B kompleks. Jadi bagus makan durian ini, kalau kena dengan gayanya. Tambahan lagi, kalau tengok makan durian boleh berikan tenaga, sebab ianya ada khasiat
potassium yang tinggi.
Ahli Senaman Pun Makan Durian ?
Jangan tak tahu, dalam artikel kevin zahri pun, dia pun makan durian jugak. Apa yang menarik dalam entrynya pasal durian, durian takdalah tinggi sangat kalori, dan bagus juga ianya memanaskan badan, hahaha, boleh tingkatkan kemampuan seksual. Jadi, kalau korang makan durian, banyak faedahnya, ada sumber lain mengatakan durian juga bagus untuk
penghadaman, dan juga untuk
kesihatan tulang
Jangan Seronok Sangat Melantak Durian
Hahaha apa pun, peringatan untuk hantu-hantu durian di luar sana, walaupun durian ini banyak khasiat, sedap, tapi yang tak bestnya ianya berbau, ok, ada yang tahan, ada yang tak tahan. Tapi jangan lupa, kandungan lemak dalam durian memang tinggi, 3 kali ganda dari buah yang lain. Ada lagi kes juga, diviralkan di media sosial, ada budak mati makan durian dengan
minuman berkarbonat, bahaya jugakan. Jadi, beringatlah, jangan sampai kena
darah tinggi kalau makan durian. Jadi berpada-pada dan ingat orang belakang, jangan makan sorang-sorang.
Selamat HARI RAYA
Apapun, kami dari diet diets sihat, nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin, kepada semua rakyat malaysia dan dunia, khasnya peminat setia blog
Diet Diet Sihat. Biasalah masa raya, kekadang internet takda bila balik kampung, kami akan update lagi artikel yang best untuk anda, majulah diet untuk negara.
0 Comments