Thursday, July 30, 2015

Rombakan Kabinet 2015 - Perkhidmatan Terbaik Untuk Rakyat

Assalamualaikum Dato Seri , nampaknya selepas membuat pengumuman kabinet baru 2015, nampaknya Dato Seri membuat satu keputusan yang tepat dan memang agak sukar, tapi bak kata Dato Seri, pasukan terbaru kabinet mesti bergerak dalam satu pasukan yang utuh untuk membangunkan Malaysia sebagai negara yang Maju nanti. 

Tahniah kami ucapkan kepada muka-muka baru dalam barisan kabinet , yang lama terus berkhidmat, dan yang digugurkan, teruskan perjuangan untuk rakyat, bangsa dan agama. Semoga Malaysia terus aman dan sentosa.





Business Online Penggerak Utama Ekonomi Negara

Alhamdulillah, dalam krisis buang pekerja, kerja tak cukup , duit jatuh dan sebagainya, business online sebenarnya akan menjadi nadi utama, penggerak dan peningkatan isi rumah pendapatan kepada rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan. Semua ini boleh terjadi dengan kemajuan yang ada di Malaysia, kemudahan internet yang semakin hari semakin mudah untuk dimiliki semua orang. Satu hari nanti, mungkin kita akan melihat ramai para ibu yang akan bekerja dari rumah, jadi tak perlu lagi risau tentang keselamatan anak di nursery, yang semakin hari semakin tinggi yuran penjagaan. Tapi nak lagi best, saya ada beberapa cadangan supaya business online dapat dimajukan.

  1. Tingkatkan Kemudahan Internet di Luar Bandar - walaupun begitu ada beberapa tempat yang masih teruk lagi kemudahan internet, terutamanya di luar bandar. dengan kelajuan internet yang bagus, dan adanya kemudahan awam dan pejabat pos, saya yakin ekonomi negara dapat dijana dengan hanya duduk di kampung.

  2. Jadinya tak perlulah para penduduk di luar bandar, berpindah ke bandar, kerana kemudahan internet yang murah, lagi cepat dan berkesan, dapat digunakan untuk membuat perniagaan, lagipun kawasan kampung, memang bagus untuk mengusahakan produk yang baik. Sekarang orang jual sayur pun boleh jual secara online, nak order kambing untuk akikah pun senang.

  3. Berikan insentif khas kepada penduduk luar bandar yang betul-betul nak buat business di luar bandar, jangan tekankan konsep pinjaman, cuba tekankan konsep ZERO MODAL, bina perniagaan dengan modal yang sedikit, lama-lama jadi bukit.

  4. Memang agak sukar, sebabnya ada juga yang merungut sebab tak pandai menjual, jadi program business di sekolah, sejak kecil, perlu diterapkan, macam bangsa cina yang ajar anak-anak mereka berniaga sejak kecil lagi. Tapi sekarang ini, ramai juga bangsa lain dah mula ajar anak-anak mereka berniaga, terapkan sikap kerja sendiri, maklumlah, sekarang ini memang sukar nak cari kerja.

Saya rasa itu saja cadangan yang tak seberapa dari team kami ini yang masih kecil-kecilan. Kami yakin dengan pasukan kabinet baru, semuanya bersemangat untuk membangunkan Malaysia dan berkhidmat untuk Rakyat.

Vivix Promo Untuk Family Dato Seri

Kalau Dato Seri baca entry saya ini, apalah kiranya, Shaklee sekarang ada promo VIVIX, bagus untuk kesihatan seisi keluarga, sekarang ada promo beli 6 percuma 1, nak rasa awet muda, kekal muda , boleh contact kami, ataupun klik order untuk membuat pesanan secara online. Semoga Dato Seri terus sukses dunia dan akhirat. Amin.




Ainul Mustafa
013-3612717
ainulfadzilah@gmail.com
http://www.facebook.com/DietDietSihat
http://jalanabadi172784.blogspot.com

No comments:

Post a Comment