Diet Masa Buka Puasa

Assalamualaikum semua. Macam mana raya ? best ke ? Semua orang mungkin ada yang puasa enam, tak pun ada yang masih bertungkus-lumus dan habiskan ganti puasa dari dua tahun lepas, biasalah, ada yang berpantang masa bulan puasa, mana tak gilanya nak habiskan, ditambah lagi dengan godaan open house kawan dan juga ahli politik setempat. Jadi apa yang bagus untuk diet masa buka puasa ? jom baca lagi







Kejutan INSULIN ?

Bila mencari fakta tentang diet masa berbuka, kevin zahri kata masa makan untuk berbuka janganlah makan teruk sangat. Apa yang terjadi ialah bila berlakunya insulin spike, tetiba  je bacaan insulin naik, otak kata kena makan lagi. Jadi itu memang biasa, kerana, sebelum ini, tahap glukosa dah rendah masa berbuka,  jadi insulin spike menjadi sebab makan banyak sangat, otak kata badan kita kurang glukosa. Macam tulah kot, nak fahamkan, hehehe. Jadi apapun, kasi perut warm up dulu, biar dia perlahan-lahan terima makanan yang anda masak atau beli di kedai runcit.

Sunnah Rasulullah

Apa yang terbaik untuk berbuka puasa ialah mengikut sunnah Rasulullah , dan ramai dah buktikan yang sunnah rasulullah terbaik dari segi kesihatan dan sains. Jadi bila nak berbuka tuh, jaga adabnya, makan kurma dan minum air dahulu.


  1. Segerakan berbuka, janganlah buang masa, nanti lambat  solat maghrib
  2. Berbuka dengan kurma atau minumlah beberapa teguk air
  3. Baca doa  yang betul dan sahih
  4. Tidak berlebihan ketika berbuka, takut membazir pula.

Bahaya Minuman Manis ?

Selain itu ada beberapa pendapat  katanya jangan banyak sangat minum air manis, gula tinggi, masa nak berbuka. Biasa kalau baca, minum air manis ni sebenarnya boleh membuatkan air dalam badan kita diproses lebih, sebab nak hancurkan gula tuh, jadi jawabnya bukan kita makin kuat, jadi makin lemah adalah. Jadi seelok-eloknya, kita minumlah air masak banyak-banyak, ganti balik air dalam badan kita.

Kesan Diet Yang  Tak Sesuai


Kalau anda pilih makanan yang tak sesuai masa berbuka, kemungkinan anda akan mengalami perkara seperti di bawah, jadi jaga-jaga sikit.


  • keletihan
  • pening
  • sakit kepala
  • sembelit
  • penghadaman terganggu
  • paras gula rendah
  • kejang otot
  • ulser peptik
  • pedih ulu hati
  • gastrik
  • mudah jatuh sakit
  • berat badan menurun atau bertambah

Jaga Makan Ketika Berbuka

Jadi apapun masa makan berbuka, atau sahur, jangan nak melantak sangat. Seeloknya, makan sikit dulu, solat dulu, lepas tu rehat dan makanlah ikut kesesuaian badan kita. Ok, so kalau rasa nak tahu lagi tips kurus masa nak puasa, kena baca lagi artikel dalam blog ni ok ? Selamat berpuasa dan selamat berbuka.

Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Senggugut Teruk Rupanya Ada Ketumbuhan Rahim