Bila Niat Berniaga Kerana Duit ...

KAPASITI MINDA

Sebenarnya, sudah agak lama saya hendak share perkara ini.

Saya bermula berniaga pada tahun 2013. Ketika itu saya menjual perfume reject di ofis dan juga online. FB masih belum wujud. Jadi, saya hanya menggunakan platform email untuk mempromosi perfume saya.

Alhamdullilah. Sambutan memberangsangkan. Daripada saya beli cash dengan supplier, supplier offer untuk beri consignment kepada saya. Ini kerana apabila melihat jumlah botol yang saya dapat jual seminggu, meyakinkan mereka.

Ketika itu, saya jual perfume atas niat ingin dapat DUIT. Maksudnya, niat saya semata-mata jual dan ingin dapat duit.


berniaga kerana duit



Bulan berganti bulan, hari berganti hari, suatu hari, terdapat masalah pengurusan di dalam syarikat supplier. Mereka berpecah dan saya slowly mula kurang menjual perfume. Dalam masa yang sama, ada beberapa musibah melanda dalam hidup saya seperti kehilangan kerja, kehilangan duit, kereta kena curi.

Akibat semangat berniaga yang tinggi, saya tidak betah untuk berlama-lama tidak berniaga. Selepas perniagaan perfume tidak berjaya, saya mula berehat sebentar dari berniaga dan menumpukan kepada kerja hakiki iaitu bekerja di office. Agak lama juga saya berehat. Hampir setahun.

Setelah berkahwin, saya menemui satu perniagaan baru, iaitu produk kecantikan wajah, MIOR. Produk ini sangat laku keras di internet. Harganya mahal. Dan saya masih belum mampu untuk membeli pakej yang di sediakan iaitu RM600. Dengan modal permulaan yang ada di tangan iaitu RM200, saya cuba promosi dahulu sabun ini di blog.

Alhamdullilah. Order pertama masuk. order kedua masuk, sehinggalah setiap bulan saya menjana pendapatan melebihi dari apa yang saya dapat melalui gaji bekerja saya.

Pelanggan membeli tidak pernah putus. Keuntungan satu produk mencecah RM120. Saya mula suka. Mula lemas dengan RM yang masuk. Ketika itu niat saya berniaga sabun ini untuk menunjukkan kepada suami yang saya mampu menjana pendapatan lebih tanpa mengharapkan duit nya.

Nampak tak? Kat situ pun niat dah tak betul.

Akibatnya, selepas setahun berjualan, berbagai perkara musibah berlaku. Antaranya rumah kena pecah masuk dan kereta sering breakdown.

Ketika itu, saya berniaga tanpa ILMU. Semborono. Syok sendiri. Semata-mata inginkan duit. Dalam kepala, duit adalah matlamat.

Sehinggalah saya menghadiri program IMKK.

Dr Azizan Osman kongsikan,

"DUIT akan datang kepada kita jika kita mempunyai sebab yang besar"

"Jika kita tidak boleh handle duit tersebut, duit akan datang sekejap kepada kita, tetapi selepas itu ALLAH akan tarik balik".

"Wang adalah alat bukannya matlamat"

"Check NIAT berniaga kerana apa?"

Subhanallah. Banyak sebenarnya yang saya tak tahu. Selama ini saya selalu jadikan duit sebagai matlamat.

Saya juga selalu berfikir, "takpelah, dapat jual 2 pun cukup, janji ada orang beli".

Rupanya kapasiti minda kita menentukan berapa jumlah duit yang boleh kita handle.

Jika kita setkan kapasiti minda kita,

"Ok lah tu dapat jualan RM500 sebulan, kira OK lah dari takde".

Dan benar, itu lah apa yang anda akan terima. Apabila anda dapat lebih daripada RM500, duit itu akan keluar balik melalui pelbagai perkara seperti kereta rosak, anak sakit dan sebagainya.

Tuan dan Puan,

Jangan ikut seperti saya. Saya melalui fasa langgar dinding berkali-kali.

Saya tidak menetapkan NIAT saya berniaga kerana Allah.

Hanya Allah Memberi Rezeki. Bukannya manusia.

Saya tidak membesarkan kapasiti minda saya. Akibatnya duit datang dan pergi.

Moga dengan perkongsian ini, dapatlah kita mengutip sedikit ilmu di dalam nya dan teruskan beramal.

Semoga urusan anda di dalam perniagaan di permudahkan oleh Allah.

Amin.

sumber: reni rahmat

Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Tanda-tanda awal kanser payudara