Doa Kita Tak Makbul ?

Alhamdulillah, pada 18 disember 2015, akhirnya saya dah berusia 31 tahun 1 hari, itu ikut kalender matahari, tapi umur tuh kalau diikutkan, semakin lama semakin pendek. Nak dijadikan cerita, saya telah pergi awal ke masjid, macam biasalah, ikut Abah yang memang suka gerak awal ke surau polis seksyen 9 shah alam. Ok, masuk masuk je, dah dengar cerita dari Ustaz Zul, memang sempoi cerita dia pasal DOA. Persoalannya, kenapa Allah tak makbulkan doa kita ?



  1. Dalam perang khandaq, diceritakan Rasulullah s.a.w. menggali parit, bersungguh-sungguh, sehingga perut rasulullah penuh dengan pasir.
  2. Selepas menggali, barulah rasulullah berdoa kepada Allah, memohon kemenangan kepada tentera Islam.
  3. Itulah cara betul berdoa, mesti USAHA dulu, dan usaha tuh mesti bersungguh sungguh. lepas tu serahlah kepada Allah.
  4. Jangan hanya berserah je, doa punya panjang, "Ya Allah, majukanlah perniagaanku", lepas tuh apa pun tak buat.
  5. Usahakan dulu, kalau berniaga, buat promosi gila gila punya, jumpa orang itu ini, lepas tu berdoalah, "Ya Allah, aku dah buat itu dan ini, kau bukakanlah hati mereka, kerana Engkau sahaja yang dapat mengubah hati mereka".
  6. Selepas syariah lengkap, Allah telah menyerahkan tugas menjaga agama ini kepada umat nabi muhammad.
  7. Ada satu ketika, Abdul Mutalib berdoa, supaya Allah lindungi kaabah dari tentera Abrahah, lalu Allah hantarkan burung yang membawa batu-batu dari neraka.
  8. Allah makbulkan doa Abdul Mutalib, kerana pada masa itu Allah nak lindungi kelahiran Nabi Muhammad , walaupun Abdul Mutalib tak buat apa-apa pun ketika itu
  9. Dalam satu lagi kejadian, ada puak yang memberontak, menyerang dan membunuh orang di kaabah, dan merampas kunci kaabah
  10. Puak ni siap panjat atas kaabah, dan mencabar, kenapa azab Allah tak sampai pun kat dia
  11. Lepas itu, orang -orang beriman berdoa untuk hancurkan puak memberontak ini, tapi Allah tak hancurkan pun puak-puak ini.
  12. Ibnu Kathir dalam tafsirannya berkata, kejadian di atas menunjukkan, kemulian dan kesucian agama adalah tanggung jawab kita, kita kena berusaha, dan bukan semata-mata bedoa.
  13. Jadi silaplah kita jika hanya berdoa "Ya Allah, kau hancurkanlah musuh-musuh Islam" tapi tak buat apa apa pun.
  14. Sebaiknya, kita buatlah kerja kita, tolong bagi derma, buat kempen kesedaran, boikot, tolong itu ini, dan barulah berdoa," Ya Allah, lindungilah kami, menangkanlah tentera Islam"
  15. Sama juga bila menjaga anak, tak cukup hanya berdoa " Ya Allah, lindungilah anak aku dari anasir jahat", tapi tak buat apa-apa pun.
  16. Seeloknya, dengan usaha kita bersungguh-sungguh didik anak, contoh hantar pergi tahfiz, ajarkan akhlak yang baik, dah rotan, berdoalah,"Ya Allah, aku dah ajar anak aku dengan pendidikan yang sempurna, sekarang aku berserah kepadaMu untuk melindungi anak aku"
  17. Dalam surah Al-baqarah ayat ke 186 yang bermaksud "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."
  18. Biasanya, semua orang kata bila bab DOA, orang selalu qoute "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka);Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu"
  19. Tapi ramai tak sedar, tips DOA kita nak makbul, kena baca habis ayat,tuh, syarat doa nak makbul tuh senang je , baca ayat itu sampai habis "Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."
  20. Senang je, ibarat kita minta bonus extra dengan majikan kita, "Bos, takda bonus ke ?" bos kita jawab "Kerja yang saya bagi awak dah buat ke ?"
  21. Bila berdoa, cuba ingat kembali apa yang kita dah buat, usahalah sekuat-kuatnya, dan barulah serahkan segala urusan itu kepada Allah.

Ini hanya hasil dari kefahaman saya, jika ada kesalahan,kritikan,komen,silalah betulkan dengan komen di bawah. semoga bermanfaat.

Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Tanda-tanda awal kanser payudara