Thursday, December 10, 2015

Kencing Manis

DIABETES ? KENCING MANIS ? Macamana diabetes boleh terjadi? Haa meh nk habaq.



2 Jenis Diabetes

Type 1 : bila sel badan tak boleh menghasilkan insulin.
Type 2 : bila sel badan tidak kenal insulin

Insulin umpama "kunci" untuk membuka pintu kepada gula (glukos) nak masuk ke dalam sel kita. sel kita memerlukan gula sebagai makanan dia.

insulin akan kawal kadar kemasukan gula ke dalam sel. bila sel dah cukup kepeluan gulanya, insulin kana kunci pintu sel jadi gula takleh masuk lagi. kalau kita makan lagi banyak gula.. sel dah cukup gula dah, gula tu akan berada dalam darah. oleh itu makan berpada-pada jangan ikut nafsu.

Bagi pengidap diabetes, yang Type 1, badan dia memang tak boleh hasilkan insulin, ataupun insulin yg dihasilkan tak cukup. umpama bilik ada 15 tapi kunci ada untuk 5 bilik je. 5 orang je boleh masuk, lagi 10 orang berlegar-legar kat luar. Apa jadi bila kena berlegar di luar ? penat, letih, pitam. macam tu lah bila gula tokleh masuk dlm sel kita, tp berlegar2 dalam salur darah kita... ia jadi tak seimbang.

Yang Type 2 pulak terjadi bila bilik 15, kunci pun 15 tapi silap kunci. patut nak buka bilik guna kunci bilik tapi dia pegi bagi kunci kereta... mana nak boleh buka. jadi, sama orang2 tak boleh masuk ke dalam bilik (gula tak boleh masuk ke dalam sel).

Keadaan2 ni adakan buat kadar gula dalam darah kita jadi tinggi! Bila gula dalam darah tinggi, macam2 masalah kesihatan akan berlaku, cthnya:

  • pandangan kabur
  • gangguan berat badan
  • jangkitan pada kulit
  • luka lambat sembuh

Oleh itu jagalah kesihatan ye... Jaga makan, jaga aktiviti, jaga ibadah... jgn biar dah sakit baru nak jaga. Jaga dari sekarang. Makan vitamins jgn culas!

No comments:

Post a Comment