Vitamin Membantu Mengawal Paras Gula dalam Badan

Diabetes atau kencing manis memang penyakit "orang kita". Faktor utama adalah faktor keturunan, jika keluarga anda ada sejarah penyakit ini, anda juga berisiko mendapat penyakit yang sama. Faktor yang lain adalah gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat, seperti pengambilan makanan manis yang berlebihan. Selain mengambil ubat doktor, anda juga boleh berikhtiar untuk mengamalkan supplement bagi mengurangkan komplikasi diabetes ini.


ubat diabetes



Antara vitamin yang boleh membantu mengawal paras gula dalam badan adalah :-

B Complex 

B-Complex adalah supplement pembekal tenaga. Ia bertindak dengan menukarkan gula dalam darah menjadi tenaga. Pesakit kencing manis kerap berasa letih dan mengantuk. B-Complex adalah sangat baik kepada mereka yang sering mengalami keletihan. B-Complex yang baik adalah yang mengandungi ke semua vitamin B iaitu, B1, B2, B3, B5, B6, B12, acid folic dan biotin.

Vitamin ini merupakan vitamin larut air, jadi anda dinasihatkan untuk minum air kosong yang banyak. Jika air kencing anda berwarna kuning pekat itu bermakna anda kekurangan air, dan sekiranya air kencing berwarna jernih itu menunjukkan air dalam tubuh ditahap cemerlang.

Zinc Complex

Zinc Complex dirumus dari zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi seperti kalsium dan serbuk alfalfa. Ia mudah diserap oleh tubuh.

Zinc boleh membantu pesakit kencing manis iaitu membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin dan seterusnya boleh membantu mengurangkan komplikasi diabetes. Zinc juga sangat membantu dalam mempercepatkan penyembuhan luka. Lebih-lebih lagi pesakit diabetes akan mengalami luka-luka yang lambat baik.

Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Tanda-tanda awal kanser payudara