19 Tips Sebelum Berhenti Makan Gaji

Semalam saya di datangi satu soalan yang agak menjerut leher. Seorang sahabat mintakan pendapat yang mahu BERHENTI KERJA dan fokus pada PERNIAGAAN.

Bila ditanya perniagaan apa yang mahu dijalankan. Beliau menjawab dengan yakin. Mahu memulakan bisnes pakaian dengan jenama sendiri.


makan gaji


Alasannya tengok semua orang berniaga mudah sahaja. Dia yakin dia mampu membawa jenamanya terbang tinggi. Katanya banyak ilmu dia telah belajar sana sini dan yakin dia mampu bersaing dengan pasaran sedia ada.

Saya sekadar berikan pandangan, bukan terus mematikan hasratnya.



  1. Berhenti kerja bukan satu perkara yang mudah. Ianya melibatkan satu perancangan yang jauh kehadapan. Persiapan yang kuat dari segi mental, emosi dan fizikal.
  2. Jangan berfikir untuk berhenti kerja kerana mahu berniaga. Tapi pastikan anda mampu menjadi pekerja cemerlang dan sukses dahulu dalam pekerjaan anda baru fikirkan layakkah anda berhenti untuk berniaga.
  3. Dunia perniagaan adalah satu dunia yang pantas tidak boleh ditangguh walau sesaat. Jika anda tidak punya displin itu dalam diri. Tangguhkan dahulu niat untuk berhenti kerja.

4. Jika makan gaji kita tidak mampu untuk cemerlang, bagaimana mahu cemerlang dengan dunia bisnes yang kita sendiri pandu.

5. Pastikan pendapatan bersih perniagaan anda melebihi 10 kali ganda gaji hakiki anda dan ianya konsisten sebelum memilih untuk berhenti kerja.

6. Rancang dan peruntukan perbelanjaan untuk tempoh minima 6-12 bulan selepas anda berhenti kerja.

7. Ubah mindset anda. INGAT!! Anda bukan berhenti kerja, tapi anda ubah CARA BEKERJA dari makan gaji kepada bekerja sendiri. Ini kerana jika anda tanamkan di dalam minda yang anda BERHENTI KERJA, percayalah cakap saya. Anda akan berhenti dari melakukan semua kerja dan duduk relax sahaja.

8. Fikirkan sebarang risiko dan kemungkinan yang bakal berlaku agar kita punya persiapan dari segi mental dan emosi untuk menghadapinya.

9. Jelaskan matlamat, kenapa mahu berbisnes? Sekadar mahu banyak duit atau sehingga punya legasi sendiri.

10. Dapatkan restu dari ibu ayah dan suami. Kerana doa dan restu mereka bawa anda terus terbang tinggi.




11. Sebelum memilih untuk keluarkan produk sendiri. Belajar menjual produk ORANG LAIN dahulu.

12. Pastikan anda mampu buat sale minima 10k dahulu secara peribadi untuk produk orang lain baru boleh berfikir untuk keluarkan produk sendiri.

13. Ingat cabaran sebagai pemilik produk adalah berisiko tinggi dan lebih besar.

14. Kuatkan diri dengan ilmu dan pengalaman dalam sepak terajang dunia perniagaan sebelum sibuk mahu mengeluarkan produk sendiri.

15. Tidak semua orang mempunyai BAKAT JUAL. Tak bermakna anda mampu close satu dua sale anda dah boleh terus rasakan diri anda berbakat dan boleh pasarkan produk anda sendiri.

16. Tunggu sehingga menerima 100 kali penolakan baru anda benar-benar mampu menepis apa pun yang datang di hadapan nanti.

17. Carilah ilmu, belajarlah berguru.

18. Berniaga bukan hanya sekadar melancarkan produk. Tapi ianya adalah tentang cara bagaimana kita membina dan menarik audiens.

19. Belajar MENJUAL DIRI sebelum MENJUAL PRODUK SENDIRI.

Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Tanda-tanda awal kanser payudara