2 Teknik Jualan Online

Teknik menjual guna result-based response.  Result-based response vs label-based response.

Apabila melakukan aktiviti marketing, perkara utama yang penting untuk kita tahu adalah menghasilkan ayat-ayat yang mudah pelanggan faham.

Teori ayat marketing terbahagi kepada beberapa pecahan. Antaranya:

+ Label-based response.

+ Result-based response.


buat sales

1. Label-based Response

Ayat marketing ini biasanya mempunyai elemen-elemen yang:

"Tuan punya rumah faham, tetapi tidak pada tetamu rumah."

Bermaksud, ayat yang kita tulis untuk perkenalkan bisnes sendiri hanya kita seorang sahaja yang faham.

Contohnya:

+ Saya doktor.

+ Saya jual produk kecantikan.

Ayat marketing versi label-based response tidak kuat frekuensi pengaruhnya, untuk buat pelanggan melekat dengan bisnes kita.

2. Result-based response

Ayat marketing kedua pula merujuk pada aset penting dalam bisnes kita iaitu:
"Pelanggan."

Result-based response adalah menulis ayat-ayat yang pelanggan suka dengar.

Yang penting, pelanggan itu rasa seperti ayat itu ada kaitan dengan dirinya.

Seperti mana pesan Dan Kennedy, "Buat pelanggan rasa kita adalah jawapan terhadap masalah mereka."

Contoh ayat result-based response adalah:

+ Saya bantu hilangkan sakit kepala dalam masa 3 jam atau kurang.

+ Saya tolong pekerja wanita yang aktif bekerja di pejabat, untuk turunkan berat badan sebanyak 5kg dalam masa 30 hari, tanpa perlu bersenam.

Result-based response lebih besar pengaruhnya.

Cara Bina Ayat Marketing "Result-based Response"

Jalan terbaik untuk hasilkan ayat result-based response adalah ajukan soalan berikut pada diri kita sendiri,

"Jika pelanggan kita ambil servis / produk kita, apa yang akan berlaku pada mereka?"

Jawapan itu merujuk pada ayat result-based response.

kredit: Aqif Azizan

Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Tanda-tanda awal kanser payudara