3 Tips Didik Anak

Marilah sama-sama kita cuba ubah pendekatan pendidikan kita. Kita amalkan kepimpinan melalui tauladan dahulu, kemudian kita terapkan pula kefahamannya. InsyaAllah kita akan dapati ianya lebih berkesan.



1. Melentur buluh dari rebungnya. Kajian kami menunjukkan anak yang dilatih sejak kecil akan mampu berprinsip dengan latihan itu hingga remaja dan insyaAllah hingga akhir hayatnya. Itulah didikan dari buaian hingga ke liang lahad.

2. Jika kita ikhlas dalam mematuhi seruan Rasulullah SAW dan arahan Allah SWT, kita sendiri harus cuba mematuhinya dengan sempurna dan istiqomah. Buktikan keikhlasan itu dengan mendidik anak cucu kita untuk juga mematuhinya .

3. Apapun yang ingin kita tanamkan kepada anak-anak kita, adalah elbih mudah untuk mereka menerima dan mengamalkannya secara berjemaah atau berkumpulan. Sesungguhnya "tidak Islam tanpa jemaah".

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Tanda-tanda awal kanser payudara