3 Tips Nak Menjual di Facebook

Kita menjual di FB, dah buat macam2 cara, marketing yg bagus, copywriting power, gambar menarik perhatian, trafik tinggi, dah tiru cara orang berjaya buat, ikut panduan sana, ikut panduan sini, tapi masih susah nak dapat pembeli? APA NAK BUAT? Kita patut lihat balik asas yang utama..



ADAKAH PRODUK KITA ADA PERMINTAAN?

Sedikit tips..

1) Lihat carian produk di online - forum, blog, google dll. Lihat ada orang lain jual tak? Contohnya anda jual JAM HIASAN DINDING ISLAMIK. Anda cuba lihat di internet ada tak orang mencari produk seumpama produk anda. Anda boleh gunakan keyword2 yang relevan dengan produk anda.

2) Lihat carian produk offline - ada banyak jual offline ke tak? Kalau tiada, cuba lihat isu/masalah yang berkaitan produk tu..Contohnya, ubat kuat. Anda tahu produk ni semua orang cari (boleh lihat di pasar malam), tapi di online tiada orang jual. Di situ ada permintaan! Kalau anda jual produk yang di dunia offline sangat mudah didapati, sukar anda untuk menjualnya di internet. Contohnya - anda menjual gula2 kapas di FB. (kat mana2 boleh jumpa gula2 ni)

3) Adakah produk kita menyelesaikan masalah orang, atau mampu memenuhi kehendak/impian orang? Orang membeli kerana ingin selesaikan masalah mereka. Adakah produk kita ni memang bantu selesaikan masalah mereka? Dan bagaimana produk kita bantu selesaikan masalah mereka?

kredit: sifuFBAds

Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Tanda-tanda awal kanser payudara