5 Tips Keselamatan Buat Ibu Bapa

Ramai ibu bapa yang excited kongsi kisah anak masuk sekolah. Biasalah ibu bapa selalu memang excited anak dah besar! Rasa macam baru je dukung, suapkan moi pada anak. Harini masuk darjah 1, tingkatan 1.



Cuma pesanan saya, dengan keadaan negara yang banyak kes culik dan kes pelik-pelik, tolong jangan dedahkan lokasi sekolah spt nama sekolah, snap gambar buku sekolah yang ada nama sekolah, snap lencana sekolah yang orang boleh detect sekolah mana.

Nama anak dah tahu, sekolah anak dah tahu, darjah berapa dah tahu. Senang kan kerja mereka? Bukan nak bersangka buruk. Langkah berjaga-jaga.

Ada mata-mata memandang. Yang nak buat kerja-kerja duit cepat dalam keadaan ekonomi mendesak. Ada sanggup ragut, rompal, culik dsb.

Selalu pesan anak 


  1. baca doa keluar rumah - bismillahi tawakkaltu alallah
  2. Jangan keluar dari pagar sekolah sampai ibu bapa / penjaga datang
  3. Jangan ikut orang tak kenal - yang tanya jalan dsb
  4. Boleh juga buat lakonan kalau orang bagi gula-gula ambil tak? Tanya supaya mereka berfikir. 
  5. Ibu bapa doakan keselamatan anak-anak. Sesungguhnya bukan kita yang memelihara anak-anak kita, tapi Allah yang memelihara anak-anak kita

kredit pesanan dari Laila Mukhtar

Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Tanda-tanda awal kanser payudara