8 Rahsia Cepat Kurus Selepas Bersalin

Ada beberapa sebab mengapa wanita selepas melahirkan anak menjadi gemuk. Wanita semasa hamil akan meningkat berat badan secara semula jadi. Ini adalah kerana semasa hamil terjadinya perubahan hormon yang menyebabkan badan mengumpul lemak dan air. Lemak yang dikumpulkan ini akan digunakan untuk membuat susu ibu selepas melahirkan anak. 

Salah satu sebab mengapa wanita menjadi gemuk selepas melahirkan anak ialah kerana tidak menyusukan anak dengan susu ibu. Jika wanita tidak menyusu, lemak yang disimpan semasa hamil tidak akan digunakan untuk membuat susu dan akan terus terkumpul di dalam badan. 

Sebab kedua ialah mungkin wanita selepas melahirkan anak tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang dan tidak meningkatkan aktiviti fizikalnya


kurus cantik

Rahsia Cepat Kurus Selepas Bersalin

1: Santai

Untuk kembali kurus dan tampak langsing memang memerlukan waktu. Walaupun nampak mudah, tapi ianya bukanlah sesuatu yang kita boleh dapatkan dalam waktu yang singkat. Tubuh kita telah melalui perubahan besar ketika hamil selama 9 bulan. Jadi, janganlah terlalu memaksa dan berharap untuk kembali langsing dalam tempoh yang singkat. 

2: Susukan anak

Ini adalah bonus buat ibu menyusu. Bukan sahaja dapat memberi anak susu yang berkhasiat, malah dalam masa yang sama boleh kurus jugak. Seorang ibu yang menyusukan bayinya dapat menghilangkan lebih banyak berat badan dengan kadar yang cepat berbanding dengan ibu yang tidak menyusukan anaknya. Ini kerana, ibu menyusu akan membakar lebih 500 kalori setiap hari.

3: Banyakkan pengambilan protein

Gantikan daging berlemak dengan ayam atau ikan. Ikan salmon contohnya kaya dengan sumber Omega 3 telah terbukti dapat membantu menurunkan berat badan.

4: Banyakkan bergerak

Pastikan kita banyak bergerak selepas habis berpantang. Contohnya, berjalan-jalan sedikit sambil mandukung anak diluar kawasan rumah. Lakukan selama lebih kurang 30 minit dan amalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Ini dapat membakar kalori badan kita dan membuatkan kita berpeluh.

5: Makan sedikit

Hindari makan terlalu banyak dan menjaga metabolisme badan dengan cara mengambil makanan dalam sajian yang kecil tetapi kerap. Contohnya 5-6 kali sajian. Jangan tunggu lapar baru kita nak makan, sebab nanti kita akan lagi cenderung untuk makan lebih banyak.


6: Kudapan yang sihat

Elakkan daripada mengambil kudapan atau makanan sampingan yang tinggi lemak dan rendah serat seperti kerepek, aiskrim dan makanan manis. Boleh gantikan dengan buah-buahan atau salad. Itu lebih berkhasiat.

7: Banyakkan serat

Pengambilan makanan yang kaya dengan serat boleh membuatkan kita kenyang dalam kadar yang lama. Makanlah makanan yang berserat larut seperti bijirin, buah-buahan segar dan sayur-sayuran. Pilih roti gandum dan nasi daripada beras merah.

8: Banyakkan pengambilan air

Air berfungsi sama seperti minyak yang dapat melancarkan fungsi organ badan di dalam tubuh. Pastikan tubuh sentiasa dipenuhi keperluan cairan kerana ia amat penting untuk menurunkan berat badan, membantu pencernaan, dan mengurangkan nafsu makan.

sumber: ainulmustafa

Comments

  1. Bab mkn sedikitbyg problem. Pantang nampak.hadoii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kena makan makanan berkhasiat, yang boleh kawal nafsu makan, hahaha

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Tanda-tanda awal kanser payudara