8 Sebab Orang Zaman Sekarang Perlukan Suplement

Salam Jumaat..Ada orang tanya...Kenapa kita perlu makan supplement? Zaman dulu-dulu tu... orang tak perlu makan supplement pun...sihat walafiat je...?Tak kurang juga ada peniaga lain yg cakap...Kan ke elok makan makanan sunnah je?? Tapi bila ditanya kembali kenapa zaman sekarang wujud banyak penyakit-penyakit baru yang zaman dahulu tak ada?? macam aids...H1N1 dan sebagainya.... mereka diam...Zaman sekarang berbeza dengan zaman dahulu...Berikut adalah sebahagian dari penerangan kami di SupermomShakleeStory.


makan shaklee


1. Pencemaran

Zaman sekarang banyak pencemaran samada yang disengajakan atau tak disengajakan. Contohnya kualiti kandungan garam galian dalam tanah pada hari ini.... tidak sama seperti zaman dahulu dek kerana hujan asid yang terjadi akibat pencemaran asap kenderaan dan kilang-kilang... Zaman dulu tak ada asap kilang dan pembuangan sisa toksin kat sungai...

2. Perubahan Genetik

Zaman sekarang banyak pengubahan genetik dilakukan kepada tumbuhan dan ternakan. Contohnya ayam- ayam yang ada dipasaran kebanyakkannya telah disuntik supaya cepat gemuk dengan matlamat peniaga cepat untung... dan boleh gandakan hasil. Ayam-ayam tersebut juga kurang bergerak dan banyak lemak...dalam lemak nilah dipercayai terdapat banyak punca penyakit.

Tanaman juga menggunakan baja-baja yang mengubah genetik (GMO) contohnya tembikai zaman dulu ada biji..tetapi tembikai zaman sekarang dah diubah genetik supaya tiada biji...apakah anda masih fikir kandungan nutriennya sama seperti makanan zaman dahulu.??

Dan lagi....Tahukah anda untuk memenuhi keperluan vitamin C tubuh seseorang itu, beliau harus makan lebih kurang 10 biji buah oren (zaman sekarang) yang elok!!! Jadi kalau setakat makan sebiji buah oren belum mencukupi...

3. Buah Dulu dan Sekarang Berbeza

Saya ingat lagi masa zaman saya kecil-kecil dahulu... Buah durian hanya berbuah setahun sekali... Tapi hari ini kita boleh dapatkan durian hari2!! Sama seperti padi...dulu setahun sekali..sekarang setahun dua kali...mungkin dimasa depan 3 atau 5 kali sebab kecanggihan teknologi.... Persoalan : adakah kandungan nutrien nya sama seperti dahulu???

4. Hidup Tak Cergas

Zaman sekarang orang dah tak hidup cergas seperti orang zaman dahulu. Orang zaman dahulu tak ada internet, mereka bekerja mengeluarkan peluh seperti bekerja di kebun dan banyak menggunakan tenaga. Hari ini kebanyakkan kita kurang bersenam dan banyak habiskan masa menempuh trafik jem. Maka pengambilan Supplemen dapat membantu mengurangkan stress tingkatkan kadar metabolisma, dapat membantu cara kehidupan kita zaman kini agar kekal sihat



5. Kadar Stress Makin Tinggi

Zaman sekarang kadar stress semakin tinggi. Stress adalah punca utama kepada kebanyakkan penyakit. Kenapa mereka stress? kerana hidup dizaman sekarang adalah jauh lebih sukar. Orang zaman dulu tak ada tanggung loan rumah 30 tahun..orang zaman sekarang hutang keliling pinggang!! mana tak stress?? Pengambilan Supplemen seperti B complex contohnya memang membantu dalam menurunkan kadar stress.

6. Persaingan 

Hari ini persaingan adalah jauh lebih sengit berbanding zaman dahulu. Hanya yang terbaik akan dapat survive. Contohnya dalam peperiksaan..kalau zaman dahulu dalam satu kampung hanya seorang dapat masuk universiti...tapi zaman sekarang setakat lulusan universiti belum tentu dapat kerja.. Maka seseorang perlu tingkatkan prestasi diri untuk menonjol dan cemerlang

Dalam acar sukan juga terbukti bahawa pengambilan makanan yang seimbang dan supplemen yang cukup serta baik dapat meningkatkan prestasi atlet. Ramai olahragawan olimpik telah membuktikannya ... malah bekas Atlet terkenal negara Watson Nyambek juga mengakui keperluan Supplemen dalam membantu beliau berprestasi cemerlang. Beliau mengambil Shaklee.

7. Sunah

Ada orang kata makanlah makanan Sunnah. Memang betul makanan sunnah adalah yang terbaik. Walau bagaimanapun kualiti makanan sunnah yang dahulu dan sekarang adalah jauh berbeza. Zaman dahulu makanannya suci tak tercemar seperti yang diterangkan dalam point 1 dan 2 diatas. 

Sebenarnya..Jika di kaji semula...dan di fikir kembali, di dalam supplement juga terdapat kandungan makanan sunnah didalammnya...sebagai contoh labu didalam Nurtiferon Shaklee..

Melainkan makanan Sunnah tersebut kita tanam sendiri atau kita telah pastikan kesuciannya, tidak tercemar, tidak menggunakan baja kimia, kambingnya tidak disuntik dsbnya... maka ia memang adalah yang terbaik... 

Tapi ....Disamping makan makanan sunnah yang lainpun kena ikut sunnah juga. Contohnya cara makan Rasulullah yang penuh hikmah dan sunnah yang lainnya juga harus diikuti.. seperti makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang... dan sebagainya. 

Walau bagaimanapun ia tak bermakna bahawa pengambilan supplement tidak penting untuk orang zaman ini.

8. Sabda Rasulullah

Seperti sabda Rasulullah "Antum A'lamu Biumuri dunyakum" (Kamu Lebih Tahu Mengenai Urusan Duniamu.) -Hadith Riwayat At Thabarani..

Maka kita harus trus mengkaji, pelajari dan membuat pertimbangan sebaiknya apa perlu kita lakukan apabila berhadapan dengan ujian hakikat kehidupan pada masa kini. Pilihlah apa yang terbaik buat diri dan keluarga.. dan janganlah saling merendahkan pandangan orang lain. kita sama-sama cari yang terbaik

Hari ini ramai cendiakawan bidang kesihatan dan doktor-doktor yang telah ubah tanggapan dan mereka kini menyarankan pengambilan Supplemen. Mereka sedar bahawa Pencegahan dan Perawatan adalah dua perkara berbeza. Menjaga kesihatan adalah berbeza dengan pengubatan penyakit.

Mereka sedar Supplement bukan ubat. Jadilah seperti mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Tanda-tanda awal kanser payudara