Jangan Main-Main Dalam Business

Selama bertahun syarikat penerbitan DuBook Press tanpa jemu mempromosikan peluang untuk menjadi DuBook Renjer (ejen penjualan buku buku DuBook) ke seluruh Malaysia. Ya, bertahun. Namun yang menjadi ejen dan buat kerja betul betul tak sampai belasan individu. Kalau ikut daftar nama yang ada memang beratus, tapi itu lah, sepanjang sejarah tak pernah lagi terjadi kumpulan bersungguh melebih kumpulan main main.


tak serius business

Hendak berniaga kononnya, tapi tak nak betul betul. Yang banyak dalam kepala cuma main main. Salute dan respek aku hadiahkan pada kumpulan yang bersungguh. Walaupun bermula perlahan, tapi lama kelamaan semakin laju dan menampakkan hasil, sehingga ada yang dah berjaya dirikan syarikat jualan dengan jenama sendiri.

Itu contoh pertama.

Minggu lepas aku bertemu cikgu Zul (bekas cikgu). Cikgu Zul merupakan mentee kepada seorang pendiri produk yang dididik secara eksklusif. Pendiri produk yang aku maksudkan ini bukanlah baru berniaga 3 atau 4 tahun, sebaliknya telah berniaga produk produk di merata pasar malam sejak di bangku UiTM kira kira 15 tahun yang lalu. Aku bertanya macam mana progress sales produk herba yang beliau jalankan secara sepenuh masa?
(Cikgu Zul ni dulunya cikgu sekolah, berhenti kerja untuk fokus pada perniagaan).

Kata cikgu Zul, personal sales dia ok tak ada masalah, cuma ejen ejen banyak datang dan pergi. Dalam satu tahun, yang konsisten berniaga bersama tak lebih 10 orang, yang lain, melingkup sebab main main. Cikgu Zul ni masa dia berguru dengan pendiri produk, dia tak datang seminar apa pun. Berguru sampai tumpang tidor rumah guru, ikut dan tengok apa guru buat, turut nasihat dan arahan satu demi satu, sampailah ke tahap sekarang.

Adakah cikgu Zul sorang saja yang pernah berguru? jawapannya tentulah tidak. Ramai lagi, tapi yang lain ke laut, sebab tak boleh nak ikut arahan, besar kepala, tunjuk pandai, lalu sudahnya kembali menjadi biasa biasa.

Untuk kes cikgu Zul ni aku perhatikan ada 2 hal yang kita boleh belajar.

Pertama, tak ramai orang sanggup bersusah payah macam dia diperingkat awal, yang ramai hanyalah orang yang main main. Peluang jadi ejen herba dan jus sangat luas, tapi keluasan yang terbentang disempitkan oleh kumpulan manusia yang tidak tahan bersusah dan tidak cukup kemahuan, lalu terjadilah peel main main.

Kedua, untuk menjadi usahawan, proses pembelajaran bukanlah setakat sekali dua datang ke kelas seminar. Prosesnya mesti intensif dan berpanjangan. Mesti melalui pelbagai peringkat dari teori, observasi, praktis, cuba jaya, penilaian semula, penambah baikan seterusya membina karektor inner self yang kukuh dan membentuk mental yang keras kuat. Ini perlukan sokongan mentor (guru usahawan). Sekarang kita tanya, berapa ramai guru usahawan yang sanggup pergi sejauh itu bersama mentee demi memastikan anak didik usahawan ini mencapai kejayaan?

Itu contoh kedua.

Kelmarin aku hendel kelas Takaful di masjid negeri. Ada 7 orang Takafulmen yang yang bersiap siaga berjuang bersama aku. Di satu kumpulan wassap, kawan aku tanya;

"Setahun kau ulang alik Ipoh baru ada 7 orang je yang nak ikut?"

Aku jawab; sebenarnya ada ramai yang lalu lalang sepanjang tempoh setahun. Tapi yang nak kerja sungguh sungguh setakat ni cuma 7 orang di Ipoh. Selebihnya, macam aku beritahu di atas, tak ada kemahuan dan kesanggupan yang tinggi diperingkat awal, lalu mereka mengambil haluan sendiri sendiri.

Itu contoh ke tiga.

Aku berikan 3 contoh mewakili industri perniagaan berbeza. Semua contoh ini aku terlibat didalamnya secara langsung dan tidak langsung. Komen yang aku buat ni bersumberkan pengalaman dan pengamatan aku sendiri selama bertahun tahun.

Apa persamaan ke tiga tiga contoh ini?

Persamaannya mudah. Yang hendak melibatkan diri, tidak benar benar hendak melibatkan diri. Tiada kesungguhan dan kemahuan. Apabila tiada kemahuan, maka tiada fikiran, seterusnya tiada lah apa apa tindakan susulan. Atau dalam kata lain, main main.

Apa pula sebabnya?

Sebabnya juga mudah. Yang hendak berniaga tidak tahan dan tidak sabar. Tidak mahu menggunakan daya fikiran dan akal yang dikurnia Tuhan untuk mengatasi setiap permasalahan yang muncul dalam siri siri perjalanan sebagai seorang usahawan. Halangan yang datang dilihat payah, rumit dan tiada jalan ke depan, sudahnya mereka mengundur lari.

Sebab seterusnya yang aku kenalpasti adalah 'cepat melompat'. Cepat melompat ni aku kategorikan sebagai tidak taat pada sesuatu pekerjaan dan mudah terpengaruh dengan kesenangan di padang rumput yang dia sendiri tidak faham suatu apa pun. Baru hendak bermula di sini, dah terasa payah, kemudian terus hulur leher memerhati peluang peluang lain disekeliling;

"Ahhh susah la benda ni, baik aku join yang tu, lagi cepat buat duit!"

Ya. Begitulah situasi yang mewakili semua contoh industri yang aku nyatakan di atas.

Sikap ni kalau kita sendiri tak ubah, Malaikat turun bisik wahyu ke telinga pun tak boleh buat apa apa punya.

Ingatlah! kemahiran, ilmu, kefahaman, kemampuan dan kekayaan yang ditawar dalam bidang perniagaan ini tidak lebih dari angan angan yang sia sia kalau dalam hati kita tidak ada kesungguhan, melainkan yang ujud hanyalah kerja main main yang membuang masa.

Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Tanda-tanda awal kanser payudara