RIAK ?

NIKAH SEDERHANA DAN SIMPLE

Tujuan mengadakan kenduri Secara sederhana dan simple adalah untuk mengelak pembaziran dan menjauhkan diri dari Riak

Andaikata Dengan nikah Sederhana dan simple tidak dapat mengikis riakkerana ingin dipuji dan viral maka ia tak ubah seperti walimah yang mewah yang juga ingin dipuji dan viral sebagai wedding of the year.

Walaupun begitu saya tetap cenderung memilih kenduri sederhana cuma peringatan bahawa

Riak tetap berlaku walau dalam keadaan Mewah ataupun Sederhana maka

Dirikanlah rumah tangga atas ketakwaan yang mengharap Kesukaan Allah bukan kesukaan manusia dan viral media semasa


riak


Pung-pang pung-pang duk kata orang tu riak, orang ni riak. Percayalah. Orang yang pernah ada perasaan riak je yang boleh menghidu riakorang lain. Tapi orang yang tak pernah riak, dia takkan tahu riak tu macamana dan akan memandang sepi.


Riak dlm fb? Pada org yg otak dia -ve mmg la semua yg org post kat page fb dia kata riak.. pos mknan riak, gambor anak/cucu/kucen comel riak, berposing dpn kete mewah/baru/baru dicuci riak, hp mehei riak..posing bercuti kat oberC riak, bilik tidor/jamban shantek pun riak, tunjuk result exam anak dpt straight A pun riak, gambor bersama anak ambik diploma, ijazah bagai pun riak...segala pun riak...kalo ada diantara siapa dlm my friend list yg rasa mcm tu, dgn segala hormatnya sila delete me from your friend list..terima kasih..

Habis..yg kome tunjuk kata2 nasihat, hadis, ayat Al-Quran tu tak riak?, tunjuk gambor kat surau dgr ceramah tu tak riak? gambor gi umrah, haji, ziarah makam nabi dan para ambia tu tak riak?

Come on la..be +ve.. Kalau kome beranggapan semua org post dlm fb ni riak, tak payah la join fb..duk dendiam. Kalo gatei sgt nak berfb juga kome buat jer close grup.. "Kami anti riak" ke..."Grup Tak Riak" ke ape..


Orang yang riak dengan majlis perkahwinan ni ada dua pesen.

Pertama, majlis yang grand super grand. Spend berhabis untuk tunjuk kat orang lain betapa dia lah wedding of the year.

Pesen riak kedua ialah pasangan yang berkahwin secara simple dan ala kadar, tapi berkokok kt semua orang tentang betapa tak ramai orang sanggup buat simple macam diorang.

Bottomline nya, riak jugak.


Betul. Riak doesnt mean that it has to be grand. Sometimes yang suka canang satu dunia kononnya dia kawen ala2 bajet singgit takde baju pengantin, tak mekap, pakai kain batik jer suami pakai tshirt pagoda gitu. Orang camni attention seeker. Kalau kaya and mampu kau nak buat 10 hari 10 malam pun takpee. Kau tak mampu takper dont have to be sour grape. Lepas tu letak statement bingai "asalkan bahagia, as long as u love me" githu.


Bila kita mencela orang lain yg nampak menunjuk2 kelebihan yg dia ada sebagai 'riak', lepas tu kita menunjuk2 pula 'kekurangan' kita, itu boleh jadi sama saja 'riak' juga 

Riak berakar dari perkataan ru'ya yakni memperlihatkan. Memperlihatkan kelebihan agar orang kagum dgn kelebihan kita, atau memperlihatkan kekurangan agar orang kagum dengan 'kezuhudan' kita, sama je kekdahnya.

Apa nak buat?

Buang rasa nak dapatkan perhatian/pujian/kekaguman orang. Niatkanlah lillahi taala, mudah2an apa yg kita perlihatkan itu adalah satu dakwah yg boleh memotivasikan orang lain ke arah kebaikan/self upgrading.

& yg penting, jgn cepat cela orang atas perbuatan yg kita BELUM BUAT LAGI. Mungkin ujian utk kita belum tiba lagi.


Sebenarnya, yang pakai perkataan Riyak tu pun kita dah boleh tuduh dia Riyak.

Nak menunjuk dia terer Bahasa Arab la tu.

Cakap aje la Menunjuk, pakai Bahasa Malayu kan senang. 

Moral: Jangan hukum niat orang.

Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Tanda-tanda awal kanser payudara