Bahaya Makan Ubat Sendi Yang Ada Steroid

Sendi-sendi berfungsi untuk melicinkan pergerakan diantara pertemuan dua tulang.Sendi-sendi anda ada di bahagian bahu, pergelangan tangan,punggung, lutut,buku lali,dan jari kaki dan tangan.
Kesakitan sendi berpunca dari lapisan kulit, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf.




Kenapa anda mengalami kesakitan sendi.

  1. Anda mungkin melakukan aktiviti yang berat seperti mengangkat berat,
  2. Postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul dan menyebabkan terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak menyebabkan sakit sendi
  3. Obesiti
  4. Kecacatan anggota
  5. Kecederaan disebabkan kemalanga atau bersukan.
  6. Sakit sendi arthritis
  7. Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit
  8. Penyakit tulang
  9. Ketumbuhan
  10. Jangkitan kuman
  11. Penyakit kronik
  12. Ubat-ubatan
  13. Rawatan sakit sendi-bagaimana anda merawat sendiri sakit sendi tulang


Sakit Sendi ringan akan reda dengan langkah-langkah mudah seperti

  1. merehatkan sendi dengan penggunaan pengampu(splint).
  2. Kenakan ais yang dilipat dalam tuala pada sendi yang tercedera sekurang-kurangnya 30 minit untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan atau keradangan.
  3. Selangkan penggunaan pek sejuk dan panas selepas 3 hari. Urut lembut membantu peredaran darah
  4. Makan ubat sakit sendi seperti paracetamol(panadol).
  5. Kurangkan berat badan
  6. Guna kasut bertumit rendah

Apakah kesan sampingan pengambilan ubat sendi yang mengandungi steroid?


Paling biasa dialami adalah bengkak anggota badan dan peningkatan berat badan secara tiba-tiba. Pengambilan tiga hingga lima hari berturut-turut sahaja sudah mencukupi untuk melihat kesan ini. Bukan sahaja penyakit sendi yang dialami semakin parah, malah ginjal mereka turut menjadi korban serta mengalami pendarahan usus (peptic ulcer). Selain itu, pesakit juga mengalami peningkatan gula dalam darah yang mengundang penyakit kencing manis serta tekanan darah meningkat (darah tinggi).

Kesan jangka panjang pengambilan ubat yang mengandungi steroid?


Ia boleh menyebabkan tulang rapuh seterusnya mengundang osteoporosis. Sebenarnya, pengambilan steroid berlebihan boleh memberi kesan kepada seluruh tubuh badan termasuk gangguan sistem saraf.



Adakah herba yang terkandung dalam ubat atau suplemen boleh membantu melegakan sakit ?


Sehingga kini ia belum terbukti secara saintifik. Cuma ia sekadar suplemen yang boleh membantu mengelak atau mengawal sedikit masalah sendi seperti pengambilan minyak ikan kod, halia dan minyak evening primrose.

Namakan antara jenis steroid berbahaya dalam ubat ?


Prednisolone - hanya dibenarkan pengambilan sebanyak 15 miligram setiap hari. Sekurang-kurangnya hanya dua minggu pengambilan dibenarkan kerana ia boleh menyebabkan kesan sampingan lain.



Dexamethazone 
- paling kuat. Berpotensi menyebabkan kesan sampingan dalam masa yang cukup singkat. Selalunya digunakan untuk mengecutkan tumor dalam otak, mengecutkan ketumbuhan tulang belakang dan sebagainya.


Vitamin Yang Membantu Sendi Yang Sihat





1. Mengekalkan Tulang Rawan yang Sihat


Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepad sendi dalam tiga cara:
(i) Menyokong keselesaan sendi
(ii) Memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) Meningkatkan kesan kusyen

2. Mengurangkan Inflamasi

Omega Guard Shaklee adalah omega-3 yang melambatkan degradasi tulang rawan. Omega Guard boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi..jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. omeg- juga bertindak sebagai pelincir. ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.

Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.

3. Mengekalkan Sel Tulang yang Sihat

Ostematrix merupakan kalsium yang penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi.

Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium yang mencukupi bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.


Bagaimana VIVIX membantu Sendi Sihat?


Resveratrol di dalam Vivix shaklee mampu mengubah protein catabolism dan fungsi sendi, dan menghalang stress pengoksidaan dan pembentukan sel mati sendi dan tulang. Secara asasnya,Resveratrol menjaga kekuatan dan ketahanan sendi. Kajian mendapati bahawa Resveratrol menaikkan ketahanan sendi dengan meningkatkan komponen penghasil tenaga di dalam sel sendi dipanggil mitochondria.









Adakah anda juga mengalami masalah sakit sendi? Berapakah kos rawatan yang anda telah keluarkan bagi mengatasi masalah tersebut? Kos perubatan tidak murah. Nilai kesihatan itu lebih utama. Jika anda anda mengalami masalah  ini, segera dapatkan vitamin diatas bagi membantu anda mengatasi masalah tersebut. Hubungi saya segera untuk info & konsultasi lebih lanjut.

Ainul Mustafa
Shaklee Certified Product Trainer

SMS / Call / Whatsapp:
013-3612717

Email:
ainulfadzilah@gmail.com

Pengedar Shaklee Area : Shah Alam, Klang, Puncak Alam, Bukit Jelutong, Putra Heights, Petaling Jaya, Subang Jaya, Universiti Malaya (UM), Menara TM, Bangsar



Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Tanda-tanda awal kanser payudara