Monday, February 22, 2016

Perlu ke Pesakit Asthma/Lelah Bergantung Kepada 'INHALER' Selamanya?

Apa itu asma?


Asma merupakan sejenis penyakit melibatkan saluran pernafasan. Seseorang yang menghidap penyakit asma mempunyai salur pernafasan yang ‘hyperresponsive’ atau dalam erti kata lain, terlebih sensitif. Apabila terdedah kepada sesetengah faktor pencetus, saluran pernafasan menjadi sensitif, dan bertindakbalas dengan penghasilan lendir atau ‘mucus’ dan otot-otot saluran pernafasan mengecut, ‘bronchoconstriction’. Ini menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit dan seterusnya mengakibatkan susah atau sesak nafas. Asma tidak boleh berjangkit tetapi boleh diwarisi.






Perbezaan saluran pernafasan antara penghidap asma (sebelah kanan gambar) dan seseorang tanpa asma (sebelah kiri gambar).

Ada beberapa factor pencetus asma seperti:

  1. Asap rokok
  2. Haiwan peliharaan (bulu anjing atau kucing)
  3. Lipas
  4. Habuk pada permaidani, katil, bantal, patung berbulu
  5. Ekzos kereta, sesetengah minyak wangi, ba usesetengah sabun pembersih
  6. Debunga (‘pollens’) dari pokok, bunga, rumput
  7. Cuaca atau angin sejuk, atau kadang-kadang cuaca panas dan hujan
  8. Selsema atau lain-lain jangkitan
  9. Aktiviti-aktiviti seperti berlari, bermain, bersukan.

Setiap individu yang mengidap asma adalah berlainan. Bukan setiap pesakit asma akan alah kepada semua factor-faktor pencetus di atas.

Apakah tanda-tanda asma?

  1. “Wheezing”- bunyi seperti orang bersiul sewaktu melepaskan nafas
  2. Batuk
  3. Berasa susah untuk bernafas
  4. Berasa kekurangan udara
  5. Dada berasa ketat
  6. Berasa letih dan kekurangan tenaga
  7. Berasa susah nafas semasa bersenam atau aktif bermain.

Bagaimana doctor mengenalpasti pesakit asma?


Diagnosa asma didapati melalui ciri-ciri dan latar belakang (‘history’) dan pemeriksaan fizikal.

Berdasarkan tanda-tanda yang dialami seseorang pesakit, penyakit asma boleh diklasifikasikan mengikut tahap keseriusan penyakit.

Bagaimanakah asma dirawat ?


Secara amnya, ada 2 jenis kumpulan ubat pam asma.

1. Ubat pam (inhaler) sebagai pelega cepat (‘quick reliever’)

Apabila asma menyerang, ubat ini digunakan untuk melegakan pernafasan dan memberhentikan serangan asma.
Ubat ini juga boleh digunakkan sebelum anak melakukan aktiviti bersukan sekiranya aktiviti bersukan merupakan salah satu factor pencetus asma. Ini dapat mengurangkan kemungkinan serangan asma untuk berlaku.
Ubat ini berfungsi dengan meluaskan otot-otot saluran pernafasan dan melegakan pernafasan.
Contoh: Salbutamol


2. Ubat pam (inhaler) steroid sebagai pengawal and pencegah asma


Ubat pam steroid akan dimulakan untuk pesakit asma di mana penyakitnya tidak terkawal dan serius.
Ubat ini berfungsi dengan mengurangkan bengkak dan radang di saluran pernafasan dan seterusnya mencegah serangan asma.

Ubat ini tiada fungsi pelega cepat. Ini bermaksud ia tidak sesuai digunakan waktu serangan asma sedang berlaku. Ia juga mengambil masa yang lebih panjang untuk menampakkan kesan postitif.
Ubat ini perlu digunakan SETIAP HARI untuk suatu jangka masa yang lebih panjang untuk menampakkan keberkesanannya.

Setelah asma menjadi terkawal dengan ubat pam steroid, doctor akan mengurangkan pengunaan ubat secara perlahan-lahan dan berkala, dan seterusnya memberhentikan penggunaan ubat tersebut. 

Tempoh penggunaannya bergantung kepada individu dan tahap keseriusan asma. Ini bergantung kepada keadaan dan kawalan asmanya. Kanak-kanak yang mengidap asma dan memerlukan ubat pencegahan perlulah dipantau oleh pakar kanak-kanak.

Contoh: Budesonide, Fluticasone.






Adakah ubat pam (inhaler) asma selamat??


Ubat asma adalah selamat, jika pengambilan dan pengunaannya adalah mengikut arahan doktor. Ubat yang diambil melalui √≠nhaler’ juga hanya bertindak dan diserap di salur pernafasan dan tidak melalui penyerapan darah. Ini mengurangkan kadar kesan sampingan kepada pengguna.

Ada sesetengah ibu bapa/ pesakit risau tentang pergantungan atau ‘dependent’ pada ubatan ini. Ini adalah tidak benar dan ia tidak akan berlaku.

Ada juga ibubapa yang risau pengambilan ubatan ini lama-kelamaan tidak berkesan lagi sekiranya ia diambil untuk jangkamasa yang panjang namun ini juga tidak benar.

Asma dan pergantungan kepada ubat seumur hidup?


Kebanyakan keadaan asma semakin baik dan terkawal apabila usia budak semakin meningkat. Lebih kurang 60% pesakit asma tiada tanda-tanda lagi selepas umur 6 tahun. Tetapi segelintir akan mengalami masalah asma sehingga ke dewasa.

Mengapa perlu rawat asma sekiranya asma dengan semulajadinya akan bertambah baik apabila umur semakin meningkat?


Walaupun kita mengetahui yang asma secara semulajadinya akan bertambah baik apabila umur semakin meningkat, kita masih perlu mengawal asma apabila terdapat tanda-tanda yang dialami oleh sesorang budak asma yang menunjukkan asmanya tidak terkawal.

 Ini adalah kerana asma yang tidak terkawal boleh mengakibatkan serangan asma yang teruk, sehingga boleh meragut nyawa. Apabila asma tidak terkawal untuk jangka masa yang lama, pertumbuhan juga terjejas, berat badan susah bertambah dan perkembangan otak turut terbantut.




Bagaimana Vitamin Shaklee dapat Membantu Pesakit Asthma/ lelah untuk Lebih Baik Tanpa Bergantung Sepenuhnya Pada Ubat dan Inhaler


1. Omega Guard




Kajian klinikal Universiti of Maryland Medical Center menunjukkan 29 kanak-kanak asthma yang diberi makan minyak ikan yang kaya EPA dan DHA selama 10 bulan didapati mampu mengurangkan simptom asthma berbanding kanak-kanak yang mengambil placebo.

Kajian penyelidik Jepun keatas 32 pesakit COPD (chronic obstructive pulmonary disease) yang diberi supplemen omega-3 mendapati, selepas setiap 3 bulan tahap kesihatan mereka semakin baik berbanding mereka yang tidak diberi omega-3.




2. Vitamin C



  • Peningkatan Sistem Imun 
  • Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik
  • Membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun Mempertingkatkan alergi hidung dan kulit , asthma.
  • Menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan symptom flu dan selesema.


3. Nutriferon




Seperti yang kita tahu, asthma dicetuskan oleh serangan alergen, manakala sistem imun pesakit tidak dapat bertahan terhadap serangan tersebut. Asthma pada kanak-kanak menunjukkan ada keradangan melampau di laluan udara.


 Bagaimana interferon membantu?


 Penyelidik menemui keupayaan interferon menghalang populasi sel imun yang mencetuskan asthma. Secara semulajadi 1 kelas sel limfosit T yang dikenali sebagai T helper 2 cells (Th2 cell) membantu melindungi menentang jangkitan dengan merembeskan bahan kimia untuk meransang pembengkakan; tetapi dalam sesetengah individu, sel Th2 boleh menyebabkan tindak balas alergik kepada sel normal yang tidak berbahaya seperti pencemar dan debunga. Apabila sel Th2 menjadi reaktif kepada tersebut, ia mencetuskan semua proses pembengkakan yang biasa terhadap penyakit alergi seperti asthma dan ekzema.


Journal of Immunology mencadangkan interferon digunakan untuk terapi pesakit asthma. Interferon akan menghalang pembentukan sel Th2 dan kestabilannya dengan memberhentikan perembesan asthma-causing chemical lalu memberhentikan simptom asthma.

Testimonial asma/lelah 1






Testimonial asma/lelah 2




Testimonial asma/lelah 3




Testimonial asma/lelah 4



Pesakit asthma tegar selama 15 tahun kini sudah makin jarang diserang asthma





Saya Nurul Hidayah bt Zakaria, dan hari ni saya nak kongsikan kisah suami saya, Akmal bin Azmi, seorang penghidap asma sejak 15 tahun yang lepas.. Dan asmanya diwarisi daripada keluarga.
.
Berkahwin dengan seorang penghidap asma tegar, membuatkan saya tidak senang duduk apabila suami saya diserang asma. Sejak awal perkahwinan kami, saya agak takut setiap kali asmanya menyerang. Suami saya tak boleh mengalami perubahan cuaca yang terlalu drastik (dari sejuk ke panas dan sebaliknya), berurusan dengan persekitaran yang berhabuk dan berdebu serta tidur dalam penghawa dingin terlalu lama. Kadang-kadang kalau silap makan pun, lelahnya boleh menyerang.
.
Lelahnya sering menyerang ketika waktu malam. Kadang-kadang pukul 3 pagi, nafas suami saya berbunyi. Memang sangat menakutkan. Dia saya perhatikan sangat susah untuk bernafas. Dan setiap nafas yang disedut, sangat pendek. Dan di tengah malam tu juga, saya terpaksa drive ke hospital untuk dapatkan rawatan. Walaupun suami saya dibekalkan inhaler oleh doktor, namun ada kalanya lepas 3 kali pam inhaler pun tetap tak berkurang.
.
Hampir setahun dua juga saya berulang alik ke hospital membawa suami saya untuk ambil nebulizer. Boleh dikatakan hampir setiap bulan kami perlu ke hospital. Malah lelahnya semakin hari makin terul dan kerap. Tiada sebarang perubahan. Malah, kalau kami tak ke hospital, suami saya langsung tak boleh baring sebab terlalu sukar nak bernafas.
.
Isteri mana yang tak sayangkan suami sendiri kan? Dalam keadaan yang cukup merisaukan, saya tergerak hati untuk cuba berikan Shaklee kepada suami saya. Saya mula buat beberapa bacaan dan akhirnya saya memilih untuk konsisten dengan Vivix, Vitamin C, Omega Guard & Coq Health.
.
Setelah hampir 3 ke 5 bulan konsisten, saya mula perasan yang suami saya dah jarang pergi hospital untuk neb. Kalau tak dulu, dalam sebulan mesti kena ke hospital. Semakin lama suami saya konsisten, saya perhatikan hospital bukan lagi tempat lawatan kami.. Malah, bila lelah mula datang, dia hanya pam sekali dengan inhaler. Dan lelahnya berkurangan.
.
Saya sangat teruja.. Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana memberikan peluang kepada kami untuk menikmati kehidupan yang lebih sihat. Kini, saya lebih gembira bila suami saya dah jarang diserang asma. Saya juga tidak risau seperti dulu, bila suami saya lelah sampai susah nak bernafas. Dan kini, rasanya dalam setahun, baru sekali dua je suami saya perlu ke hospital untuk neb.
.
Walaupun saya tahu, penyakit asma tidak boleh diubati, tetapi sekurang-kurangnya suami saya semakin sihat dan asmanya datang sekali sekali dan tidak teruk seperti dahulu. Syukur Alhamdulillah. Penghidap asma sejak 15 tahun yang lepas telah mendapat kesihatan yang lebih baik sekarang.
.
Sekarang, saya konsisten berikan Omega Guard kepada anak-anak saya. Itulah salah satu usaha yang saya lakukan untuk mereka.. Semoga anak-anak saya bebas daripada asma. InsyaAllah..

Terima Kasih Shaklee.. Kami sayang Shaklee.






Bagaimana VIVIX Membantu Melegakan Asthma/Lelah



Kajian yang menunjukkan resveratrol di dalam vivix membantu pesakit asthma





Mahukah anda melihat anak , pasangan anda bergantung pada ubat, inhaler selamanya?

Mari kita berusaha untuk melegakan asthma supaya mereka dapat melakukan aktiviti seperti biasa tanpa gangguan


Bagaimana mahu membeli vitamin asthma ini?


Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar

AinulMustafa
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
COD Area: Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar


No comments:

Post a Comment