Milkbooster . Tips Susu Banyak walaupun Anak Sudah 1tahun 4 Bulan


Milkbooster merupakan makanan yang dikatkan boleh membantu meningkatkan susu ibu. Milk booster ini berbeza bergantung pada individu. Ada yang makan A menjadi ada yang tidak. Apa jua milk booster yang diambil, konsep asas penyusuan wajib dilakukan.


Pemakanan penggalak susu (milk booster)


Antara cara untuk menambah susu badan adalah melalui pemakanan. Terdapat pelbagai makanan/tumbuhan yang dikelaskan sebagai penggalak susu/milk booster. Antaranya ialah:

Lobak putih


- Sesuai dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis. Boleh juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.



Buah longan kering



- Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli. Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.



Kurma


- Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium. Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu



Pucuk betik/Betik muda

- Pucuk betik atau betik muda boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.



Halba/Fenugreek


- Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya. Boleh juga diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.



Habbatus sauda/Jintan hitam/Black seed


- Salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah. Amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut. Boleh didapati dalam bentuk kapsul.



Moringa/murunggai/pokok kelor


- Pokok murunggai terkenal di kalangan masyarakat India dan dikenali sebagai pokok kelor dalam masyarakat Melayu kita. Selain menambah susu ibu ia juga sesuai dimakan ketika sakit tekak ataupun selesema. Boleh didapati dalam bentuk kapsul dan uncang teh.



Jantung pisang


- Boleh di celur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau dimasak gulai lemak.



Daun cekur manis/pucuk manis


- Sedap dimasak gulai lemak sepertimana ulam jantung pisang.



Kacang soya


- Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu. Walaubagaimanapun, pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.


Konsep asas Penyusuan Yang WAJIB anda lakukan


Pengambilan Air


- Haruslah diingat bahawa ibu menyusu mestilah kerap meminum air kosong supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang. Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 3 liter sehari.




Pemakanan seimbang


- Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan. Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian. Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.




Psikologi


Susu saya cukup untuk bayi saya!


Dari sudut psikologi pula, digalakkan para ibu berfikiran positif dengan beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi. Elakkan dari stress atau tekanan kerana ia akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Sentiasa tetapkan dalam minda yang mengatakan bahawa susu saya cukup untuk bayi saya. Insha-Allah, ibu akan berasa lebih tenang dan tidak tertekan, seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.


Kekerapan mengepam


- Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep DEMAND VS SUPPLY. Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda. Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak/breast penuh. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil. Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali terutamanya semasa bayi tiada bersama anda.









SET VITAMIN MILKBOOSTER POWER 






Ostematrix bagus untuk Ibu Menyusu


- Bayi anda mudah lawas
- Anda juga mudah lawas
- Gigi semakin kuat dan tidak berdarah
- Tiada masalah sakit tulang belakang
- Memperbaiki masalah gastrik (ibu yang baru melahirkan selalu kesuntukan masa untuk makan)
- Membantu mengawal berat badan (mengurangkan rasa lapar akibat kekurangan glikogen)
- Menyediakan kalsium yang bermutu tinggi kepada anak
- Tiada lagi masalah kaki kejang
- Bantu perbanyakkan susu ibu
- Seimbangkan paras kalsium semasa haid
- Mencegah osteoporosis
- Mengurangkan PMS
- Alternatif bagi ibu yang tak suka/tak boleh ambil susu laktosa
- Mengawal tekanan darah
- Menguatkan daya ingatan
- Meningkatkan kesihatan tubuh


Berapa harga SET Milkbooster ini?

Harga Set ini ( 1 vivix & 1 ostematrix ) = RM568


VIVIX bukan untuk MILKBOOSTER sahaja. More Info Mengenai VIVIX yang mampu mebantu merawat pelbagai penyakit, untuk awet muda sila rujuk SINI




Saya sendiri makan vivix, ostematrix dan berjaya menyusukan anak pertama sehingga 3tahun 6 bulan dan sekarang masih menyusukan anak kedua 1tahun 9 bulan


ye saya ibu bekerja. selalu outstation, kerja di site tetapi ianya tidak menjadi penghalang untuk saya berjaya menyusukan 2 orang anak saya



Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar





AinulMustafa
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
COD Area: Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar

Comments

  1. New Diet Taps into Innovative Idea to Help Dieters Get Rid Of 12-23 Pounds in Just 21 Days!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Tanda-tanda awal kanser payudara