Duduk Terlalu Lama Tingkatkan Risiko Meninggal Dunia Lebih Awal

Bagi mendapatkan kesihatan yang optimum, satu kajian terkini mencadangkan supaya anda perlu berdiri lebih lama!.Ini berikutan kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik Australia itu mendapati, individu yang menghabiskan masa selama 11 jam atau lebih untuk duduk setiap hari memiliki 40 peratus risiko meninggal dunia lebih awal, tidak kira betapa aktifnya mereka sebelum ini.


duduk lama risiko meninggal dunia awal

DUDUK LAMA BAHAYA

Kajian yang dilakukan dengan mengumpul data daripada 222,000 responden berusia 45 tahun ke atas itu juga mendapati, mereka yang duduk antara lapan jam dan 11 jam setiap hari juga meningkatkan risiko kematian sehingga 15 peratus.

"Kebanyakan bukti sebelum ini lebih kepada risiko kesihatan akibat menonton televisyen terlalu lama," kata Penyelidik Kanan Universiti Sydney, Hidde van der Ploeg.

Beliau berkata, secara purata individu dewasa menghabiskan 90 peratus waktu lapang mereka dengan duduk dan kurang daripada separuh memenuhi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya melakukan aktiviti fizikal sederhana selama sekurang-kurangnya 150 minit setiap minggu.

OBESITI

Sebanyak 62 peratus responden berkata, mereka mengalami obesiti, sementara hampir 87 peratus lagi berkata, kesihatan mereka berada di tahap optimum, manakala 25 peratus lagi berkata, menghabiskan sekurang-kurangnya lapan jam sehari untuk duduk.

Kata van der Ploeg, responden tidak aktif yang duduk dengan banyak menggandakan risiko kematian awal dalam tempoh tiga tahun berbanding mereka yang kurang duduk.


BERGERAK

Sementara itu, Pengarah Penyakit Jantung dan Wanita Hospital Lenox Hill di New York, Amerika Syarikat, Dr. Suzanne Steinbaum berkata, disebabkan kebanyakan individu duduk dalam tempoh yang panjang ketika bekerja, mereka patut melakukan aktiviti seperti meregang, berjalan atau berdiri sekali-sekala.

"Mungkin anda tiada pilihan ketika waktu kerja. Namun, apabila pulang ke rumah, pastikan anda tidak terus duduk menghadap televisyen atau komputer."Selepas lapan jam duduk, risiko kesihatan semakin meningkat. Banyakkan bergerak ketika masa lapang," katanya.

sumber: syafiqfahmi

Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Tanda-tanda awal kanser payudara