Monday, June 20, 2016

Business Online Paling Mudah ?

Pada october 2013, buat julung kalinya, Shaklee Malaysia melancarkan sistem online. Hoo, apa tuh online ? Online ini maknanya, semua maklumat, berkaitan rangkaian business kita boleh dilihat terus di depan komputer atau smartphone. Sebelum ini, maklumat rangkaian kita hanya boleh diakses di pejabat shaklee atau di cawangan, itu pun sebelum pukul 7 malam, waktu closing.


senang buat business online


Kelebihan Sistem Online

Alhamdulillah, dengan adanya sistem online, semua perkara dapat dilakukan dengan cepat, maknanya waktu closing betul betul pada 11.59 pm, nak beli nak topup UV pun boleh dilakukan pada 11.55 pm. Jadinya stok pembelian akan dipos, sama ada gdex atau citylink.

Kelebihan GDEX

Dekat shah alam, kalau kita tak dapat menyahut panggilan abang gdex, kita boleh singgah ke GDEX Seksyen 24, di situ barang barang shaklee kita akan dikumpulkan. Tinggal masa nak pergi pungut, lepas tuh tak kisahlah, nak pos balik ke customer, atau nak simpan buat stok, atau buat muzium shaklee kat rumah.

Apa yang menarik kat sini, kita boleh tengok macam-macam barang orang pos, dekat sini jugak memang saiko, hahaha.Kekadang tengok ada macam-macam bungkusan, termasuk bungkusan Astro on the Go. Setakat nih, perkhidmatan GDEX memang tip top, dan banyak lagi boleh improve di masa akan datang. Servis terbaik beli online, esok sampai.

No comments:

Post a Comment