Bell Palsy : Kegemukan Selepas Makan Ubat ?

Menurut Perunding Neurologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Julia Shahnaz Merican, sesiapa saja boleh mengalami Bells palsy. “Bells palsy adalah kerosakan pada saraf muka. Kira-kira 70 peratus daripada kerosakan itu membabitkan saraf otot kranial ketujuh, yang merangkumi deria rasa (lidah) dan otot dan saraf muka.


rawatan bell palsy

“Bells palsy boleh menyerang sesiapa saja tanpa mengira jantina dan tidak memberi ‘isyarat’ awal. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba, selalunya ketika bangun tidur.

“Individu yang didiagnoskan Bells palsy biasanya akan menampakkan senyuman, hidung serta mulut yang senget pada sebahagian wajahnya. Bukan itu saja, aktiviti harian mereka turut terjejas seperti sukar memberus gigi, minum, tidak dapat mengerutkan dahi dan lain-lain,” katanya, baru-baru ini.

Menurut Julia lagi, ramai yang salah anggap mengenai Bells palsy yang dikatakan strok. Ini kerana perubahan atau kecacatan pada wajah sehingga menjadikannya senget sebelah sering dilihat sebagai serangan penyakit berkenaan.

“Seseorang yang diserang strok selalunya akan lumpuh sebelah badan sama ada kiri atau kanan tetapi Bells palsy hanya membabitkan saraf pada bahagian muka saja, sama ada kiri ataupun kanan.

“Oleh kerana pesakit akan mengalami kerosakan atau kecacatan di sekitar wajah, ramai menganggap diserang strok pada hal jika dilihat, tubuh pesakit Bells palsy tidak lumpuh sebagaimana pesakit strok,” katanya.

Apakah punca Bells Palsy ?

Punca sebenar Bells palsy belum diketahui sehingga sekarang. Bagaimanapun, hasil kajian sekumpulan penyelidik dan pakar perubatan Jepun mendapati penyakit ini berpunca daripada virus herpes simplex.

Berdasarkan teori mereka, virus itu yang juga punca penyakit kayap dan cengkering (chicken pox), hidup di dalam saraf ganglion sama ada di sebelah kiri atau kanan telinga seseorang.

Simptom atau gejala Bells palsy:

  • Muka menjadi senget.
  • Mata dan kening mereka kelihatan terjatuh atau condong ke bawah.
  • Tiada air mata pada bahagian wajah yang diserang Bells palsy.
  • Garisan pada pipi akan jatuh.
  • Sukar mengawal pengeluaran air liur.
  • Kesan telinga berdesing atau berdengung yang dikenali sebagai tinnitus.
  • Bahagian depan lidah terasa kebas.
  • Sukar meniup dan menghembus.
  • Sakit telinga atau ada inflamasi (keradangan) di dalam telinga.


Apakah pemeriksaan yang perlu dilakukan ?

1. Mata
Doktor akan memeriksa mata pesakit. Pesakit diminta memejamkan mata dan doktor akan membuka mata itu. Jika mata pesakit senang dibuka dan bebola mata mereka ternaik, ia menunjukkan mereka mengalami Bell’s palsy.

2. Lidah
Doktor akan meminta pesakit menentukan makanan yang diambil itu masin, masam ataupun manis. Deria rasa pesakit terjejas akibat penyakit itu.

3. Mulut
Apabila disuruh bersiul, mereka tidak mampu melakukannya.

Apakah rawatan Bells palsy ?

Bells palsy boleh dibahagikan kepada lima peringkat, iaitu daripada kritikal atau teruk hingga paling ringan.

Jika pesakit mengalami Bells palsy kritikal, mereka perlu diberikan rawatan segera sejurus tiba di hospital. Jika kerosakan itu dibiarkan hingga melebihi lima hari, ia sukar dipulihkan sepenuhnya.

Pesakit Bells palsy yang teruk akan mengalami kesukaran untuk menutup mata dan doktor akan memberikan ubat titis air mata tiruan untuk memastikan mata pesakit sentiasa lembap dan membekalkan bahan penutup mata untuk memastikan mata pesakit, ketika tidur, tidak dimasuki serangga yang boleh menyebabkan infeksi.

Berdasarkan kajian, kira-kira 90 peratus pesakit pulih sepenuhnya selepas menerima rawatan ubat-ubatan seperti steroid dan anti virus yang dikenali sebagai Acyclovir dalam tempoh satu hingga empat minggu.

Namun begitu, kira-kira 70 peratus pesakit Bells palsy boleh pulih sepenuhnya tanpa sebarang rawatan khusus. Pesakit Bell’s palsy juga akan dinasihatkan supaya menjalani rawatan fisioterapi di hospital.

Menerusi rawatan fisioterapi, muka pesakit akan dirangsang dengan bahan yang menggunakan kuasa elektrik. Selain itu, ahli fisioterapi akan meminta pesakit melakukan senaman wajah setiap hari sebagai salah satu usaha merangsang saraf muka mereka.

Bagaimanapun, kira-kira 15 peratus pesakit akan kekal dengan keadaan wajah yang senget biarpun sudah dirawat. 

Lazimnya, mereka ini lewat mendapatkan rawatan dan mengalami Bells palsy yang serius.

Oleh kerana kerosakan itu membabitkan muka, pesakit selalunya tidak puas hati dengan perubahan pada wajah mereka dan tidak kurang juga yang mahu melakukan rawatan pembedahan kosmetik.

Mungkinkah Bells palsy dialami lebih daripada sekali ?

Pesakit boleh mengalami penyakit itu lebih daripada sekali tetapi ia amat jarang berlaku dan tidak sampai satu peratus.

Adakah Bells palsy memberi kesan terhadap otak dan tubuh badan?

Tidak, kerana ia cuma kerosakan saraf muka.

Apakah rawatan untuk Bells palsy?

  • Biasanya pesakit akan dibekalkan ubat steroid untuk tempoh satu hingga dua minggu.
  • Perlindungan mata
  • Pembedahan


vivix shaklee

Rawatan Alternatif Dengan Vivix Shaklee

Vivix mempunyai sifat anti radang yang tinggi. Ini menjadikannya sangat bagus untuk membantu melegakan arthritis atau sakit sendi. Vivix juga mengandungi Ellagic Acid iaitu sejenis bahan antikanser dan antiradang.

Polifenol dalam Vivix telah terbukti secara saintifik mampu mengurangkan AGE yang mana memberi impak kepada penyakit yang kronik. Jika AGE bertindak terus ke atas pelindung sel saraf, pelindung sel (myelin) akan merosot dan memperlahan inpuls saraf. Ini akan mengakibatkan kehilangan deria pendengaran dan penglihatan (juga masalah katarak).

Disebabkan itu, peranan Vivix untuk mengurangkan AGE agar dapat merawat masalah saraf kepada pesakit Bell Palsy.

Kesan positif yang dialami oleh pesakit Bell's Palsy yang mengamalkan Vivix:
  • meningkatkan sistem imuniti ke tahap optimum dan membunuh virus dan bakteria punca penyakit
  • memulihkan saraf-saraf muka yang telah rosak
  • mengembalikan kawalan pada otot muka yang herot
  • memperbaiki kerosakan struktur muka yang terjejas
  • meningkatkan kesihatan mata
  • mata, mulut dan hidung kembali ke bentuk asal
  • kesihatan jantung bertambah baik
  • semakin bertenaga dan kesihatan bertambah baik
  • mengawal komplikasi bagi pesakit yang ada diabetis
  • meningkatkan kesihatan dan fungsi hati
  • memperbaiki tubuh dari kerosakan akibat steroid

Cara Order Vivix Shaklee

Cara 1 - Anda boleh terus klik ke VIVIX SHAKLEE ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan. Penghantaran ambil masa 2-3 hari

Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.Sekiranya anda berada di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar


Certified Product Trainer Shaklee (ID 866453)
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
COD Area: Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar

Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Senggugut Teruk Rupanya Ada Ketumbuhan Rahim