DELONG Coffee & Such TTDI Jaya Shah Alam

Cafe Delong ni baru sahaja dibuka. Delong ni nama tempat di Dungun Terengganu dan tempat asal ayah owner Delong ni. Menu special di Delong ni adalah Chalong.


makanan terengganu


Chalong ni macam bihun sup tapi ada bebola ikan yang dibuat sendiri. Special bebola ikan ini adalah ianya 100% ikan tau. lembut sangat. Chalong ni sesuai sangat untuk mereka yang diet , nak makan makanan yang eat clean. Chalong la menu yang sesuai. lengkap dengan bihun, bebola ikan, sayuran. tambah dengan sambal kicap rasanya memang terangkat beb !


mee chalong


Nasi Carrot menu yang wajib korang cuba di Delong ni. Makan nasi je dah sedap. ada rasa, lembut dan anak anak pun suka. Nasi Carrot ni kita makan sekali dengan  ayam masak merah. Gabungan yang memang sesuai sangat. Ayam masak merah dia pedas, sedap. korang boleh pilih package Nasi Carrot dan Air Soda Bukit Besi. Set ini hanya berharga RM9.90 sahaja.


masakan terengganu di shah alam


Untuk dessert , kami dihidangkan dengan Lala Choco Drink. sedap oo yang ni. marshmallow tu diaorang bakar. pehhh rasanya lagi kaw kaw tau. Makanan di sini semaunya sedap. Ada menu lain juga yang special seperti Nasi Goreng Sotong Petai, western food pun ada.




Address : No 8 Jalan Opera A U2/A
Seksyen U2 TTDI Jaya
Shah Alam Selangor
No Tel : 0139583797 / 0122808996
Instagram : @delongcoffeeandsuch


Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tanda-tanda awal kanser payudara

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak