Adakah Normal Tekanan Darah 120/90 Semasa Hamil ?

Darah tinggi (juga dikenali sebagai Hypertension) berpotensi terjadi kepada setiap wanita hamil dengan peratusan antara 10 hingga 15 peratus, di mana ia boleh dikategorikan sebagai agak tinggi. Keadaan ini berlaku tidak kira sama ada di negara sedang membangun mahupun negara yang maju daripada aspek perubatannya. 


tekanan darah normal semasa hamil


Tekanan Darah Semasa Hamil

Tekanan darah yang normal untuk orang yang tidak mengandung ialah 140 ke 90, tetapi bagi ibu mengandung tekanan yang normal ialah 110 ke 70 atau 120 ke 80. Ia tidak tetap. Sila jangan banding-banding ya.. Biar doktor yang menganalisisnya... Namun sekiranya tekanan melebihi 140 sudah tentu ia dikategorikan sebagai tinggi. Terdapat dua jenis nama yang diberikan kepada masalah tekanan darah tinggi bergantung bila ia berlaku:-

  1. Berlaku sebelum usia kandungan 20 minggu - ini dipanggil Essential Hypertension. Ini mungkin berlaku kerana sebelum mengandung siibu sudah mempunyai tekanan darah yang tinggi. Pemeriksaan terhadap pesakit akan dilakukan untuk melihat sama ada terdapat penyakit lain yang berkaitan buah pinggang atau sejarah perubatan keluarga yang sememangnya ada menghidap darah tinggi.
  2. Berlaku selepas usia kandungan 20 minggu - ini dipanggil Gestational Hypertension. Inilah yang dikatakan tekanan darah tinggi semasa mengandung. 

Kenapa Berlaku Darah Tinggi ?

Darah tinggi terjadi kepada ibu mengandung kerana perubahan yang berlaku pada proses perkembangan uri. Perkembangan uri sangat penting semasa proses kehamilan. Di dalam uri terdapat banyak saluran darah. Tekanan darah berlaku apabila salur darah dalam uri (spiral arteri) tidak berkembang seperti yang sepatutnya (mengecut) dan menyebabkan darah tidak mengalir dengan sempurna”.  Kenapa ia berlaku? Sebabnya tidak diketahui.


Risiko Tekanan Darah Tinggi Ketika Hamil

Ramai ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi telah melahirkan anak dengan selamatnya. Namun ini tidak bermakna anda boleh biarkan masalah ini tanpa pemeriksaan doktor. Kerana keadaan ini boleh menyebabkan beberapa masalah atau komplikasi.. Antaranya adalah: 

  • Kurangnya aliran darah ke placenta. Ini mungkin menyebabkan kurangnya nutrisi dan oksigen pada bayi dalam kandungan. Perkembangan baby mungkin akan menjadi perlahan dan kemungkinan terjadinya kelahiran baby dengan berat badan yang rendah.
  • Satu masalah yang dikenali sebagai placental abruption, di mana plasenta dipisahkan dari rahim lebih awal dari masa yang sepatutnya. Ini juga, boleh melucutkan pengaliran nutrien dan oksigen pada baby. Gejala utama placental abruption adalah pendarahan yang banyak.
  • Kelahiran pramatang atau terpaksa mengeluarkan baby dari kandungan sebelum waktu matang.
  • “Seperti yang diketahui jarang jangka hayat bayi dapat diteruskan sekiranya kandungan baru berusia 20 minggu.
  • “Setiap bayi yang lahir pramatang akan menghadapi banyak masalah. Katakan bayi terpaksa dilahirkan pada 28 minggu, baby perlukan pengudaraan yang sempurna, perlu dimasukkan ke wad neo natal, penjagaan rapi dengan kos yang amat tinggi. Namun semua ni bergantung pada analisis doktor ya...
  • Dalam beberapa keadaan, tekanan darah tinggi semasa hamil boleh menjadi petunjuk kepada masalah preeclampsia. Keadaan ini boleh mempunyai kesan yang sangat negatif terhadap organ siibu seperti buah pinggang, hati dan otak. Jika preeclampsia berkembang dalam wanita hamil, siibu boleh kena sawan, dan ini biasanya dirujuk sebagai eclampsia.

Rawatan 

Sekiranya tekanan darah tinggi boleh dikawal, maka doktor akan menasihatkan ibu berkenaan supaya meneruskan kandungan dengan pengawasan rapi. Kawalan dibuat sendiri (tanpa ubat) atau doktor akan mulakan pengambilan ubat darah tinggi. 

Ibu hamil yang menghidap darah tinggi tidak perlu memilih makanan mereka kerana darah tinggi ini lain daripada darah tinggi yang biasanya dihidapi oleh orang yang tidak mengandung. Pendek kata ia tidak ada kena mengena dengan darah tinggi yang disebabkan oleh makanan seperti pengambilan garam berlebihan. Jika tahap darah tinggi ibu itu terlalu tinggi, mungkin doktor akan menyarankan bersalin awal dengan cara pembedahan Ceasarean kerana apabila tekanan darah terlalu tinggi, bahayanya adalah pada ibu.

Wanita hamil mengalami darah tinggi adalah disebabkan kehamilannya, uri dan bayi itu sendiri. Jadi sebaik sahaja bayi dilahirkan darah tinggi pada ibu mengandung itu akan turun,” kecuali ada faktor-faktor lain seperti usia si ibu yang sudah mencecah 40 tahun. 

Terdapat kes di mana selepas bersalin tekanan darah tinggi tersebut tidak hilang, sebab mungkin secara semula jadinya darah tinggi itu sudah memang ada dalam dirinya kerana faktor umur atau juga faktor-faktor lain dan bukan sebab mengandung.


tekanan darah normal

SET HAMIL SHAKLEE UNTUK IBU HAMIL

Alhandulillah, bila tengok result dibawah, rasa lega pun ada, bawah ni result ainul masa test hari rabu lepas. Dengan menggunakan software dan device terbaik dekat ofis mami di Menara U, nampaknya Ainuk stabil, tekanan darah normal. Hasil testimoni terbaik untuk set hamil Shaklee. Beza sungguh bila ainul kata rasa lain bila ambil set hamil shaklee , beza sekali mengandungkan adik Arreessa. Apa yang bezanya ialah:

  • Rasa lebih bertenaga, tak rasa simpul biawak, selepas ambil ostematrix, tapi kalau dah terlebih jalan, memanglah ada sikit rasa kejang, tapi tak seteruk dulu.
  • Berat tak naik mendadak, kesan ambik omega guard setiap hari sebaik sahaja masuk trimester kedua. nak best lagi ambil garlic complex
  • Seperti biasa pagi ambil vita-lea, b-complex dan vitamin C. Dia nampak ceria dan bertenaga. Paling dasyat dulu boleh panjat Candi borobudur masa kat indonesia,hehhehe Oklah, yang ni cerita, nak betul-betul punye cerita, apa kata korang tengok video kat bawah nih, hahaha, yang ni memang cerita best tak boleh punye. heheheh.



JOM ORDER SET HAMIL SHAKLEE 

Cara 1 - Anda boleh terus klik ke SET HAMIL SHAKLEE ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.

Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar


Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
COD Area: Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar


Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tanda-tanda awal kanser payudara

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak