Posisi Hubungan Seks Untuk Cepat Hamil

Buat hubungan sekerap mungkin. Ya, kami tak bergurau. Menurut kajian kehamilan ini, wanita yang kerap membuat hubungan kelamin mempunyai sistem immuniti badan yang berlainan dari wanita yang kurang membuat hubungan kelamin. Sistem immuniti badan mereka lebih bersedia menerima sperma, sekaligus memudahkan kehamilan.




1.Dari Belakang — Wanita yang mempunyai “tipped uterus” mungkin lebih mudah mengandung jika hubungan seks dibuat dengan posisi suami mendatangi isteri dari belakang.

2.Cara Biasa — Posisi missionary biasa iaitu lelaki di atas dan wanita di bawah adalah antara posisi seks terbaik untuk cepat hamil.

3. Bagi Isteri Orgasm – Orgasm (kepuasan) pada wanita dikatakan mungkin boleh mempercepat kehamilan. Ini kerana kontraksi uterus semasa orgasm dikatakan mungkin membantu menyedut sperma ke serviks dan tiub fallopian.

4. Berbaring selepas hubungan seks — Walaupun tiada kajian yang mengesahkannya, berbaring selepas mengadakan hubungan kelamin dikatakan mungkin menyebabkan anda lebih mudah hamil.

5. Jaga Pelincir – jika anda menggunakan pelincir ketika bersama, cari pelincir yang mesra-sperma. Kebanyakan pelincir yang ada di pasaran mungkin mengubah pH dan asid dalam kemaluan wanita. Ini sekaligus menyebabkan keadaan dalam vagina tidak sesuai untuk kehamilan.

6. Beli kit kesuburan – mengira dengan kalendar mungkin tidak setepat alat kesuburan, apa lagi jika haid anda tidak menentu. Kit kesuburan dapat memberitahu anda dengan lebih tepat waktu anda paling subur.

7. Lihat jus yang keluar – jika kitar haid anda normal, dan ada cecair putih jernih seperti putih telur keluar dari kemaluan anda, ia berkemungkinan waktu subur anda. Ini masa terbaik melakukan hubungan kelamin untuk mendapatkan anak. CARA SENANG DAPATKAN CECAIR PUTIH SUBUR

8. Rutinkan – Amalkan hubungan seks sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. 80% wanita normal akan hamil dengan seks sekerap ini.

9. Elak kedudukan seks wanita di atas dan lelaki di bawah – Ini kerana ianya anti graviti dan tidak menolong sperma untuk sampai ke tempat sepatutnya.

10. Elak Seks Bebas – Jauhi seks bebas dan rambang. Penyakit yang datang dari gaya hidup ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang membawa kepada sukar mendapat zuriat.

11. Timing Perlu Tepat– Untuk mudah hamil, anda perlu melakukan hubungan seks sewaktu waktu subur. Wanita selalunya mengeluarkan telur 14 hari sebelum tarikh haid mereka –bukannya dipertengahan bulan seperti yang kerap dipercayai. Untuk mereka yang mempunyai kitaran haid selama 28 hari, ia mungkin sekitar hari ke 14. Jika kitar anda 35 hari, anda akan mengeluarkan telur sekitar hari ke 21, bukan 17 (hari 1 ialah hari pertama anda haid).

12. Guna termometer untuk ketahui waktu subur – Suhu badan pada waktu awal bangun pagi biasanya meningkat sedikit sewaktu hari subur (36.1 – 36.4 Celcius). Jadi ambil suhu badan pada waktu bangun dan buat jadual. Setelah beberapa lama, anda akan dapat tahu waktu subur anda dengan mudah hanya dengan kiraan masa dan termometer.

13. Cari jalan Berseronok – Hubungan suami isteri sepatutnya seronok. Jadi cari jalan agar ia tidak menjadi rutin. Buat kejutan dengan baju yang meransang, tempah bilik hotel atau letak wangian di bilik tidur. Kajian mendapati lelaki yang teransang dengan sesuatu di luar kebiasaan akan mengeluarkan 50% lebih sperma dari biasa.


Beberapa kajian mendapati bahawa sperma mengambil masa antara 2 dan 10 minit untuk sampai dari pangkal rahim melalui tiub fallopian (di mana mereka berharap untuk bertemu dengan telur.)

sumber 


Berjaya hamil selepas 4 tahun. ikuti kisahnya di sini > http://www.ainulmustafa.com/2015/04/haid-tidak-teratur-tanda-tidak-subur.html

Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Senggugut Teruk Rupanya Ada Ketumbuhan Rahim