Rahsia Janet Khoo Kekal Cantik

Pelakon, Janet Khoo, mengakui bersyukur mempunyai wajah awet muda walaupun sudah menjangkau usia 40-an. Janet atau nama penuhnya Janet Khoo Kheng Hoon, 43, berkata beliau mengamalkan minuman air kosong sebanyak mungkin setiap hari. 


ahmoi cantik

Tips Janet Khoo

"Seperti semua orang maklum, bersenam adalah wajib untuk mengekalkan kesihatan kita. Tetapi, menjaga pemakanan juga penting dan saya mengamalkan banyak minum air kosong.  "Saya bersyukur kerana memiliki kulit wajah yang sihat. Sebagai wanita, pastinya kita mahu kelihatan sentiasa cantik," katanya kepada BH Online.

Pemikiran Positif

Tambah Janet, cara pemikiran positif juga antara faktor seseorang mampu mendapat kulit yang lebih sihat. Katanya, setiap kali dilanda masalah, beliau akan mengambil pendekatan untuk berfikir secara positif agar diri lebih tenang. "Jika berada dalam keadaan tertekan, fikiran kita bercelaru, sekali gus kulit wajah menjadi kusam. "Sebab itu orang kata, sentiasa berfikiran positif. Apabila berfikiran sedemikian, kita akan kekal ceria, sekali gus seri wajah pun akan naik," ujarnya. Janet kini tampil menerusi drama Lara Aishah yang menemui penonton setiap Isnin hingga Jumaat di Astro Prima.

sumber: berita harian 

Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tanda-tanda awal kanser payudara

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak