Ruam lampin anak Teruk Sampai Berdarah. 10 Tips Hilangkan ruam lampin Anak

Bila anak lahir semuanya bersih, comel. Kulit baby yang baru lahir juga gebu, lembut dan memang geram dengan kelembutan kulit mereka. Oleh kerana itu, kulit baby sangat sensitif terutama pada penggunaan lampin pakai buang yang terlalu lama atau tidak sesuai




Ruam lampin merupakan sejenis ruam yang berwarna merah dan merengsakan. Lazimnya, ia terjadi di bahagian dan di sekitar tempat yang ditutupi lampin. Ia melibatkan bahagian kemaluan, punggung, kelangkang dan peha.



Apa yang menyebabkan Ruam Lampin?


  1. Ruam lampin boleh berlaku apabila kulit bayi yang sensitif menyentuh:
  2. Air kencing terutama apabila lampin dipakai terlalu lama. Gangguan bahan kimia dari ammonia yang dihasilkan oleh air kencing akan memusnahkan lapisan perlindungan yang terdapat di kulit. Ini akan menyebabkan kulit menjadi merah dan keradangan.
  3. Najis bayi terutama najis cair yang mungkin disebabkan oleh makanan bayi, ubat-ubat tertentu atau apabila tumbuh gigi.
  4. Bahan kimia seperti jenis sabun tertentu atau serbuk sabun yang digunakan untuk mencuci lampin (dapatkan nasihat pegawai farmasi atau doktor).







Macam mana mahu tahu bayi terkena Ruam Lampin?


Antara gejala-gejala yang boleh dilihat dengan mata kasar ialah:
  1. Kulit kelihatan merah, sedikit kasar dan berkerak di bahagian punggung, kemaluan, kelangkang dan peha.
  2. Jika ia dijangkiti kuman, kawasan ruang lampin akan kelihatan berwarna merah garang, diseliputi ruam yang berkilat dan bertompok-tompok dan dipenuhi dengan bintil-bintil kecil di luar bahagian utama yang dijangkiti.




APAKAH CARA HILANGKAN RUAM LAMPIN BAYI?


Petua penjagaan bayi yang terkena Ruam Lampin adaalah seperti berikut:

1. Pastikan bayi dalam keadaan kering


Dedahkan kawasan ruam kepada udara dengan menanggalkan lampin dari bayi sekerap yang mungkin terutamanya jika ruam bertambah teruk.

2. Tukar lampin dengan kerap


Apabila anda dapati lampin telah basah atau kotor tukarkannya dengan segera .

3. Cuci dengan air


Basuh punggung bayi setiap kali anda menukar lampin untuk membersihkan sisa air kencing atau lembapan dengan air suam atau krim sorbolone yang telah dibancuh dengan air (dapatkan nasihat dari pegawai farmasi).

4. Guna ubat saranan doktor


Sapu krim pelindung setiap kali anda menukar lampin (krim akuas, minyak mineral atau losyen lemak ‘wool’, zink dan krim minyak kastor).

5. Kurangkan penggunaan sabun


Jangan mencuci kawasan ruam dengan sabun terlalu kerap; 1-2 kali seminggu sudah mencukupi.

6. Elakkan bedak talkum


Jangan menggunakan talkum/bedak bayi atau seluar plastik. Ini kerana bedak talkum merbahaya pada paru-paru dan boleh mengganggu pernafasan bayi. Kalau mahu guna juga, gunakan bedak talkum yang diperbuat dari ‘cornstarch’. Biarkan kawasan tersebut kering sentiasa.

7. Longgarkan lampin


Pastikan bayi dalam keadaan selesa. Jangan pakaikan lampin ketat-ketat. Gunakan pelapik lampin yang lembut untuk melindungi kulit bayi yang sensitif.

8. Jangan basuh ‘cloth diaper’ dengan sabun pencuci


Ini untuk pengguna ‘cloth diaper’ sahaja. Elakkan guna sabun yang berbau wangi dan juga pelembut pakaian. Ini kerana bahan kimia akan bertindak dengan kulit bayi yang sensitif. Basuh sahaja dengan air panas dan bilas banyak kali. Pastikan ia dibilas dengan teliti setiap kali dicuci.


9. Minta probiotik atas saranan doktor


Apabila anak anda tidak perlu mengambil antibiotik, tanya doktor tentang memberi beliau probiotik juga. Probiotik menggalakkan pertumbuhan bakteria sihat dalam usus, yang boleh mengurangkan peluang anak anda mendapat ruam lampin.

10. ‘Breastfeeding’ / Susukan bayi


‘Breastfeeding’? Nampak tidak relevan bukan? Jangan salah faham. Menyusu anak anda selama yang anda boleh. Penyusuan susu ibu meningkatkan ketahanan anak anda terhadap jangkitan secara umum dan menjadikan dia kurang mungkin memerlukan antibiotik, yang boleh menyumbang kepada ruam lampin.


Krim bebas bahan kimia yang membantu menghilangkan ruam lampin anak




Krim herbal blend yang dihasilkan dari tumbuhan tumbuhan yang membantu hilangkan ruam bayi, tidak memedihkan, selamat digunakan. 



Dapatkan krim ini sekarang jika tidak sanggup melihat anak kecil kita merengek, menangis kerana pedih, sakit.




1 tiub hanya berharga RM29




Cara 1

Anda boleh terus klik ke HERBAL BLEND ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan


Cara 2

Hubungi saya di 

AinulMustafa
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
COD Area: Shah Alam Seskyen 8/9/BukitBandaraya,U11,U12, seksyen 7, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Uitm Shah Alam, Universiti Malaya, Menara TM


mungkin ini yang anda cari untuk menyelesaikan masalah anda
  • ruam lampin
  • ruam bayi
  • ubat ruam lampin
  • petua hilangkan ruam lampin bayi
  • petua hilangkan ruam lampin
  • ruam lampin yang teruk
  • petua hilangkan ruam bayi
  • ubat ruam bayi
  • cara hilangkan ruam lampin bayi
  • cara hilangkan ruam lampin

Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Senggugut Teruk Rupanya Ada Ketumbuhan Rahim