Selamat Ke Vitamin Yang Korang Makan ?


SEKARANG AKU MAKAN SHAKLEE OKLAH, LAGI 20 TAHUN AGAK- AGAK SELAMAT TAK ?

Macam macam produk kat luar sana yang menawarkan kesihatan kepada penggunanya. Oklah, nak cakap selamat, memang selamat, siap ada testimonial. Tapi, macam mana tetiba pulak orang tanya. " Bang, kalau aku continue makan Shaklee ni sampai 20 tahun lebih, kau boleh jamin tak aku akan sihat ? " Jawapan saya senang. Ajal kau aku tak tahu, tapi ikut kajian,  makan shaklee untuk jangka masa panjang memang bagus. Member tanya, ada bukti ke ? Aku senang jawab, ye memang ada bukti, dan kajian ni dinamakan, Landmark Study Shaklee.

DR. GLADYS BLOCK APPROACH SHAKLEE

Kisah ni dimulakan bila, seorang pekerja  shaklee, saintis shaklee bernama Lyna Zainulia (bukan nama sebenar) telah membuat keputusan untuk berhenti dari kerja shaklee dan sambung buat research, nak sambung phd.  Jadi dia pilih untuk sambung research di bawah team Dr Gladys Block dari University of Berkele, California. Nampaknya, bila Gladys Block tahu lyna nih saintis shaklee, boleh tak dia approach shaklee untuk buat satu  kajian tentang penggunaan supplement terhadapa kesihatan. Lyna pun tanyalah geng geng dia kat shaklee tuh. Mula mula risaulah, sebab Gladys block ni kata, setiap result nih, dia  akan publish, walaupun result tuh tak memihak ke Shaklee. Tapi team Jamie McManus dan para saintis  yang lain sangat yakin dengan idea research tuh, vitamin tuh pun diorang sendiri yang buat , diorang yang kaji. Roger Barnett kata, kalau semua saintis setuju, research ni boleh dijalankan. Maka, bermulalah research nih.

BAGAIMANA DR GLADYS BLOCK DESIGN RESEARCH NIH ?

Dr Gladys Block  yang cipta semua design metodologi research nih. Jadi cara dia dapatkan data nih sangat mudah. Dia buat research ni dengan compare orang yang makan shaklee, orang yang makan vitamin lain, dan orang yang tak makan supplement langsung. Jadi dia berjaya buat blood test orang yang makan shaklee lebih dari 20 tahun, di satu global conference. Ramai jugaklah dia ambil. Tapi macam mana dia dapatkan data orang yang tak makan Shaklee nih ? Jawapan dia senang, dia dapat data tuh  dari NHANES, satu badan yang bertanggung jawab untuk collect data kesihatan rakyat Amerika. Data nih memang setiap tahun diorang update. Jadi, lepas dia dapatkan semua blood test nih, dia memang compare yang tua dengan yang tua, padankan umur. Paling best dia uji setiap satu keberkesanan vitamin tuh pada tahap kesihatan. Selain itu, dia hantar jugak  online survey, nak ambil kira jugak gaya hidup orang yang makan shaklee nih dengan orang yang makan produk lain dan  orang yang tak makan supplemen langsung.

APA KEPUTUSAN RESEARCH TERSEBUT ?

TAhun 2007, setelah 4 kali peer review dibuat, akhirnya result telah keluar. Satu paper yang tajuk dia punya  panjang, memang stress kepada penggunaan supplemen untuk JANGKA MASA PANJANG, ingat nih, UNTUK MASA YANG LAMA. Jadi result nih menunjukkan beberapa point penting untuk pengguna vitamin Shaklee. Kalau nak tengok result tuh, korang tengok memang pengguna shaklee mempunyai kesihatan yang lebih baik dari orang lain. Tapi ada dua benda  yang sangat  penting , result paling ketara yang korang  boleh nampak.

1. PENGGUNA SHAKLEE MEMPUNYAI  JANTUNG YANG SIHAT DAN OTAK  YANG CERDAS.

Hahhaa,macam mana pulak aku cakap macam nih, hahaha. Ini senang, korang boleh tengok gambar yang menunjukkan peratusan trygliceride dan  level of cholesterol tuh. Pengguna shaklee nih peratusan trygliceriden dan kolesterol adalah lebih rendah dari pengguna supplemen lain dan dari yang tak makan vitamin langsung. Itu memang menunjukkan pengguna shaklee mempunyai jantung yang sangat sihat, fizikal yang sihat.

Lagi pulak pengguna shaklee memang mempunyai otak yang cerdas, dan kurang stress, minda lebih tajam, dan sukar nak nyanyuk. TAhu kenapa ? Sebabnya peratusan homocystein dan c-reactive protein yang lebih rendah dari orang lain. Homocystein ni kalau nak tahu  ialah penanda aras kepada kesihatan mental korang. Kalau homocystein ni tinggi, jawabnya korang boleh cepat nyanyuk. C-reactive protein pulak menunjukkan korang ni kurang tenang dan cepat stress. Bila badan dah tak sihat, korang cepat marah, dan boleh jadi stress yang amat sangat. Sebab tuh  kebanyakkan orang yang makan shaklee betul betul, sememangnya otak  dia sangat cool, dan boleh kawal kemarahan tuh. Jadi nak kurangkan stress, nak bagi rilek, kenalah makan vitamin shaklee, contohnya  makanlah b-complex atau GLA complex bagi wanita.

2. PENGGUNA SINGLE SUPLEMEN LEBIH BAHAYA DARI TAK MAKAN SUPLEMEN LANGSUNG

Apa maksud dia nih ? Korang tengok graf perbandingan pengguna multivitamin dan single suplemen. Hahaha, ini semua bukti yang menunjukkan kesan jangka panjang, siapa yang amek single supplementation memang ada risiko yang tinggi. Macam mana konsper single supplementation tuh ? Oh senang je. Contoh ada orang bila dia beli supplemen, kandungan tuh ada vitamin C je. Kalau ikut kajian, supplemen yanga ada vitamin C je sebenarnya  sangat tak bagus. Samalah jugak orang yang ambil kalsium semata mata tanpa vitamin D dan magnesium. Vitamin C nih nak befungsi mesti ada bioflavonoid, baru dia ok. Kalsium pulak perlukan vitamin D dan magnesium untuk penyerapan yang lebih baik. Single vitamin ni memang tak boleh berfungsi tanpa zat zat lain yang membantunya. Ianya macam team bola sepak, mesti ada striker, ada midfielder, ada defender dan ada goal keeper. Lagipun setiap badan kita ni saling berkait fungsinya, kalau satu organ failed, dia boleh jejaskan organ yang lain pulak.

SHAKLEE KELUARKAN VITALIZER SELEPAS RESULT LANDMARK STUDY

Bila shaklee dah dapat semua data nih, shaklee bukannya duduk dia bangga sorang  sorang. Roger Barnett pun pulun keluarkan duit lagi, kali nih, diorang buat satu vitamin power, dinamakan VITALIZER. Produk ni adalah hasil dari landmark study yang dijalankan oleh Dr Gladys Block tadi. Kalau korang tengok Vitalizer nih, semua vitamin dan mineral yang penting ni dikumpulkan dalam satu strip. Memang senang, makan tuh  je, korang boleh dapat semua vitamin yang penting untuk badan korang. Tapi kat malaysia nih vitalizer takda, so korang boleh ambil Shaklee Essential Pack tuh. Ini dah kira foundation yang kuat untuk kesihatan badan korang. Semuanya based on result landmark study 2007 nih.

KESIMPULAN : MAKAN SHAKLEE MEMANG LEBIH SIHAT UNTUK JANGKA MASA YANG PANJANG

Kesimpulan dari research nih, memang diakui oleh  Dr Gladys  Block sendiri, makan shaklee akan buatkan korang lebih sihat, kurang risiko bagi penyakit . Paling penting, makan shaklee dijamin keselamatan dia untuk JANGKA MASA YANG LAMA. Inilah jawapan untuk korang yang tanya  soalan di atas tuh. Kalau korang makan suplemen produk lain, aku pun tak boleh nak jamin, sebab Shaklee je company yang berani bagi vitamin mereka diuji keberkesanannya. Jadi kalau korang rasa nak BADAN SIHAT OTAK CERDAS , makanlah shaklee banyak banyak.

#landmarkstudy
#landmarkstudyshaklee
#landmarkstudyterbaik


Comments

  1. Hari ini saya ingin mengunkapkan tentang perjalanan hidup saya,karna masalah ekonomi saya selalu dililit hutang bahkan perusahaan yang dulunya saya pernah bagun kini semuanya akan disitah oleh pihak bank,saya sudah berusaha kesana kemari untuk mencari uang agar perusahaan saya tidak jadi disitah oleh pihak bank dan akhirnya saya nekat untuk mendatangi paranormal yang terkenal bahkan saya pernah mengikuti penggandaan uang dimaskanjeng dan itupun juga tidak ada hasil yang memuaskan dan saya hampir putus asa,,akhirnya ketidak segajaan saya mendengar cerita orang orang bahwa ada paranormal yang terkenal bisa mengeluarkan uang ghaib atau sejenisnya pesugihan putih yang namanya Mbah Rawa Gumpala,,,akhirnya saya mencoba menhubungi beliau dan alhamdulillah dengan senan hati beliau mau membantu saya untuk mengeluarkan pesugihan uang ghaibnya sebesar 10 M saya sangat bersyukur dan berterimakasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala berkat bantuannya semua masalah saya bisa teratasi dan semua hutang2 saya juga sudah pada lunas semua,,bagi anda yang ingin seperti saya dan ingin dibabtu sama Mbah silahkan hubungi 085 316 106 111 saya sengaja menulis pesan ini dan mempostin di semua tempat agar anda semua tau kalau ada paranormal yang bisah dipercaya dan bisa diandalkan,bagi teman teman yang menemukan situs ini tolong disebar luaskan agar orang orang juga bisa tau klau ada dukun sakti yg bisa membantuh mengatasi semua masalah anda1.untuk lebih lengkapnya buka saja blok Mbah karna didalam bloknya semuanya sudah dijelaskan PESUGIHAN DANA GHAIB TANPA TUMBAL

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tanda-tanda awal kanser payudara

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak