Friday, November 25, 2016

8 Tips Kesihatan Minda

tips minda cerdas pandai bijak


1. WAJIB MENGAMBIL SARAPAN PAGI 

Ramai pakar kesihatan menyatakan bahawa sarapan adalah penentu kepada kualiti cara hidup anda sepanjang hari. Seseorang yang tidak bersarapan pagi akan menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan ini akan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Faktor ini akan menyebabkan banyak sel-sel otak akan mati dan akan menjadi kurang aktif. 

2. ELAK MAKAN SECARA BERLEBIHAN 

Orang yang bijak biasanya amat menitikberatkan terhadap pemakanan mereka. Ini kerana jika seseorang makan secara berlebihan akan menyebabkan banyak darah akan dialirkan pada bahagian usus dan perut untuk tujuan pencernaan. Ini menyebabkan kekurangan darah yang akan sampai ke otak dan akan mengakibatkan seseorang itu malas, mengantuk dan hilang daya fokus.

3. JANGAN MEROKOK 

Asap rokok sangat merbahaya kerana mempunyai terlalu banyak bahan kimia  yang sebenarnya akan merosakkan sel-sel otak anda. 

4. HIDU UDARA YANG BERSIH

Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam sistem badan manusia. Menghidu udara yang segar akan membantu untuk mencerdaskan lagi otak serta membaiki sel-sel otak yang rosak.

5. ELAK DARIPADA MENGAMBIL GULA SECARA BERLEBIHAN 

Pengambilan gula yang berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga akan mengganggu perkembangan otak anda yang akan menyebabkan anda menjadi seorang yang kurang bijak. 

6. TIDUR SECUKUPNYA, TAPI JANGAN BERLEBIHAN 

Tidnk dinafikan tidur adalah cara terbaik untuk merehatkan otak seseorang. Tetapi sekiranya ia dilakukan secara berlebihan, in aka menyebabkan otak menjadi kurang aktif dan secara tidak langsung akan melemahkan daya berfikir seseorang. 

7. TIDUR DENGAN MENUTUP MUKA 

Tidur dalam keadaan meniarap atau mencekup muka dengan bantal, buku, lengan atau sebagainya akan menyebabkan gas karbon oksida terperangkap dan akan dihidu semula. Ini akan menyebabkan otak kekurangan oksigen serta merosakkan sel-sel otak seseorang. 

8. KURANG BERIMAGINASI/BERFIKIR 

Sesuatu bahagian yang jarang digunakan sudah pasti akan mempengaruhi tahap persembahan sebenar yang mampu dilakukan. Begitu juga dengan otak, sekiranya ia jarang untuk diasah ataupun dilatih, ia akan menyebabkan pemikiran seseorang itu menjadi tumpul dan mereka akan menjadi kurang bijak.

sumber: gpsbestari

No comments:

Post a Comment