Anak Kerap Demam.Ingat Demam Biasa Rupanya Tanda Kanser ?

Disangka hanya demam biasa namun selepas pemeriksaan dilakukan didapati ia adalah Febrile Neutropenia yang membawa kepada kanser tulang dan kini sudah berada di tahap empat.



Danish Aiman Baharuddin, 16, menderita penyakit itu sejak setahun lalu telah menjalani 13 kimoterapi dan hanya berbaki satu rawatan yang sepatutnya dilakukan 25 Mac lalu, namun atas faktor keadaannya yang semakin lemah baki rawatan itu tidak diteruskan.

Ibunya, Islah Zainul Abidin, 41, berkata, penyakit anak kedua dari tiga beradik itu dikesan tahun lalu selepas mengalami demam berterusan hampir sebulan dan terdapat benjol seperti cecair di dalam kepalanya.

Menurutnya, khuatir dengan keadaan anaknya itu, dia membawanya ke klinik sebelum merujuk ke Hospital Selayang.

“Kes anak saya kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur. Pembedahan buang buah pinggang dah dibuat selepas dikesan ada ketumbuhan di situ, tapi kesihatan dia terus merosot.

“Doktor maklumkan kuman dalam badannya terlalu aktif dan daya tahan badannya tak kuat menyebabkan virus itu terus merebak ke bahagian badan lain terutama kaki, lutut, mata dan kepalanya,” katanya.

Sejak itu Islah berkata, anaknya tidak lagi bersekolah dan kini diberikan ubat tahan sakit serta hanya mampu terbaring di rumah.

“Dia memang bergantung kepada ubat tahan sakit sepenuhnya, bila dosnya dah habis dia akan menangis sebab terlalu sakit.

“Nak bangun memang tak boleh, hanya gunakan kerusi roda saja kalau dia nak keluar, makannya juga tak menentu, badannya susut separuh dari 120 kilogram kini hanya 60 kilogram,” katanya.

Sudahlah diuji dengan masalah kesihatan anak, Islah yang juga ibu tunggal turut diberhentikan kerja selepas kerap mengambil cuti untuk menjaga anaknya.

Petikan dari SINAR HARIAN


6 Perkara Yang Ibu Wajib Tahu Apabila Anak Kerap Demam


Apabila anak diserang demam ia memang membimbangkan ibu bapa. Demam didefinisikan sebagai suhu melebihi 37.5ºC.Suhu badan normal adalah 36.6-37.5ºC. Demam tinggi iaitu suhu teras >38.5ºC, sering dikaitkan dengan konvulsi (sawan), merengat (heat stroke) dan halusinasi (meracau).
Demam biasanya berpunca dari jangkitan kuman tetapi faktor lain yang menyebabkan radang pada tisu badan juga boleh menyebabkan demam. Demam tidak semestinya berbahaya malah ia merupakan tindakbalas fisiologi yang penting. Ia memberi maklumat bahawa terdapat gangguan kepada tubuh manusia.

Ia juga adalah salah satu perisai badan untuk melawan penyakit, yang mana kenaikan suhu badan dapat membasmi sebahagian kuman. Bagaimanapun, tahap demam tidak dijadikan penanda aras keseriusan penyakit.

Sebagai contoh demam rendah pada bayi boleh disebabkan jangkitan yang serius manakala pada kanak-kanak yang lebih besar jangkitan selesema biasa boleh menyebabkan demam yang tinggi.

Oleh itu gejala-gejala lain perlu diperhatikan untuk mengetahui penyebab demam. Selsema, batuk, sakit tekak, cirit-birit adalah gejala yang biasa dilihat apabila kanak-kanak demam, biasanya disebabkan jangkitan virus biasa.

Gejala yang bahaya seperti sawan, susah bernafas, tidak bermaya atau tidak sedarkan diri memerlukan rawatan dengan segera. Demam dengan gejala biasa boleh diberikan sebahagian rawatan di rumah seperti:

a. Banyakkan minum air

b. Lap badan dengan air suam jika demam terlalu panas (jangan dilakukan semasa anak menggigil kerana ini akan menaikkan lagi suhu badan)

c. Ubat demam (antipiretik)

d. Oral - Paracetamol, Diclofenac, Ibuprofen

e. Supositorirektal - Paracetamol, Diclofenac

f. Jangan beri aspirin

g. Rawatan untuk gejala yang berkaitan seperti ubat selsema/batuk/cirit birit

Sekiranya tidak teruk dan tidak berlarutan tidak memerlukan rawatan.

Demam yang disertai gejala-gejala yang bahaya memerlukan pemeriksaan doktor dengan segera untuk rawatan hidrasi/antibiotik atau penyiasatan lanjut. Demam tinggi dan berterusan tanpa gejala-gejala lain juga perlu pemeriksaan rapi serta penyiasatan termasuk ujian darah, air kencing, atau x-ray.

Jangkitan di kalangan kanak-kanak yang biasanya diabaikan ialah jangkitan telinga tengah dan jangkitan saluran kencing.

Sesetengah kanak-kanak mengalami demam yang berulang-ulang. Demam yang berulang-ulang tetapi tidak disertai dengan gejala yang bahaya dan pemeriksaan serta penyiasatan normal mungkin berkaitan dengan jangkitan virus biasa.

Sekiranya terdapat gejala lain seperti susut berat badan, lesu, pucat atau jangkitan berulang yang serius contohnya jangkitan paru-paru yang kerap, bisul yang teruk dan kerap, siasatan lanjutan untuk mengesan penyakit seperti leukaemia atau immunodeficiency (kekurangan immuniti). Terdapat banyak lagi penyakit lain yang menyebabkan demam berulang tetapi selalunya disertai oleh gejala-gejala tertentu.

Demam yang berulang-ulang beserta dengan gejala biasa atau penyiasatan didapati normal biasanya akan dipantau oleh doktor.

Beberapa faktor yang menyebabkan demam yang berulang-ulang adalah


* Usia- tahap immuniti kanak-kanak yang lebih kecil lebih rendah.

* Nutrisi- kanak-kanak yang kekurangan zat atau berat badan lebih mudah dijangkiti.

* Penyakit kronik- kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik contohnya penyakit jantung, buah pinggang, saraf, immunodeficiency, Thalassemia dan banyak lagi lebih mudah dijangkiti kuman.

* Faktor persekitaran
- keadaan sesak seperti di pusat jagaan, kebersihan tempat tinggal dan kemudahan infrastruktur seperti bekalan air bersih.


Peringatan

1. Punca biasa demam ialah jangkitan virus biasa.

2. Demam di kalangan bayi terutama umur bawah 3 bulan perlu di bawa berjumpa doktor.

3. Tumbuh gigi selalunya tidak menyebabkan demam tinggi.

4. Vaksinasi biasanya boleh menyebabkan demam biasa yang tidak berlarutan.

5. Ubat untuk menurunkan demam TIDAK merawat punca demam.

6. Jangkitan biasa yang tidak berkomplikasi dapat membantu membina immuniti kanak-kanak.

oleh: Dr. Wan Khairina Wan Mohd Nowalid, MBBS (Adelaide), M.Med (Paediatrics) UKM, Pakar Perunding Pediatrik dari Pantai Hospital Ampang


Cara Tingkatkan Sistem Imun Anak-anak Dengan Vitamin




1. Mealshake


Mealshake mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Mealshake mengandungi anti oksidan iaitu vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan juga anti penuaan.

Mealshake mengandungi protein untuk membina sel-sel kulit, kuku, rambut, organ dan darah serta mengandungi vitamin B yang lengkap untuk membina sel-sel darah merah yang sihat. Mealshake mengandungi fiber atau serat yg memberikan rasa kenyang ketika lapar terutamanya dipagi hari.


Mealshake turut membantu melawaskan pembuangan air besar bagi mereka yang mengalami sembelit. Mealshake mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan megnasium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses tumbesaran.


2. Omega Guard


Omega Guard memang terbaik untuk anak-anak. Ia membantu meningkatkan dan mengawal sistem imun di samping menyihatkan peparu. Khasiat minyak ikan juga dapat membantu memperbaiki keadaan alergik (atau ekzema) dan seterusnya membantu juga sakit asthma. Omega Guard mengandungi DHAyang merupakan nutrisi utama untuk otak. Justeru ia turut membantu tumbesaran dan perkembangan otak kanak-kanak, meningkatkan upaya ingatan dan pembelajaran.




3.Vitalea For Children


Vitalea FC membekalkan 18 jenis vitamin dan mineral yang penting untuk tumbesaran anak-anak. Ini termasuk kesemua 8 jenis vitamin B yang mana rata-rata multivitamin di pasaran tidak mampu berikan. Vitalea FC juga mengandungi kalsium, magnesium dan lain-lain yang membantu menyokong tulang yang kuat, badan yang sihat.




4. Nutriferon


Nutriferon merupakan campuran ekstrak tumbuhan semulajadi dari biji labu, bunga safflower, benih plantago dan kuntuman bunga Japanese Honeysuckle. Ia terbukti secara klinikal dapat menyokong dan merangsang proses gerak balas imun secara semulajadi badan dan meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi tubuh kita yang akan mengaktifkan sistem imun badan.



5. Vitamin C Chewable


Antara manfaat Vitamin C Chewable adalah:
  1. Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
  2. Antioksidan sangat penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan sangat membantu melambatkan penuaan
  3. Chewable vitamin c shaklee membantu menguatkan tulang, gigi dan juga gusi yang sihat.
  4. Meningkatkan sistem imun tubuh badan.
  5. Tidak mempunyai sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan
  6. raya oren yang sangat semulajadi masam masam manis, membuatkan kanak kanak sangat sukannya.
  7. 1 biji chewable vitamin c bersamaan dengan 1 1/2 biji oren, iaitu 100mg dalam 1 tablet.
  8. Tablet chew vitamin c, lebih kecil berbanding sustained citamin c, sangat mudah dihisap, kunyah..mahupun ditelan.
  9. Manfaat yang utama untuk penggemar chew vitamin c & sustained vitamin c ini, adalah mereka jauh berisiko dari serangan selsema, batuk, demam dan juga sangat sangat bagus untuk penghidap ekcema, resdung dan juga sebarang alergik!

Benarkah berksan vitamin ini membantu tingkatkan Sistem Imun Anak Anak








Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Uitm Shah Alam, Universiti Malaya, Menara TM


AinulMustafa
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
COD Area: Shah Alam Seksyen 8/9/,Bukit BandarayaU11,Cahaya Alam U12, seksyen 7, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Uitm Shah Alam, Universiti Malaya, Menara TM

Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tanda-tanda awal kanser payudara

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak