Mati Manusia Kerana Gula

Pepatah melayu ada menyebut, “Mati semut kerana gula”. Malah sering kita mendengar istilah dan ungkapan negatif tentang gula iaitu “Gula itu racun”, “Gula penyebab pelbagai penyakit kronik”, “Gula itu memudaratkan kesihatan”. Namun, sejauh mana bahaya gula ni terhadap kesihatan kita?




Sejarah Gula

Menururt Ensiklopedia bebas, Wikipedia, bahan utama yang digunakan dalam pembuatan gula ialah tebu dengan tebu kuning dan tebu hitam yang biasa digunakan.

Dilaporkan kira-kira 107 buah negara menanam tebu untuk menghasilkan 1,324 juta tan gula. Negara pengeluar gula terbesar mengikut Wikipedia ni ialah Brazil, India, China dan Pakistan.

Batang tebu yang tebal menyimppan sukrosa. Secara ringkasnya, daripada air tebu yang kaya dengn sukrosa ini, gula dihasilkan.

Gula Itu Adalah Racun!

Pada tahun 1929, Sir Fredick Banting, penemu bersama insulin (hormon utama mengawal metabolisma glukos dalam tubuh manusia) mendapati diabetes ialah penyakit lazin dalam kalangan pemilik ladang tebu warga asing di Panama sebaliknya pemotong tebu yang terdiri daripada penduduk pribumi Panama tidak mengidap penyakit kronik tersebut.

Kenapa ini Berlaku? Ini kerana pemilik tebu mengambil gula putih halus yang dihasilkan daripada tebu dengan kadar yang banyak, sedangkan pemototng tebu sekadar mengunyah keratan tebu.

Impak negatif gula putih halus turut ditekankan oleh pakar pemakanan dunia yang tersohor, Dr. William Coda Martin.

Pada tahun 1957, beliau tampil mengklasifikasikan yang gula putih halus sebagai “racun“. Dr. Martin membuat takrifan ini dari segi perubatan kerana gula merupakan antara bahan yang jika diaplikasikan ke dalam tubuh, ditelan atau diproses dalam tubuh akan menyebakan atau berkemungkinan besar menyebakan penyakit.

Beliau tururt mengklasifikasikan gula ni sebagai racun keranakandungan vitamin dan galiannya yang rendah dan apa yang tinggal hanyalah karbohidrat tulen.

Tetapi gula akan “melahap” vitamin dan galian yang berhargadaripada tubuh manuasia, dan antaranya adalah untuk tujuan pencernaan dan detoksifikasi.

Pengambilan gula setiap hari juga dilapor akan menghasilkan keadaan lebihan asid dan galian dalam tubuh dan ketidakseimbangan ini perlu diperbetulkan.

Ledakan Penyakit Diabetes

Sebuah agensi berita Barat baru-baru ini melaporkan, makanan ringan Barat telah menjadi punca ledakan penyakit diabetes di rantau Asia Tenggara.

Kajian yang dibuat mendapati kira-kira 11 peratus lelaki dan 12 peratus wanita di bandar Ho Cihi Minh, Vietnam, tanpa mereka sedar telah mengidap Diabetes Jenis 2, tidak termasuk rakyat negera itu yang disahkan sebagai pesaktit diabetes.

Tu negara Vietnam yang kebanyakan rakyatnya kurus-kurus, bayangkan kat Malaysia ni yang ramai penduduk terlebih berat badan dan obes. Oh, tidak!

Diabetes Jenis 2, paling lazim berlaku disebabkan oleh paras lemak dan gula yang tinggi dalam pemakanan di samping kurang senaman/aktiviti fizikal. Ia antaranya boleh menjadi punca kegagalan ginjal dan penyakit jantung.

Di peringkat global pula, Persekutuan Diabetes Antarabangsamenganggarkan menjelang 2025 akan terdapat 147 juta orang pengidap diabetes berusia 60 tahun tau lebih.

Statistik negara turut menunjukkan peningkatan dalam jumlah pengidap diabetes.

Pada tahun 2009, sebanyak 17% daripada 27 juta penduduk menghidap diabetes sementara data tahun 2006 pula menunjukkan21% rakyat mengalami kegemukan dan 6.2% lagi obesiti.
sumber: myliferia

Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tanda-tanda awal kanser payudara

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak