Friday, November 11, 2016

Pil CLOMID Tak Jamin Dapat Anak Kembar

Clomid and Clomiphene Citrate ialah ubat kesuburan yang paling terkenal dan mungkin juga kerana ia adalah  yang paling kerap digunakan. Dianggarkan 30% dari kes infertiliti yang melibatkan masalah dengan ovulasi, menggunakan Clomid sebagai rawatan kesuburan.



Clomid adalah berbentuk pil menjadikan ia amat mudah diambil, murah dan berkesan dalam merangsang ovulasi. Clomid diambil oleh wanita yang sukar hamil terutamanya kepada pesakit yang berkait rapat dengan masalah ovulasi seperti PCOS dan juga kes di mana punca kesukaran untuk hamil tidak diketahui. Di samping itu, Clomid juga digunakan sebagai ubat perangsang untuk prosedur IUI (intrauterine insemination). Clomid bertindak dengan menggalakan pembentukan dan pertumbuhan foliker dalam ovari dengan harapan telur menjadi matang dan seterusnya akan berlakulah ovulasi.

Dos yang paling minima adalah 50mg sehari diambil selama 5 hari berturut2 iaitu pada hari ke 2 atau 3 sehingga hari ke 6 atau 7 kitaran haid seseorang wanita. Walaubagaimanapun doktor mungkin mempunyai protokol yang berbeza bagi seseorang wanita kerana reaksi pesakit terhadap Clomid berbeza di antara seorang dengan yang lain. 

Jika 50mg tidak efektif, doktor mungkin akan meningkatkan dos Clomid pada kitaran haid yang seterusnya sehingga dos maksima iaitu 200 mg sehari sekiranya seseorang wanita itu masih tidak responsif. Kesan2 sampingan dengan pengambilan Clomid kebanyakannya agak ringan iaitu kepanasan, perubahan emosi dan rasa loya. Ia akan hilang dengan segera sebaik sahaja dihentikan pengambilannya. Begitu juga dengan risiko untuk mendapatkan anak kembar tidaklah tinggi iaitu kurang dari 10%.

Terdapat kesan sampingan yang kurang baik iaitu Clomid boleh mengurangkan kualiti mukus serviks. Keadaan ini menjadikan ia lebih pekat dan boleh menyukarkan laluan kepada sperma untuk memasuki rahim. Terdapat juga kes di mana ia juga boleh menyebabkan lapisan rahim nipis dan kurang sesuai untuk implantasi. Walaubagaimanapun ia cuma terjadi kepada sesetengah wanita sahaja. 

Hasil kajian menunjukkan Clomid telah merangsang ovulasi sebanyak 80% daripada pesakit dan dianggarkan 40% daripada wanita yang menggunakan Clomid akan hamil dalam tempoh enam kitaran haid. 

Penggunaan Clomid untuk lebih daripada 6 kitaran adalah tidak digalakkan. Ini kerana kadar kehamilan yang menurun secara mendadak selepas 4 kitaran.

sumber : bubblynotes

No comments:

Post a Comment