Simptom Awal Barah Otak

Kanser atau Barah otak adalah berkenaan dimana wujudnya tumor/ tumbuhan pada bahagian tertentu otak. Ia boleh menyerang sesiapa tanpa mengira umur dan jantina sama ada kanak-kanak mahupun orang dewasa.


sakit barah otak dan rawatan

TANDA-TANDA AWAL BARAH OTAK

  • Sakit kepala yang teruk terutama di sebelah pagi berbanding tengah hari.
  • Sakit kepala berterusan diikuti loya dan muntah
  • Pandangan kabur
  • Sering lupa
  • Epilepsi (sawan, kekejangan otot dan tidak sedarkan diri)
  • Gangguan percakapan
  • Kesukaran menggerakkan kaki dan tangan
  • Gangguan ingatan atau perubahan personaliti
  • Kerap diserang sakit kepala


GEJALA DI KALANGAN KANAK-KANAK 

  • Loya dan muntah 
  • Gangguan penglihatan seperti penglihatan berganda atau juling 
  • Gangguan makanan 
  • Sebelah tangan menjadi lemah dan kekok 
  • Perubahan pada gaya berjalan seperti terhincut 
  • Kesukaran berjalan 
  • Letih dan lemah badan 
  • Peningkatan berat badan 
  • Perubahan pada endokrin 

JENIS-JENIS KANSER OTAK

  • Supra tentoria (bahagian atas otak)
  • Infra tentoria (bahagian bawah otak)

Kanser pada bahagian atas otak ialah:

  • Astrocytoma (ketumbuhan otak yang bukan berasal daripada sel-sel saraf)
  • Craniopharngioma (berasal daripada saki baki Rathker)
  • Kanser kelenjar pinea

Kanser pada bahagian bawah otak ialah:
  • Infra tentorial
  • Medulloblastoma (belakang otak)
  • Cerebeller astrocytoma (ketumbuhan pada serebrum)
  • Brain stem glioma (pangkal otak)
  • Ependymoma (ketumbuhan serebral yang berasal daripada sel-sel ependimal slia. Ia menyekat cecair serebrospina dan menyebabkan hidrosefulus jenis yang paling kerap berlaku.


PENYEBAB  BARAH OTAK

Sehingga kini penyebab kanser otak masih belum ditemui namun pengkaji masih mencari jawapan kepada masalah ini. Antara faktor utama ditemui adalah genetik, keturunan, persekitaran dan bahan kimia.

sumber: tuahprimadona

Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tanda-tanda awal kanser payudara

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak