Teh Tarik Penyebab Perut Buncit ?

Rakyat malaysia sememangnya suka sangat teh tarik, wow, ye ni dah jadi satu minuman rasmi rakyat malaysia, minum teh  tarik, tak kisahlah dari pagi petang malam, tengah malam, sahur, masa tak puasa, semua minum teh tarik. Tapi apa kaitan nya dengan perut buncit ? Ye rata-rata, setuju sebab gula yang ada dalam teh tarik. Tambah lagi dengan gaya hidup tak sihat, air tak cukup, memang GULA ni memang pembunuh senyap.


penyebab perut buncit



TEH TARIK TERLEBIH MANIS 

Kalau kita sebut teh tarik sedap, mesti kalau nak kurangkan gula, rasa tak best pulak. Lagi lagi  bini kat rumah buat manis, tapi tetiba ada gerai pak husin, ada anak dara buat lagi gila manis, kita pun syok ke kedai pak husin, tapi terlupa, gula tuh boleh buat kita jadi sakit. Kalau baca blog isteri si Amin nih, disenaraikan beberapa kesan bahaya gula kepada kesihatan korang.

  1. Gula Bantu Sel Kanser - Dalam satu kajian, fruktose (gula) akan menyokong sel kanser. Ia ibarat memberi makanan pada sel kanser untuk membiak. Sel kanser boleh bertambah dengan lebih cepat jika banyak mengambil gula. Jadi, sebagai cadangan, pakar mencadangkan pesakit kanser untuk menghadkan pengambilan gula dibawah 25 gram sehari. Termasuklah gula dari buah- buahan. 
  2. Menghapuskan Vitamin Tubuh - Gula proses ( gula putih ) hampir tidak mengandungi mineral atau zat seperti yang ada di dalam gula tebu. Dalam keadaan tubuh memproses gula , tubuh ‘terpaksa’ mengorbankan banyak vitamin dan mineral untuk menghadam, detoks dan menggunakan gula ke dalam sistem tubuh.
  3. Mengganggu Keseimbangan Tubuh - Pengambilan gula yang banyak dalam sesuatu masa mengganggu keseimbangan dan tahap kesihatan tubuh. Bila ia berlaku, tubuh akan membawa asid dan mineral neutral seperti sodium, pottasium, magnesium dan calcium semata- mata untuk menyeimbangkan tahap asid dan alkali tubuh. Ini untuk mengembalikan darah pada tahap normal. Dan terlalu banyak calcium yang diambil dari tulang dan gigi yang meyebabkan kesihatan tubuh menjadi semakin lemah.
  4. Membebankan Hati - Gula yang berlebihan memberi kesan pada semua organ tubuh. Mula- mula gula akan disimpan didalam hati dalam bentuk glucose. Tapi disebabkan simpanan di hati sangat terhad, gula (gula proses) yang berlebihan akan menyebabkan hati menjadi kembung seperti belon.
  5. Menambah Lemak - Bila kapasiti gula dalam hati sudah penuh, gula yang berlebihan akan dihantar balik ke dalam darah dalam berntuk ‘Fatty Acid’. Ia akan dihantar ke seluruh tubuh. Kemudian ia akan disimpan sebagai lemak di bahagian yang kurang aktif seperti perut, peha, payudara dan punggung. 
  6. Melemahkan Jantung - Selepas lemak di bahagian kurang aktif telah diisi, lemak akan diagihkan pula ke organ aktif seperti jantung dan buah pinggang. Pengambilan gula berlebihan sangat tidak baik untuk jantung. Menurut Department of Nutrition, London, gula didapati meningkatkan tahap kolesterol, asid urik, insulin dan triglyceride dalam darah. Dan semua ini meningkatkan risiko penyakit jantung. Malah Pengerusi Department of Nutrition, London menyimpulkan bahawa ” Gula yang berlebihan , dan bukan lemak ialah punca terbesar penyakit jantung di kalangan negara yang bertamadun”. ” Gula yang berlebihan , dan bukan lemak ialah punca terbesar penyakit jantung di kalangan negara yang bertamadun”. [John Yudkin, Pengerusi Department of Nutrition, London]
  7. Merosakkan Buah Pinggang - Gula yang tinggi dalam darah boleh merosakkan keutuhan saluran darah. Pesakit kencing manis yang kurang insulin menghadapi masalah untu proses metabolisma karbohidrat, lemak dan protin. Semakin lama, sedikit demi sedikit salur- salir darah akan mula rosak yang menyebabkan proses penapisan menjadi lemah. Akhirnya, buah pinggang menjadi rosak.


KAWAL DIET

Kalau anda suka sangat teh tarik, bagus, tapi silalah kawal diet anda tuh, kalau hari hari bedal teh tarik, boleh jadi demam. Bazir duit banyak, teh tarik bukan murah macam dulu, sekarang mahal, lainlah kawan belanja. Tapi, gaya hidup sihat kena amal, kalau nak muka cantik, kena minum air manis, kena puasa gula manis nih. Memang boleh cantik.

Comments

  1. New Diet Taps into Innovative Concept to Help Dieters Lose 15 Pounds within Only 21 Days!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Senggugut Teruk Rupanya Ada Ketumbuhan Rahim