Orang Melayu paling ramai hidapi barah limfoma

ORANG Melayu paling ramai menghidap barah limfoma berbanding kaum Cina dan India di Singapura. Bagi setiap 100,000 penduduk, 21.3 merupakan lelaki Melayu yang menghidap barah limfoma. Bilangan ini lebih tinggi berbanding 15.3 pesakit lelaki Cina dan 15.2 pesakit lelaki India yang menghidapi barah tersebut.




Di kalangan wanita, bagi setiap 100,000 penduduk, 14.7 merupakan wanita Melayu yang menghidap barah limfoma – lebih tinggi berbanding 9.6 pesakit Cina dan 9.4 pesakit India yang menghidapi barah itu. Meskipun kaum Melayu mendahului kaum lain dalam barah limfoma, bilangan pesakit barah Melayu secara keseluruhan adalah sekitar 1.5 hingga dua kali lebih rendah daripada kaum Cina.

Demikian perangkaan daripada laporan Pejabat Pendaftaran Penyakit Nasional (NRDO) mengenai trend penyakit barah di Singapura antara 2007 dengan 2011.

Menurut Konsultan Jabatan Radiasi Onkologi di Hospital Tan Tock Seng dan Institut Barah Universiti Nasional (NCIS), Dr Choo Bok Ai, orang Melayu mendahului kaum lain dalam barah limfoma sejak tahun 1998. 

Namun, beliau berkata buat masa ini tidak ada penjelesan kukuh mengapa kadar limfoma lebih tinggi di kalangan orang Melayu dan berpendapat ia mungkin bergantung kepada genetik, faktor sekitaran dan perbezaan dalam gaya hidup.


Kajian klinikal menunjukkan bahawa senaman sederhana selama 30 minit sehari boleh mengurangkan risiko meninggal dunia awal akibat barah sebanyak 50 peratus.
– Dr Choo Bok Ai.

sumber

Bolehkah pesakit kanser Hodgkins Lymphoma kembali sihat?


Ini kisah anak saya. Anak saya disahkan mengidap kanser Hodgkins Lymphoma stage 4 pada usia 10 tahun. Beliau telah sembuh sepenuhnya setelah mengambil ..... Jom baca kisah Puan ini di SINI




Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Senggugut Teruk Rupanya Ada Ketumbuhan Rahim