Tuesday, January 1, 2013

Osteoartritis tu Apo??

Sekarang tak kira  tua atau muda, memang ada masalah sakit sendi. Tapi gejala Osteoartritis, hehe poning nak baco nih tu Apo ? jom kita baca di bawah, ianya memang penting untuk kesihatan sendi nih.


masalah sendi


Apa  itu Osteoartritis ?

Osteoartritis ialah keadaan di mana terdapat kemusnahan pada rawan yag menyelaputi sendi-sendi. Ia lebih biasa didapati pada usia yang lanjut dan pada mereka-mereka yang menegangkan sendi mereka, contohnya pada mereka-mereka yang bekerja keras dan mereka-meraka yang terlampau gemuk. Sendi-sendi yang selalu terlibat adalah sendi pinggang, lutut dan tulang belakang.

Simptom penyakit 

  1. Sakit dan pembengkakkan di bahagian sendi-sendi seperti di pinggang, lutut, tulang belakang, siku dan pada wanita, juga pada sendi-sendi di hujung jari.
  2. Terdapat sakit yang sela-menyela dan dilegai dengan berehat.
  3. Pergerakan yang terhad apabila penyakit semakin melarut disebabkan oleh kehilangan rawan.

Langkah Pencegahan

Bagi mengelakkan osteoartritis berlaku lebih teruk, anda boleh mengikut langkah-langkah pencegahan di bawah:

  1. menurunkan berat badan bagi yang kelebihan berat badan
  2. latihan menguatkan otot paha dan pinggul untuk menjaga kesegaran tubuh
  3. memakai knee brance selama diperlukan
  4. suplemen untuk menumbuhkan tulang rawan

No comments:

Post a Comment