Tuesday, April 16, 2013

Tips Meningkatkan Antibodi Badan

SISTEM pertahanan badan (antibodi) kita terbentuk secara perlahan-lahan, selaras dengan peningkatan usia. Ia adalah cara semula jadi badan melawan kemasukan organisma asing termasuk bakteria, virus, fungi dan parasit daripada menyebabkan jangkitan atau masalah kesihatan.


tips kanak-kanak sihat

Antibodi Badan

Antibodi terbentuk daripada protein darah yang dihasilkan dalam tisu limfoid sebagai tindak balas terhadap kehadiran antigen (bahan asing) tertentu. Antibodi ini akan sentiasa bergerak dalam plasma darah untuk menyerang antigen, sekali gus menjadikannya tidak berbahaya kepada badan. Manusia akan mengalami masalah kesihatan apabila sistem pertahanan badan yang juga disebut imun tidak dapat melawan dan menghapuskan organisma asing yang masuk ke badan.

Bagaimana Untuk Kita Bina Atau Kuatkan Antibodi ?


  1. Elakkan ubatan (dan produk), rawatan dan pembedahan yang tidak perlu. - Kurangkan pengambilan antibiotik. Jagalah kebersihan. Elakkan sabun dan detergent antibakteria. Tubuh perlukan bakteria umum untuk mengenal kuman baru. Produk antibakteria hanya membantu membentuk bakteria kebal.

  2. Elakkan suntikan vaksin. Bukti-bukti menyarankan suntikan ke atas kanak-kanak dengan hampir 3 dozen dos vaksin virus dan bakteria berbeza sebelum usia 5 tahun, ketika sistem imunnya masih berkembang, menyebabkan gangguan imun yang kronik.

  3. Jauhi sinaran terik matahari, radiasi elektro-magnetik -Radiasi ultraungu (UV) dari pancaran matahari boleh menjejaskan sistem imun. Apabila kulit terlalu terdedah kepada radiasi UV, activiti sel-selbdarah putih yang menghasilkan antibodi akan tertekan. Kesan-kesannya bukan saja membabitkan bahagian kulit yang terdedah kepada matahari, malah boleh berlaku pada bahagian kulit yang terlindung dan seluruh sistem imun. Akibatnya, tubuh gagal menghasilkan antigen yang diperlukan untuk melindungi pelbagai penyakit.

  4. Awasi kimia berbahaya - Elakkan tampalan raksa untuk gigi, kosmetik yang mengandungi kimia beracun, plastic dan cat kerana kesemuanya menekan sistem imun. Tanda-tanda umum kesan keracunan logam berat termasuklah: sakit kepala, tekanan darah tinggi, letih, sakit otot, sakit sendi, masaalah penghadaman, sembelit, bingung, ketidak seimbangan hormon dan kemurungan.

  5. Pilih diet yang sihat. - Kekalkan diet yang sihat dan seimbang. Amalkan pemakanan yang baik, iaitu makan makanan tulen. tubuh memerlukan vitamin, zat galian, dan sumber protein serta karbohidrat yang seimbang untuk membina semula sel-sel dan berfungsi dengan sempurna.

  6. Kurangkan stress - stress manjadi faktor terbesar yang boleh dikawal dan mempengaruhi kesihantan. Ia memberi kesan keatas semua sistem tubuh. Stress dari segi mental boleh melemahkan sistem imun.

  7. Jauhi alkohol - Alkohol boleh menjejaskan kesihatan, ia cenderung meyingkirkan nutrien, merosakan sistem-sistem organ seperti hati, menyebabkan beberapa kanser, mendorong hipoglisemia, dan merosakkan jantung apabila diminum dengan banyak.

  8. Tidur awal dan mencukupi - Tidur memainkan peranan penting dalam membantu sistem imun kita.Anda boleh mengalami selesema apabila terasa penat dan letih kerana tidak cukup tidur. Hormon pertumbuhan yang dirembeskan ketika tidur memperbaiki dan memperbaharui sel. Oleh itu kekurangan tidor akan menjejaskannya.

  9. Berhenti merokok - Orang dewasa yang merokok akan pendek umurnya dan sering sakit. Selain kanser, merokok boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, ulser peptik, bermasaalah ketika hamil dan menjejaskan keimunan.

  10. Lakukan senaman - Ini telah terbukti dapat membantu sistem imun. Satu kajian mendapati wanita yang berjalan 45minit sehari adalah separuh daripada kemungkinan dijangkiti selsema. Wanita berusia 70-an yang aktif mempunyai sistem imun sesihat wanita berusia 30-an dan mereka dua kali ganda lebih sihat berbanding warga tua yang tidak aktif. Senaman juga memperlahankan kerosakan tubuh. Penuaan didapati merupakan kira-kira satu pertiga daripada kemerosotan aerobik tubuh.

2 comments:

  1. Nice article. Kurangkan pengambilan antibiotik sekiranya perlu sahaja. lebih baik biar sistem pertahanan badan secara semulajadi melawan jangkitan kerana ia akan memperkasakan lagi sistem immune.
    disamping banyak kesan negatif antibiotik terutama kanak-kanak

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana memberikan komen yang bernas

    ReplyDelete