Monday, May 20, 2013

Tanda-Tanda Wanita Subur

Masa subur wanita seperti yang kita ketahui, sangat berhubungkait dengan dengan cara cepat hamil. Ini kerana saat masa subur itulah sperma yang masuk dapat menjadi sel telur. Ada pelbagai cara untuk mengetahui bila masa subur ini datang. Boleh dengan mengira kalendar, dengan ovulusi test




Untuk memudahkan gambaran bagaimana cara mengetahui ciri-ciri wanita subur, berikut ini akan saya berikan beberapa kaedah untuk mengetahuinya. Yang saya maksud tentang ciri-ciri wanita subur iaitu tanda-tanda wanita memang sedang dalam masa subur. Walaupun bukan bererti semua wanita mengalami hal di bawah ini.

Ciri-Ciri Wanita yang Sedang dalam Masa Subur

  1. Terjadinya Peningkatan Suhu Tubuh. Masa subur wanita dengan kitaran haid normal adalah hari ke-12 hingga hari ke-16 sejak haid pertama. Selain dengan mengira secara kalendar, masa subur wanita dapat diketahui dengan adanya peningkatan suhu badan. Peningkatan ini terjadi bukan kerana wanita sedang sakit, tapi dalam keadaan badan sihat seperti biasa. Peningkatan suhu badan yang terjadi adalah sekitar 0,2 darjah Celsius setiap hari selama 10 hari berturut-turut. Anda dapat meletakkan thermometer biasa di bawah ketiak setiap pagi untuk mengetahui peningkatan ini.
  2. Cecair Serviks Mengalami Perubahan. Wanita pada masa subur mempunyai cecair serviks yang mirip dengan putih telur, ciri-cirinya yakni cecair serviks cair, kenyal dan lebih jernih dari biasanya. Pada keadaan yang sedang tidak subur keadaan cecair serviks kelihatan lebih kental. Kadang bahkan tidak keluar sama sekali.
  3. Ghairah Tinggi. Ketika melakukan hubungan intim di masa subur, wanita akan kelihatan lebih ghairah dari biasanya. Hal ini akan mengakibatkan wanita yang selalu ingin melakukan hubungan di masa suburnya. Wajarlah, ghairah meningkat bermakna keinginan untuk melakukan hubungan badan juga meningkat.
  4. Adanya Perubahan Posisi Serviks. Ketika sedang ovulasi (masa wanita subur), kedudukan serviks dapat dijangkau dengan jari. Sedangkan pada saat tidak ovulating, kedudukan serviks ini jauh lebih ke atas, sehingga tidak dapat tersentuh. Untuk menguji hal ini, anda boleh memasukkan jari anda secara lurus ke dalam Miss V. Jika memang sedang dalam masa subur, maka anda akan dapat menyentuh bahagian hujung serviks, rasanya seperti bahagian hujung hidung.
  5. Perut Terasa Kembung. Di masa subur, anda mungkin merasa bahawa seluar anda terasa sempit, meskipun tidak sedang kekenyangan atau berat badan naik. Hal ini biasa berlaku kerana pada masa ovulasi ini tubuh sedang meyimpan air dalam keadaan yang banyak.

Menggunakan Alat Ujian Ovulasi

Alat Ujian Ovulasi ini gunanya sangat mirip dengan test pack dalam ujian kehamilan. Dengan menggunakan alat ini maka kesahihan bahawa anda sedang subur memang tak perlu diragukan. Demikian beberapa ciri-ciri wanita yang sedang mengalami masa subur. Apabila anda mengalami tanda-tanda di atas maka itulah saat yang tepat untuk merancang kehamilan anda.

No comments:

Post a Comment