Tuesday, August 6, 2013

Advanced Joint Health Tablet (AJHT) Shaklee

Sendi-sendi membentuk hubungan antara tulang-temulang yang memberi sokongan dan membantu anda bergerak. Ia terdiri daripada tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair-cecair sinovia (bendalir yang melicinkan sendi-sendi) yang memberikan keselesaan antara tulang-temulang dan membantu menyerap hentakan dari impak fizikal.


sakit sendi




Sakit Sendi dan Ketidakselesaan

Semakin umur meningkat, tulang rawan menyusut secara semulajadi. Tekanan fizikal yang berterusan dan bebanan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan bahan kimia yang menyerang tulang rawan dan menyebabkan ketidakselesaan sendi dan
pergerakan terbatas.

AJHT Shaklee

Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

Bagaimana ia Berkesan ?

1. Menyokong keselesaan sendi

Ekstrak Boswellia : Menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.
Ekstrak Boswellia adalah gum resin dari pokok Boswellia serrate. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi. AKBA menyokong kesihatan sendi dengan menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.

2. Bertindak sebagai kusyen

Ekstrak Jagung: Membantu mengekalkan tulang rawan
Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina adalah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Glukosamina juga ditemui dalam tendon dan ligamen. Namun, semakin tubuh menua,jumlah glukosamina yang dihasilkan oleh tubuh semakin merosot. Banyak kajian yang diterbitkan menunjukkan yang suplemen ekstrak jagung dapat menggalakkan kelenturan, pergerakan bebas dan menjadikan sendi lebih fleksibel. Dan lagi, kajian bertahun-tahun juga mengesyorkan yang suplemen ekstrak jagung dapat menyumbang kepada kesihatan sendi dalam jangkamasa panjang.

3.Memelihara tisu penyambung yang sihat

Zink, Tembaga, Mangan and Vitamin C : Nutrien penting dalam kesihatan sendi.
Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.

Keistimewaan Shaklee

  1. Sentiasa Berkesan - Ekstrak proprietari Boswellia yang digunakan dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswellia AKBA yang pekat bagi menyokong keselesaan sendi, tetapi juga mengandungi bahan semulajadi lain daripada resin. Boswellia yang mempunyai bioaktiviti yang lebih baik bila bergabung berbanding AKBA sahaja. 100% bebas kondroitin bagi penyerapan ekstrak jagung yang lebih baik. (Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat kondroitin juga boleh menggangu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina).
  2. Sentiasa Selamat -100% berasaskan sayur-sayuran. Kaplet mudah ditelan. Bebas gluten.
  3. Sentiasa Mesra Alam - Botol yang dikitar semula. Pembungkusan yang Bebas bisfenol-A (BPA).

Order Sekarang

Jom order dan klik gambar dibawah untuk order secara online. atau hubungi kami di nombor dan email yang diberikan. Selamat menjaga sendi.





Ainul Mustafa
013-3612717
ainulfadzilah@gmail.com
https://www.facebook.com/DietDietSihat
http://jalanabadi172784.blogspot.com

No comments:

Post a Comment