Friday, March 7, 2014

Rehat : Berapa Kalori Terbakar ?

Alhamdulillah, setelah penat seminggu balik bercuti dari Melaka, nampaknya diberikan kekuatan lagi nak menulis blog, walaupun dalam keadaan berbaring, sambil menulis hanya dengan aplikasi blogger android. Nampaknya masuk lagi kata kunci terbaru ke blog kami, tentu ramai tertanyan, berapa kalori terbakar ketika kita sedanga rehat. Menarik juga nak dibincangkan ni.


rehat boleh kurus


Basal Metabolic Rate (BMR)

Memang ada sebenarnya pengukuran membakar kalori ni ketika sedang rehat. Kalau korang nak tahu , BMR ni memang penting, sebab dekat sinilah antara kunci utama kalau seseorang nak kuruskan badan. Beberapa kajian mendapati orang yang rajin bersenam mempunyai kadar BMR yang tinggi, jadi memang bagus untuk kurangkan berat badan, walaupun kita sedang berehat. Pentinf sekali mengetahui konsep kalori dalam penurunan berat badan.

Formula BMR

Formula dibawah adalah dicopy dari website orang putih, yang menggunakan berat ukuran pound berbanding kg. Jadi formula ni saya copy, mat saleh punya formula. Oklah, kat sini kita boleh tengok bagaimana faktor umur dan berat badan mempengaruhi BMR seseorang.

Perempuan: BMR = 655 + (4.35 x weight in pounds) + (4.7 x height in inches) - (4.7 x age in years)
Lelaki: BMR = 66 + (6.23 x weight in pounds) + (12.7 x height in inches) - (6.8 x age in years)

Itulah dia di atas formula celup mat saleh, dicopy khas. Oklah, sekian sahaja penerangan pendek tentang rehat dan kalori. Kalau BMR anda tinggi , ada harapan nak turunkan berat badan !!!!

No comments:

Post a Comment