Thursday, May 8, 2014

5 Tips Pulihkan Badan PENAT !!! PENAT BEKERJA.. PENAT DENGAN TRAFFIC JAM..

Seharian bekerja memang memenatkan. Lebih lagi setiap pagi perlu bangun seawal 5 pagi untuk bersiap ke tempat kerja, siapkan anak-anak ke sekolah. Perjalanan ke tempat kerja pulak jauh, traffic jam lagi. Sampai pejabat kerja tertimbun timbun. Balik kerja kena hadapi kesesakkan lalu lintas lagi.Sampai rumah belum habis penat kena melayan anak-anak, suami/isteri pulak. Pernah tak ini terjadi pada anda? Ibu bekerja seharusnya kena ada fizikal dan mental yang kuat. Bukan ibu sahaja malah para bapa pun sama. Jangan sampai masalah di pejabat di bawah ke rumah.



emak busy jaga anak



5 Tips untuk memulihkan badan penat bekerja

1. Minum Air limau

Apa kata untuk mencergaskan kembali tubuh sebelum terus tidur, anda amalkan dengan minum air limau. Dapatkan beberapa biji limau dan perahkan bersama secawan air putih. Sebaiknya air suam kerana ia akan lebih memberi keselesaan kepada tubuh apabila anda menikmatinya.

Jangan campurkan gula, hanya perahan air limau saja. Jika tidak suka dengan limau nipis atau limau kasturi, gunakan lemon sebagai alternatif. Amalkan setiap hari, ia bukan saja untuk menghilangkan penat badan bahkan untuk mengempiskan perut juga buat anda yang terasa di bahagian perut agak buncit.

2. Mandi Air Panas

Apa kata kali ini anda mengamalkan mandi dengan air panas. Sediakan air panas suam untuk anda siramkan ke bahagian badan, tidak perlu kuantiti yang banyak. Tapi pastikan air itu tidak terlampau panas dan sesuai untuk kulit anda.

Jika tidak mempunyai alat pemanas air hanya masak air dan campurkan bersama air siraman anda nanti. Selain itu, air panas juga sesuai untuk anda rendamkan ke kaki kerana rasa panasnya akan melegakan sakit kaki anda selepas seharian mengenakan kasut bertumit tinggi atau berdiri.

Sedikit sebanyak ia akan melancarkan aliran darah anda ke kepala dan mengurangkan keletihan badan serta sakit kepala.

3. Senaman Ringkas

Lakukan senaman ringkas sebaik tiba di rumah. Luangkan sedikit masa untuk bersenam, jika tidak berkesempatan hanya lakukan aktiviti di rumah seperti mengemas dan juga menanam. Ini kerana pengeluaran peluh ketika melakukan aktiviti seperti ini membantu badan anda untuk berfungsi dengan lebih baik.

Dalam masa yang sama memberi otak anda oksigen yang lebih banyak kerana aktiviti kerja di pejabat yang berhawa dingin, contohnya boleh mengurangkan penggunaan fungsi otak dengan baik. Jadi dengan cara ini, adalah satu latihan yang baik.

4. Minum air teh hijau.

Minuman yang diamalkan oleh masyarakat Cina ini sebenarnya amat baik, air teh yang berwarna hijau dan tidak mempunyai gula. Terdapat banyak antioksida yang membantu untuk menyegarkan tubuh dan minda dalam masa yang sama. Ia juga dapat mengurangkan kadar gula di dalam darah.

5. Mengurut

Untuk memastikan tubuh berada dalam keadaan baik sebelum digunakan semula keesokan harinya, mengurut adalah sangat penting untuk tubuh anda. Tapi jangan amalkan urutan seluruh badan dengan kerap kerana akan terdapat kesan negatif terhadap aktiviti itu. Sebaiknya sebulan dua kali saja anda amalkan urutan untuk badan daripada bahagian kepala sehinggalah kepada urutan kaki. Selain melancarkan darah, ia juga menyegarkan tubuh anda.


badan cergas


Vitamin Yang Membantu Memberi Tenaga Kepada Anda dan Keluarga

1. Vitalea RM88.75 ( 120bj)

Penambah tenaga segera - pemberi tenaga , kecergasan tubuh dan kekuatan mental. Membantu kuatkan memori

2. B complex RM53.75 ( 120bj )

Memastikan kesihatan fungsi saraf berjalan baik , meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia. Membantu penghadaman,menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan

3. ESP RM 150

Pembekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem iminisasi badan. ESP pemberi tenaga > ESP pemberi tenaga .Testimonial ESP membantu badan kekal bertenaga >Testimonial ESP memberi tenaga

Jangan Biarkan Diri Anda Penat

Anda boleh membuat pesanan atau hubungi kami seperti nombor di bawah. Paling mudah ialah membuat pembelian secara online, klik gambar di bawah.


pengedar shaklee shah alam



013-3612717
ainulfadzilah@gmail.com

No comments:

Post a Comment