Monday, May 26, 2014

Badan Penat Letih Malas : Apa Nak Buat Nih ?

Biasalah, semua insan dalam dunia nih, mana ada badan yang tak pernah letih, kalau kata pun merantau sana sini, mestilah penat. Tapi ada yang tak buat apa apa pun, lagi rasa letih, tambah lagi dengan sikap MALAS, itu lagi bahaya, apa kerja pun tak boleh buat. Jadi, nak diceritakan hari ini, saya nak sentuh 5 perkara tentang letih lesu ni

  1. Sebab Badan Rasa Letih Lesu (tips dari blog kotakvitamin)
  2. Tips mudah nak atasi kepenatan (cedok  balik entry sebelum ni)
  3. Kisah Fatimah, Zikir, dan Madu
  4. Suplemen Shaklee khas untuk yang selalu komplen penat, letih ,
  5. Motivasi diri

letih gila


1. 7 Faktor Yang Menyebabkan Keletihan

Oklah, untuk memulakan entry yang aku rasa akan jadi panjang lebar, aku nak share juga, 7 sebab atau beberapa faktor yang membuatkan korang semua akan rasa penat, letih. Yang ni aku memang cedok dari satu blog shaklee yang duk atas sekali, nak power lagi pergi blog dia kat sini.

1. Kuasa Medan Elektromagnetik

Hhahah, suatu sensitiviti elektrik katanya, tapi awek dalam blog tu kata, memang dalam badan kita nih, dengan kecanggihan teknologi, boleh menyebabkan badan kita cepat penat, lagi lagi kuasa teknologi digital, patutlah, dia kata pun, bagusnya ialah cuba pakai balik alat elektronik yang lebih analog. Yang digital nih, tanpa wayar, sila jauhkan . Tapi itulah dalam bilik aku nih, tempat soho , banyak benar barang elektrik. 

2. Diabetes Tanpa Sedar

Korang pun tahukan, penyakit kencing manis nih, satu simptomnya ialah badan cepat penat dan selalu sangat nak buang air kecil. Lagi lagi kita rakyat Malaysia minum tak ingat dunia, minum teh tarik, teh ais, dan paling tak cool sekali minum air masak kurang, itu yang bagi badan cepat letih. Bagusnya nak elak diabetes, rajinlah minum air masak, buat pemeriksaan doktor, cek gula dalam darah tuh, kalau tak guna gula tuh yang jadi DIABETES !!!

3. Makan Tengah Hari

Hahaha yang ni special sikit, tapi buat yang kerja berat, makan tengah hari yang berat berat memang ok, sebab badan pun dah bakar kalori , nak kena ganti balik. Tapi paling ketara sekali ialah yang makan tengah hari, dengan lauk penuh minyak, dan kolestrol tinggi, boleh buat kita mengantuk, badan penat nak proses makanan yang susah nak dihadam, hooo, lepas tu masuk waktu petang, yang kerja ofis, semua mengantuk, ada yang terus tidur sampai waktu balik

4. Masalah GINJAL

Hooo kalau ada masalah ginjal nih, nak kena jaga-jaga, sebab ianya boleh membawa kepada masalah anemia, kurang darah marah, dan seterusnya boleh membuatkan badan kita penat. Hooo, bahaya nih

5. Kurang Zat BESI, B12

Oklah, yang ni memang selalu orang sebut, kurang zat besi, memang badan kita akan cepat letih, sebab itu orang yang nak zat besi nih, ada yang ambil vitalea, macam wife aku, memang bertenaga masa trip Supermom kat Indonesia sana, sebab ada iron formula. Fungsi zat besi ialah untuk penghasilan darah merah, manakala vitamin B12 nak membantu bawa oksigen ke seluruh badan

6. Cara Senaman

Kalau orang yang tak pandai senaman, boleh jadi penat dari menyihatkan. Kalau yang ahli sukan tentu tahu cara senaman yang betul, apapun mesti buat senaman ringan dulu, sebelum nak bersukan lasak. Lagi ramai yang terlupa ialah nak buat senaman nak sejukkan badan, cooling down, sebab benda nih kena buat, takut otot otot masih lagi tegang, tak dikendurkan kembali, boleh memudaratkan.

7. Tekanan

Benda yang paling ramai orang takut, ialah Tekanan. Stress nih perkara biasa, ada yang bagus dan ada yang tak bagus. Biasanya yang tak bagus tu yang buatkan badan kita cepat penat, lagi campur boleh jadi malas dan sebagainya. Jadi, tekanan nih pulak, ialah penyebab UTAMA kematian dalam negara kita nih, hoo, kalau tak diatasi, sedar tak sedar, umur pun pendek


badan cergas



2. Tips Nak Atasi Badan Penat

Oklah semua, sekarang semua dah tahu 7 faktor diatas, tapi sebenarnya banyak lagi kajian yang orang buat, itu belum lagi sentuh kisah penat malam jumaat dan sebagainya. Tapi paling nak senang, untuk para ibu, bapa, yang mungkin penat kat tempat kerja, penat dengan jalan jammed, jom tengok balik 5 tips dari wife aku nih, ini pun cedok dari entry lama di sini.

  1. Air Limau - bagus minum yang suam, atau nak cun minum panas, bagus untuk detoks dan menyegarkan, kalau terlebih gula jadi menyeramkan pun ada, sebab kena kencing manis pulak nanti

  2. Mandi Air Panas - hahah ada yang kata mandi air panas bagus, sebab boleh atasi kuman atau virus dalam badan nih, tapi ada juga kata mandi air sejuk, sebab air panas kadang-kadang buat kulit jadi rosak.

  3. Senaman Ringkas -macam biasa, jangan lah buat kerja lama sangat, ambil masa buat senaman yang ringkas-ringkas, sebelum nak buat kerja balik, kalau petang buatlah senaman yang bagus

  4. Teh Hijau - hahha, bukan semua teh kita boleh bedal, kalau bedal teh tarik maybe bagus untuk pagi pagi, tapi lagi bagus kena bedal Teh Hijau, minum panas panas, ini semua orang cina dan jepun suka, kasi badan cergas 

  5. Mengurut/SPA - oklah, kuasa mengurut, nih, memang power, biasakan diri bawak diri pergi SPA, kasi badan cergas, carilah tukang urut yang profesional, tapi jangan bawak pergi tukang urut lain pulak, nanti kena tangkap JAIS, hahaha

3. Kisah Fatimah, Zikir, dan Khasiat Madu

Kuasa Zikir

Terbaca pulak tips nih dekat blog nenek aku Lyna Noh, mysuperkids, memang dia kata, kalau kita nih bagi makanan untuk fizikal sahaja, belum cukup. Kisah Fatimah yang pernah mengadu kepada Rasulullah pun ada, mesti para ibu pun tahu kan. Fatimah pernah mengeluh badan dia penat penat, buat kerja rumah, lepas tu nak minta khadam kepada Saidina Ali. Adui, jadi apa nak buat nih , Rasulullah bagi satu zikir yang mudah, dan zikir ini ada yang menggelarkannya Zikir Fatimah.

  • Tasbih, Subhanallah 33x
  • Tahmid, Alhamdulillah 33x
  • Takbir, Allahuakbar 33x
Biasakan kita dengar zikir nih, biasanya memang kita amalkan selepas solat, tapi kalau jenis malas sebab lepas tu ada thomas Cup live, maybe tak sempat baca, dan memang ada yang malas, terus je sambung buat kerja. Antara yang kita rasa selepas solat, bagus membaca zikir ini, supaya badan kita dapat berehat sebentar, menenangkan jiwa dari stress, dan selepas itu berdoalah, supaya badan kita cergas dan bermotivasi untuk membuat kerja

Minum Madu

Paling best dan simple, yang biasa buat, dan ramai juga buat, ialah minum madu, campur dengan teh waktu pagi. Khasiat Madu ini memang dah diceritakan dalam Al-Quran, dalam surah An-Nahlu ayat ke 68-69:
“Dan dari Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah; buatlah sarang dibukit-bukit, di pepohonan kayu, dan di tempat (berhampiran) yang dibina manusia..

“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang berfikir,” – Surah An-Nahlu, ayat 68 dan 69.
Nak lagi penerangan yang simple, memang yang boleh refer terus dari video tanyalah ustaz kat bawah nih, ustaz kat bawah ni pun memang tere bab perubatan dalam Islam. so dalam video nih, korang tengoklah, banyak tips dalam channel youtube nih !!!





4. Cadangan Vitamin Shaklee Untuk Atasi Keletihan

Alhamdulillah, sejak Ainul pregnant anak kedua nih, sebenarnya banyak juga dia rasa manfaat dari khasiat dan manfaat vitamin Shaklee, lagi lagi kalau dia ambil set ibu hamil, memang terbukti set ni bagi badan dia cergas, lagi lagi sebelum nih, pergi trip Indonesia, badan memanjat Candi Borobudur dan pergi kelas blog dari Utara ke Selatan. So antara vitamin yang wife selalu ambil masa pantang ialah

  1. ESP - ESP ialah sumber protein, diperkaya dengan 9 asid amino yang penting bagi stimulate badan kita supaya cergas.

  2. B Complex - macam biasa bcomplex nih, khasiatnya ialah bagi membantu metabolisme badan, supaya badan kita bertenaga hasil dari pertukaran kalori yang diambil semasa makan, selain itu boleh juga kurangkan stress.

  3. Cinch Tea Mix - minuman teh hijau yang berkhasiat, ada yang suka minum ni waktu malam , sampai nak berjaga tulis blog shaklee, hahah

  4. Vitalea - macam saya cakap kat atas sebelum nih, vitalea nih memang terbaik , khasiat multivitamin dan zat besi, bagi badan kita cergas, cukup mineral yang diperlukan untuk badan kita

  5. Sustained Release Vita C - Bak kata Kevin Zahri, C ialah untuk CERGAS. Memang diakui, selain membantu imunisasi badan, pengambilan vitamin C bagus untuk kecergasan harian badan kita

  6. Ostematrix -  Kalsium memang bagus untuk diambil diwaktu malam, bagi nak kurangkat sembelit, nak elakkan migrain, buat kita tidur lena, dan keesokannya badan cergas, kaki tak cramp, dan senang buang air 




Yang atas ini adalah cadangan, jika berminat, boleh je beli satu satu, ikut kemampuan anda masing masing. Kalau nak best punya konsultasi, kena cari yang betul-betul pandai, jangan beli sebab nak murah je, sekarang ni banyak SID suka jual lepas tangan, jadi bagus cari orang BERKEBOLEHAN , yang bukan calang-calang pengedar. Klik gambar di bawah jika anda berminat membeli secara online.



beli shaklee senang

5. Motivasi DIRI ANDA

Makanan untuk JIWA Kita nih, kalau tiada suatu motivasi, makan vitamin Shaklee pun, gerenti belum tentu nak bergerak sihat, dan bersemangat, saya ulang-alik utara selatan, semata-mata kerana motivasi diri. Sabtu lepas lagi dasyat dengan Kembara ASB 3.0 di Kota Kinabalu Sabah, walaupun satu hari, tapi kena semangat wajalah. oklah untuk tips yang mudah, boleh ikut dibawah ini


doa tak nak malas


  1. MERANCANG - Buat perancangan, kalau tak rancang, sebab itu semua benda tak jadi, yang buatkan kita jadi penat, adui, lepas penat letih, menengeluh terus jadi malas.
  2. POSITIF - selalu berkata positif kepada diri sendiri, AKU SIHAT, AKU KUAT, insyaallah tenaga minda kita akan bergerak, kuat untuk membuat sesuatu perkara
  3. DOA - bacalah doa, doa kepada Allah. Satu doa untuk atasi masalah kemalasan ada kat bawah nih, ramai pak ustaz dan kita semua selalu baca, tanpa sedar

18 comments:

  1. kadang2 benda yang senang dan simple macam tidur pun membantu :)

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete

  2. Artikel yang menarik kerana memasukkan unsur-unsur zikir. Badan juga boleh kerap berasa lesu disebabkan oleh faktor hormon. Ramai yang terlepas pandang mengenai faktor ini. Ketidakseimbangan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar adrenal merupakan antara punca badan lesu. Tidak dinafikan pengambilan vitamin dapat membantu untuk merawat masalah keletihan. Tidur yang cukup juga penting kerana ia mempengaruhi keseimbangan hormon. 

    ReplyDelete
  3. Info yang best.
    Kita kena tahu signal yang badan beri. Kalau penat sangat tu, eloklah berehat sebentar.

    ReplyDelete
  4. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini HERI SANTOSO seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI SALEH yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pekerja kilang di selangor malaysia , sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI SALEH dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon AKI SALEH di 0853-95881177 Untuk yg di luar indon telefon di +6285395881177, Atau KLIK DISINI 2D 3D 4D 5D 6D saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI SALEH saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKI, Untuk yg punya mustika bisa juga di kerjakan narik uang karna AKI adalah guru spiritual terkenal di indonesia. Untuk yg punya rum terimakasih atas tumpangannya.

    ReplyDelete
  5. saya kerja sebagai buruh kasar... memang kena buat kerja berat tiap hari.. ada tak cara utk menghilangkan kepenatan dan lesu semasa kerja dan selepas kerja

    ReplyDelete
  6. saya kerja sebagai buruh kasar... memang kena buat kerja berat tiap hari.. ada tak cara utk menghilangkan kepenatan dan lesu semasa kerja dan selepas kerja

    ReplyDelete
  7. Macamane nak hilangkan penat dengan cepat? Untuk dapat kesegaran segera untuk bersukan pulak lepas bekerja contohnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hilangkan penat dengan cepat kena minum cinch tea mix shaklee

      Delete
  8. Macamane nak hilangkan penat dengan cepat? Untuk dapat kesegaran segera untuk bersukan pulak lepas bekerja contohnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau penat sangat minum air performance drinks shaklee

      Delete
  9. Lelaki boleh minum shacklee tak?? Takut ada campuran utk pompuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, takda masalah. boleh wassap 0133612717 untuk pertanyaan lanjut

      Delete