Wednesday, June 4, 2014

Fungsi Lecithin

Salam sejahtera semua, nampaknya hari ini kita nak buat tajuk lain sikit. Dah lama saya tak sentuh pasal Lecithin ini. Apa itu lecitihin, apa kebaikkannya, dan apa yang best pasal lecithin ini ? Nampaknya, sebelum ini pun saya ada tulis, bukan tulis tapi google translate artikel, takpalah hari ini bagi peluang sikit nak cerita pasal lecithin dan fungsi dia.




Pecahkan Lemak

Nampaknya semua orang tahu bahasa orang putih emulsifier, inilah fungsi lecithin. Lecithin yang bagus akan memecahkan lemak supaya ianya larut dalam air, dan zat lemak itu tidak melekat pada dinding arteri. Tetapi ianya perlu dikeluarkan segera, sebab itu kebanyakkan set kurus perlu didatangkan sekali dengan produks detoks. Paling baik ialah minum air masak dengan banyak.

Meningkat Kecerdasan Otak

Dalam artikel yang saya google translate dengan panjang lebar, nampaknya satu kajian telah menunjukkan, lecithin dapat membantu meningkatkan keupayaan otak. Ianya dapat meningkatkan memori. Ianya bagus untuk auditori kanak-kanak, dan banyak membantu menenangkan saraf otak, terutama bagi kanak-kanak yang mengalami hiperaktif. 

Lagi Manfaat Lecithin

Selain bagus untuk badan dan otak, banyak lagi sebenarnya kebaikan lecithin yang kita tidak tahu. Antaranya ialah
  1. pelarut untuk kolestrol
  2. membantu penyerapan zat penting dalam darah
  3. mencegah penyakit berkaitan hati
  4. membantu sistem imunisasi
  5. penting dalam penjagaan paru paru
  6. pelincir bagi sendi
  7. zat untuk rambut cantik
  8. mencegah PMS atau gejala menopause

No comments:

Post a Comment