Tuesday, September 23, 2014

Apa Kaitan Jalan Kaki Dengan Kuih Tradisional ?

Memang haritu kami jalan kaki, dari tasik depan Masjid  nak ke tasik yang ada dekat restoran, hoo, jalan sikit je, tapi sarapan punyalah banyak, hooo, makan nasi lemak tak ingat. Hoo, memang tak boleh belah, tak jadilah jalan kaki tersebut. Oklah, tapi cuba tengok apa kaitan jalan kaki di bawah ini, hahaha.


sihat jalan kaki


Kebaikan Jalan Kaki

Hahhaa, bila aku google je kebaikan jalan kaki ni, aku terbaca satu entry bagus dari blog santai mantai. Hahhaha, oklah tuh, bagus point point dia. Jalan kaki memang senaman paling mudah, paling murah,  tapi ramai tak sedar ianya paling sihat. Rasulullah pun jalan laju, Dr  Mahathir pun jalan laju, tak terkejar kalau dia jalan. Selain dari boleh menurunkan berat badan, jalan kaki bagus untuk jantung, tulang, dan buat tidur lebih nyenyak. Kalau jalan kaki ramai-ramai, buat hati kita gembira. Tapi kalau kena jalan kaki belikan mak kuih, tentu tak berapa gembira sebab jauh.

Kalori Kuih dan Jalan Kaki ?

Hahhaha, memang bagus, jalan kaki dalam gambar di atas menunjukkan jalan sekian sekian, boleh membakar banyak kalori, seperti kalori kuih tempatan. Tapi itulah pasal, dah jalan kaki banyak, lepas itu makan macam-macam, minum air sirap, hahaha, itu standardlah, penat sangat. Tapi cerita bab kalori ini, korang boleh baca kat bawah nih


Gaya Hidup Sihat

Apapun, sekarang ni kena amalkan gaya hidup sihat, bersenam, makan makanan berkhasiat, ambil makanan tambahan, dan amalan rohani keagamaan yang mantap. Alhamdulillah, macam-macam program berlari-lari ada kat Malaysia ini, tanya abam kamarudin untuk keterangan lanjut.

No comments:

Post a Comment