Tuesday, September 2, 2014

Diet Lampu Isyarat

Salam sejahtera semua. Alhamdulillah, hari ini dah masuk hari ke sembilan dalam bulan ke sembilan tahun 2014. Nampaknya semua orang dah berkobar-kobar nak kurus, dari badan tak cun nak cunkan badan. Oklah, buat yang nak dapatkan tips diet, hari ini saya share sedikit info yang diambil dari abam naja. Ianya dinamakan sebagai Diet Lampu Isyarat. Special tak namanya ?


diet ikut warna


3 Jenis Makanan Mengikut Warna

Kalau anda baca sendiri dan faham, anda tentu dapat tahu, jenis warna pada lampu isyarat. Dari atas warna merah, kuning dan hijau. Jadi kenapa ianya begitu ? Kalau ikut jenis makanan di atas, makanan hijau adalah yang paling bagus, dan perlu makan dengan banyak, setiap hari. Kuning pula ialah makanan yang perlu ambil dalam kadar yang sedikit sahaja. Tapi, ianya masih penting untuk keperluan badan manusia. Paling bahaya, tentu sekali warna MERAH . Kalau boleh, tak perlu ambil. Yang ni memang terlampau tinggi karbohidrat, silap-silap jadi COMEL badan kita.

  1. Makanan berwarna HIJAU - sayur-sayuran hijau yang kurang karbohidrat seperti kangkung, bayam, brokoli dan lain-lain.

  2. Makanan berwarna KUNING - mi,ubi kentang,ubi keledek,susu dan hasil tenusu serta buah-buahan

  3. Makanan berwarna MERAH - Coklat,aiskrim,kek,gula-gula dan makanan yang diproses seperti sosej serta makanan segera

Tips KURUS Lain

Alhamdulillah, dalam blog ini, korang boleh refer banyak lagi tips yang ada, semuanya sesuai untuk anda amalkan, dan kalau berminat, boleh mencuba produk yang bagus untuk kuruskan badan anda. Oklah, antara tips yang menarik dalam blog kami ialah

  1. Minuman Penyahtoksin - ketahui cara mudah dan senang, dan apakah dia minuman yang membantu boleh mengurangkan berat badan anda.

  2. Elak Perut BUNCIT - ketahui teknik nak elak perut buncit, nak atasinya.

  3. Badan Langsing Selepas Bersalin - jangan lupa, tips khas untuk para wanita yang baru melahirkan anak yang comel dan sihat .

  4. Rahsia LEUCINE - ketahui kenapa atlet sukan, dan kenapa wujudnya diet yoyo yang turun naik turun naik macam saham.

  5. Kebaikan Minyak Ikan - ramai juga sukakan khasiat Omega-3 untuk kurus, dan ianya seperti lemak bakar lemak, pelik sungguh.

  6. Set Kurus Terbaik - jom cuba set kurus terbaik , dan ramai yang terbukti berjaya dengannya.

No comments:

Post a Comment