Friday, November 28, 2014

Cara Menurunkan Kolesterol Dengan Mudah

Alhamdulillah, hari ni, saya share sikit teknik nak turunkan kolesterol dengan mudah. Hahhaha, takpa, cara nya ialah jom baca jap tips yang kami nak kongsikan kepada anda di bawah, mudah je, tak sukar pun, kena disiplin sikit . Oklah, ada 2 bahagian dalam entry nih, satu cerita pasal masuk hospital dan satu lagi pasal gaya hidup.


turunkan kolesterol dengan mudah



1. Jangan Sampai Masuk Hospital

Memang tajuk kedua ini memang mengancam sikit. Saya dah alami, melihat sendiri ayah mertua masuk hospital. Semuanya disebabkan strok, kalau strok tu memang disebabkan saluran darah yang teruk. Saluran darah ini teruk bukan sebab lain dah, Kolesterol jahatlah puncanya. 

Pembentukan Plague

Kalau korang refer kenapa kolesterol bahaya di link atas, korang akan tahu, pembentukan plague ini sangat bahaya kepada saluran darah. Macam-macam terjadi bila saluran darah dah tersumbat, itulah boleh terjadinya strok dan sakit jantung.  

Plague ini memang kita tak dapat kesan. Memang mula-mula itu rilek jelah, tapi boleh tahu, kalau kolesterol tinggi, badan lemah, bahaya woo.

Pengalaman Bypass Di IJN

Cukuplah pengalaman bypass ayah mertua di IJN mengajar kami, kena jaga kesihatan. Memang pemeriksaan bypass ini memang profesional di IJN. Tapi kalau korang sayangkan duit, sayangkan kesihatan, memang kena elaklah. 

Bypass bukannya mudah, walaupun di IJN ramai pakar. Ianya bergantung kepada pesakit itu juga. Kalau jantung masih kuat, ada harapan, tapi jantung lemah, peluang sangat tipis.

6 Tanda Kolesterol Tinggi Dalam Badan

  1. Sering berasa kebas-kebas pada kaki.
  2. Timbul bintik-bintik putih(biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.
  3. Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.
  4. Sering berasa sakit kepala. Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
  5. Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.
  6. Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. Hal ini menunjukkan kadar kolestrol terlampau tinggi.

2. Ubah Gaya Hidup

Cara paling berkesan untuk nak kawal kolesterol ialah kenalah ubah gaya hidup. Memang tadi aku dengar berita, kerajaan pun cakap kita ini negara obesiti tinggi. Jadi ada sebab kita kena kekal aktif. Oklah, yang ini aku senaraikan sikit apa yang bagus untuk korang ikuti:

  1. Berhenti merokok
  2. Kurangkan Alkohol berlebihan
  3. Bersukan
  4. Kawal permakanan 
  5. Makan buah dan sayur-sayuran
  6. Ambil Fiber
  7. Ambil minyak ikan 

Sentiasa Membuat Pemeriksaan Berkala

Walaupun dah amalkan gaya hidup sihat dan vitamin yang bagus, sentiasa jumpa doktor untuk periksa kolesterol dalam badan anda. Memang tak dinafikan, orang gemuk memang tinggi kolesterol. tapi yang kurus lagi bahaya.

6 comments:

  1. Kolesterol ini perlu dalam pembentukan hormon, tapi kalau dah banyak yang kolesterol jahat tu, memang membahayakan kesihatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, sebab tu ada yang baik dan ada yang jahat,

      Delete
  2. Bahaya jugak ni...orang kata lebih baik mencegah dari merawat kan?

    ReplyDelete