Monday, December 29, 2014

Betul Ke Orang Hodoh Tak Boleh Buat Duit Di Instagram ?

Zaman sekarang, semuanya shopping di Instagram, memang banyak pilihan dan gambar gambar menarik. Seronok sekali tengok mereka buat duit di Instagram. Itu belum lagi follow artis yang lawa-lawa, personaliti, dan awek-awek cun yang ada Instagram. Kalau yang cun, cantik, follower ramia gile, hahaha. Persoalannnya, orang HODOH memang tak boleh buat duit di Instagram ? jom baca lagi.


buat duit di instagram



Orang HODOH Memang Tak BOLEH ?

Ini satu kenyataan jelas, point pertama dari penulis blog ahmadfaizal.com, hahahaha, inilah kenyataan pertama, nak buat duit di Instagram, kalau gambar huduh, orang huduh, dah dicop awal-awal takkan berjaya.

Sebab itu, dia sendiri dah keluarkan tips macam mana orang yang digelar HUDUH ni boleh buat duit di Instagram. Paling tak tahan sekali ialah bila tengok bukti yang ditunjukkan. Hahaha, kalau gambar blogger cute, awek cute, like beribu-ribu. Hoo, itulah kenyataan yang hendak dikatakan oleh en TITAN. So nak dapatkan panduan tu, terus sahaja ke blog dia.

Kalau Tak Cantik Apa Nak Buat ?

Persoalannya kalau tak cantik tu dah dijawab dengan baik oleh blogger di atas, nak menjual, nak buat duit mesti ada cara. Kalau tak cantik, sekurang-kurangnya mesti popular, mesti popular, mesti popular. Hahhaa, mesti belajar ilmu nak buat marketing

Contohlah, gambar tak berapa cantik, kenalah buat sedikit touch up , supaya nampak menarik. Lepas itu nak popular mungkin kena guna beberapa teknik follow , teknik hashtag dan sebagainya. Tapi boleh dikatakan semuanya bonus kalau diri sendiri dah memang CANTIK .

Macam Mana Nak Buat Muka CANTIK ?

Pembedahan Plastik 

Banyak cara, selain kita boleh edit dekat photoshop, banyak cara lain, dan paling gile tentu sekali ialah edit dekat hospital, buat pembedahan plastik, dan akhirnya jadilah muka fake, memang lawa, tapi lama kelamaan, jadi buruk, hantu pun tak mengaku itu kawan dia.

Guna Produk Yang Betul 

Bila kata kita nak cantik, nak kulit bersih, sebenarnya kita sendiri kena tentukan, kena jaga kesihatan, buat tips kecantikan dari luar dan dalam. Tengok video dibawah ini, kesian, sebab salah pilih produk, merana muka jadi teruk 6 tahun, malu taknak keluar rumah

Nasib baik kakak bawah ini buat pilihan yang bijak, hahhaa, bila dia tahu masalah sebenar, terus ambil produk yang merawat dari dalam secara semulajadi, dan akhirnya mukanya dah bersih, cantik, kulit gebu gitu. hahaha.




Tips Lain Nak Kulit Cantik

Bila kata nak cantik ini, sekarang dalam internet dah ada lambakan produk, tips, petua yang dikongsi oleh banyak orang. Tapi nak lagi best korang boleh baca tips dekat blog nih :

  1. Rahsia kecantikan awek facebook
  2. Diet Ziana Zain
  3. Rahsia awet muda Anuar Zain
  4. Tips nak buang jeragat
  5. Kesan kekurangan kolagen
  6. Hilangkan parut dengan cepat
  7. Set awek cun gebu mantap

Cantik Itu SUBJEKTIF ?

Hahhaa, itulah kata-kata manusia, bila nak describe bab cantik, semuanya kata subjektif. Tapi fitrah manusia, kejadian alam sejak bermulanya alam ini, semuanya sukakan yang cantik-cantik, semunya nak lawa-lawa, nak kahwin nak bini cantik, nak awek nak cantik tambah mantap lagi.

Tapi bila dah cantik, ada je ramai yang cemburu, tak suka, ada yang mengata, macam-macam kes betul berlaku, yang terbaru ialah kes toreh muka, memang kesian betul, nampaklah kesedihan, trauma. Boleh dikatakan, kalau Allah nak tarik nikmat cantik itu, memang mudah sangat.

Bersyukur dengan apa yang Allah bagi, tapi janganlah sampai tak jaga PENAMPILAN. Hahha, gaya, pakaian, tingkah laku, biarlah menghormati orang lain, dan sedap mata memandang. Kena belajar juga cara berfesyen dengan betul, barulah cunz !!!


eye of the beholder


Boleh Ke Buat Duit Kalau Tak Cantik ?

Persoalan terakhir ini ialah boleh ke ? Mungkin di Instagram Jawapanya TIDAK. Tapi, bila fikir balik rezeki Allah, memang tak terhingga, tak kisahlah kita ini hodoh, cantik, tinggi, kalau tak usaha, tak mahu belajar, cari ilmu, memang susahlah nak BUAT DUIT.

Macam-macam contoh depan mata, dekat Malaysia sendiri, tengoklah artis macam Adibah Nor, Abam kumpulan BOCEY, dan macam-macam lagilah, semuanya ada rezeki masing-masing. Itu belum lagi cerita artis antarabangsa.

Paling menarik sekali cerita pasal pemain bolasepak Frank Ribery, pemain bola sepak Bayern Munich. Beliau taklah sehensem Christiano Ronaldo, memang langit dan bumi. Beliau pernah ditanya, kenapa tak buat pembedahan betulkan gigi dia yang rongak tuh ? dia kata senang, " Yang ni ciptaan Allah bagi kat dia " lebih kurang macamtulah jawapannya.

2 comments:

  1. Cantik tu satu kelebihan. Kalau setakat cantik tapi tak pandai mengayat pun tak boleh berjaya juga. :D

    ReplyDelete