Saturday, March 21, 2015

12 Tips Cepat Hamil Yang Senang Diamalkan

Pernah tak bila berjumpa saudara mara mesti dapat solan cepu emas " eh bila nak mengandung ni? " tak pun ayat sedap sikit " berdua je ke? bila nak bertiga "

Soalan cepu cemas biasa yang sering diajukan kepada pasangan yang baru berkahwin. Ada yang 2-3 tahun kahwin pun dah naik muak dengan soalan macam tu kan..

Apa jawapan tipikal kita? " belum rezeki " .. Allah Maha Pemberi rezeki tetapi kita kena la berusaha kan..

Jom kita kenal pasti apa 12 tips untuk cepat cepat hamil 


tips dapat anak

1. Jaga pemakanan dan diet

Cara paling senang tapi paling susah kita nak ikutkan. Pemakanan yang sihat dan cukup dengan nutrisi seperti karbohidrat, protein, lemak, mineral, vitamin. Nutrisi yang cukup akan menghasilkan sel yang baik dan insyaALLAH tubuh badan dan organ kita juga akan sihat.Termasuk la juga organ pembiakan wanita dan lelaki. Elakkkan makan makanan segera, diawet yang bukan sahaja tidak sihat, kurang zat malah membawa pelbagai penyakit

2. Makan vitamin

Cara cepat hamil yang kedua ialah berkenaan makanan tambahan atau supplement. Badan perlukan nutrien. Lihat senarai vitamin ini yang dapat meningkatkan kesuburan dan memudahkan untuk ‘conceive’:

>>>Set vitamin senang hamil

3. Mempunyai berat badan ideal

Jika anda mempunyai berat badan berlebihan, ‘overweight‘ atau lebih teruk lagi ‘obese‘, mulakan senaman untuk mengurangkan berat badan. Ini kerana, risiko orang yang ‘overweight‘ ialah terdedah kepada darah tinggi dan kencing manis. Jika semasa mengandung mempunyai ‘high blood pressure‘ dan ‘diabetes‘ banyak komplikasi yang tidak baik bakal menanti. Mari kita amalkan gaya hidup sihat. Sentiasa pantau Body Mass Index (BMI) untuk mengetahui tahap ‘obesiti‘.

>>>Tips kurus terbaik

4. Detoks

Ini antara cara cepat hamil yang jarang kita dengar. Toksin dalam badan yang tinggi tidak elok untuk badan kita. Usus yang sihat akan senang menyerap zat/nutrisi yang kita makan.

>>> Cara Detoks Paling Mudah

5. Lakukan hubungan intim dengan kerap

Ini adalah bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. Tidak ada angka @ fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil. Ada wanita yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada juga yang memerlukan waktu yang lebih lama.

Bagaimanapun yang paling penting ialah “berapa kerap” anda melakukan hubungan pada ” waktu subur”. Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.

6. Ketahui waktu subur atau ovulasi

Ini adalah fakta yang sangat penting. Ramai yang ambil ringan tentang perkara ini. Ada yang sudah ada anak pertama, tetapi sukar untuk mendapat anak kedua. Untuk mengelakkan kekecewaan, belajar cara membaca waktu ovulasi. Kenali diri sendiri. Kami tidak dapat menceritakannya disini kerana ovulasi setiap wanita adalah berlainan.Jika kena masanya, dengan sperma yang sihat akan bercantum dengan ovum yang berovulasi. Jom ambil sedikit masa untuk belajar. Jika ingin mengandung, kena belajar ilmu dan cara cepat hamil. Jangan main hentam keromo sahaja, dah selepas itu mengadu masih tidak hamil.

7. Jumpa doktor pakar

Sudah 2-3 tahun masih tidak hamil? Atau sudah lebih 5 tahun? Kalau sudah lama mencuba dan masih tidak berjaya, sila jumpa doktor yang pakar. Semestinya doktor akan beritahu cara cepat hamil yang terbukti berkesan.

Biasanya doktor akan melakukan ‘health screening’ dahulu untuk mengetahui tahap kesihatan diri kita. Seperkara lagi, jangan hanya isteri seorang sahaja. Suami juga perlu melakukan ‘checkup‘ juga. Jangan berat mulut untuk bertanya kawan-kawan, gynae mana yang bagus.

8. Pastikan posisi seks yang betul

Jangan main-main. Ini bukan benda lucah. Sebenarnya, ini antara cara cepat hamil yang ramai orang buat tidak peduli. Kami tiada masa untuk bercerita perkara yang bukan-bukan. Posisi semasa melakukan hubungan seks adalah sangat penting. Ini akan memudahkan sperma berenang ke arah ovum. Cara dan posisi bersetubuh adalah penting dalam memastikan isteri dapat cepat mengandung. Posisi apakah itu? Anda cubalah sendiri ya.

9. Elakkan tekanan

Tenangkan diri. Ini kunci dan cara cepat hamil yang sukar dilakukan oleh wanita berkerja. Walaupun ‘stress‘ itu sudah jadi asam garam, cuba rehatkan diri secukupnya. Kerja pejabat, habis di pejabat sahaja. Apabila berada di rumah, tumpukan perhatian pada keluarga. Apabila badan sihat, otak pun cerdas, bukankah lebih mudah untuk melakukan hubungan intim? Bagi yang mengalami keguguran, pastikan akan lebih tertekan. Pasti ada cara cepat hamil pada masa akan datang. Percayalah, semua itu kerja Allah. Tenangkan diri dan cuba lagi.

10. Jauhi rokok

Nasihatkan suami yang menjadi perokok tegar. Kalau isteri itu sendiri merokok (ada, bukan tidak pernah berlaku), cepat-cepat berhenti. Kajian saintifik mengatakan apabila seseorang itu merokok, ia akan menyumbang kepada ketidaksuburan dan masa yang lebih lama untuk mengandung.


Jom tengok video ini. Bagaimana lelaki perokok regar selama 20tahun berjaya berhenti merokok





11. Kurangkan kafein


Kafein bukan sahaja terdapat pada kopi, tetapi banyak lagi minuman lain. Ramai kata jika minum kopi, dapat tenangkan fikiran. Namun tahukah anda, jika kandungan kafein itu tinggi, lebih dari lima cawan sehari, iaitu lebih kurang 500mg, ia dikatakan dapat mengurangkan kesuburan. Jika boleh, kurangkan tahap pengambilan kafein kepada 200-500mg sahah sehari. Bukan itu sahaja, jika disahkan mengandung dan masih lagi kuat minum kopi, risiko keguguran tetap ada. Jika peminat tegar, ikut sahaja cara cepat hamil ini. Apa salahnya tinggalkan sementara ?

12. Berdoa pada Allah

Cara cepat hamil ini adalah yang terakhir. Tips ini tiada di mana-mana artikel Bahasa Inggeris. Mereka lebih menjurus ke arah tips yang berasaskan saintifik semata-mata. Kita sebagai orang Islam perlu percaya bahawa rezeki anak itu ialah dengan izin dan rahmat Allah. Amalkan doa untuk cepat mengandung seperti di atas. Islam itu indah dan memudahkan. Lebih baik meminta pada Allah.

  1. Doa Nabi Zakaria a.s :(Surah Al Anbiyaa: Ayat 89)
    Dan (Sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada TuhanNya dengan berkata;

    Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (Dengan tidak meninggalkan zuriat) dan engkaulah jua sebaik-baik mewarisi. (Surah Al-Anbiya: Ayat 89)
  2. Doa Nabi Zakaria a.s :(Surah Ali Imran: Ayat 38)
    Ketika itu Nabi Zakariya berdo'a kepada TuhanNya, katanya: "Wahai Tuhanku Kurnialah kepadaku dari sisiMu keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do'a permohonan."

Keterangan ayat:
Al-Imam al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah Allah memberikan Mariam a.s. buah-buahan pada bukan musimnya. Maka baginda meyakini bahawa Allah berkuasa mengurniakan anak kepadanya. Tambahan pula baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun.


Jika anda ada tips yang dapat membantu mereka yang ingin mendapatkan anak boleh la di letakkan di bahagian komen

No comments:

Post a Comment